MyInfoVitamin

AWAS ! Wanita Berisiko Tinggi Alami Osteoporosis

Osteporosis - Tulang Rapuh, OsteMatrix

 Pernah tengok iklan susu Anlene yang menunjukkan seorang wanita mengalami sakit belakang semasa menari ? Itu adalalah petanda Osteoporosis.

Apakah Osteoporosis ini ? secara  ringkasnya, ia adalah keadaan di mana tulang menjadi rapuh dan mudah retak. Ini disebabkan oleh kehilangan kepadatan pada tulang akibat kekurangan kalsium dan mineral. Tulang adalah tisu hidup yang senantiasa perlu diserap dan ditukarganti dan bilamana kadar penghasilan tisu tidak mencukupi untuk menampung kehilangannya, maka disinilah osteoporosis terjadi.

Osteoporosis - Tulang Bengkok

Antara tanda-tanda Osteoporosis adalah:-

  • sakit belakang yang melibatkan tulang belakang 
  • kehilangan berat
  • mula membongkok
  • mudah mengalami patah atau retak tulang

Manakala faktor yang menyebabkan Osteoporosis pula termasuklah:-

  • Jantina – Wanita lebih mudah mengalaminya berbanding lelaki
  • Usia – Semakin berusia, semakin tinggi risiko
  • Bangsa – Wanita kulit putih dan asia adalah lebih mudah mendapat osteoporosis
  • Sejarah Keluarga – Jika ada sejarah ahli keluarga yang pernah terlibat dengan masalah ini, maka semakin mudah kita untuk mendapat simpton tulang rapuh
  • Saiz Kerangka Badan – Orang yang bertubuh kecil lebih  berisiko kerana kepadatan tulang semakin akan berkurangan apabila meningkat usia
  • Hormon Sex – Pengurangan hormon estrogen pada wanita semasa menopause adalah salah faktor utama terjadinya osteoporosis. Lelaki juga mengalami kehilangan hormon tostesteron apabila semakin berusia. Penurunan paras hormon sex ini menyebabkan tulang menjadi rapuh dan lemah
  • Kurang Pengambilan Kalsium Dalam Diet Harian
  • Pengambilan Alkohol dan Rokok yang berlebihan

Cara Mencegah Osteoporosis
Bukanlah ada cara mudah untuk mengelak daripada berlakunya osteoporosis disebabkan oleh banyak faktor diatas adalah diluar kawalan kita. Namun masih ada langkah pencegahan yang boleh kita ambil untuk sekurang-kurangnya mengurangkan risiko tersebut. Antaranya adalah mengelakkan alkohol dan rokok.

Satu lagi adalah dengan mengamalkan pengambilan kalsium dalam pemakanan kita sehari hari. Makanan yang bersumberkan kalsium adalah seperti produk tenusu termasuklah susu, yogurt dan keju. Manakala bagi sayuran pula adalah seperti bayam dan kacang soya.

Kalsium juga sangat penting lebih-lebih lagi kepada ibu-ibu yang hamil dan menyusukan bayi, untuk memenuhi keperluan pembentukan tulang bayi dalam kandungan dan penghasilan susu ibu. Jumlah kalsium yang perlu untuk ibu hamil adalah 1,000mg setiap hari.

Di Shaklee, OsteMatrix merupakan sumber kalsium yang lengkap dengan vitamin D, magnesium dan mineral lain yang menyokong kesihatan tulang dan gigi. Ia sekaligus membantu mengelakkan osteoporosis daripada berlaku. Sangat sesuai untuk mereka yang kurang gemar minum susu (seperti saya 😀 ) kerana ia dalam bentuk kaplet yang mudah ditelan.

** Tips : Satu kaplet OsteMatrix bersamaan dengan 250mg. 4 kaplet Ostematrix sehari mencakupi keperluan kalsium tubuh

Untuk nasihat dan konsultasi, boleh hubungi kami seperti dibawah.

Penghantaran keseluruh Malaysia dengan harga JIMAT

Shaklee ID864927
WhatApps/SMS: 010-545 0225
Email: myinfovitamin@gmail.com
FB: facebook.com/myinfovitamin

*These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge