MyInfoVitamin

Tolong! Susu Merudum – Tips Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

tips penghasilan susu ibu

Ramai ibu-ibu mula risau apabila susu yang dihasilkan mula merosot. Ramai yang mula stress bila jumlah susu yang diperah keluar berkurang berbanding hasil yang sebelum-sebelum itu. Takut tak cukup untuk anak katanya. Sebenarnya, menurut pakar laktasi dari kellymom.com selagi berat anak meningkat sesuai mengikut umurnya dan penggunaan lampin dalam lingkungan 6-8 helai setiap hari, maka anak itu sudah mendapat susu secukupnya, dalam erti kata lain tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Namun, jika benar susu semakin sedikit, langkah TERPENTING untuk meningkatkan penghasilan susu ibu adalah dengan mengosongkan payudara sekerap mungkin. Ini adalah konsep DEMAND vs SUPPLY. Semakin kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu akan dihasilkan. Ini kerana otak mendapat “signal” yang susu tadi telah habis digunakan oleh bayi dan susu baru perlu dihasilkan untuk menampung keperluan bayi tadi. Jadi bagaimanakah langkah untuk melakukannya ?

Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk  meningkatkan penghasilan susu adalah :-

  • Pastikan bayi menyusu dengan betul – posisikan bayi dengan betul supaya penyusuan berlaku dengan lebih efisyen. Efisyen bermakna, bayi dapat “mengeluarkan” susu sepenuhnya dari payudara dan bayi itu sendiri mendapat manfaat kebaikan susu ibu secara “fore milk” dan “hind milk”.  Dan apabila payudara tadi dikosongkan, makan susu baru akan dihasilkan lagi
  • Menyusu secara kerap – susukan bayi mengikut keperluannya pada bila-bila masa. Ingat, semakin kerap kita menyusu, semakin cepat susu akan diganti
  • Ambil cuti – ambil cuti selama beberapa hari khas untuk bersama-sama bayi untuk sessi penyusuan yang lebih kerap
  • Tawarkan kedua-dua belah payudara bagi setiap sessi. Mulakan dengan sebelah dan apabila habis, tawarkan yang sebelah lagi.
  • Elakkan puting atau botol susu – penggunaan alatan ini menyebabkan susu merudum. Jika perlu, gantikan dengan sudu
  • Beri hanya susu ibu – berikan hanya susu ibu pada bayi sehingga 6 bulan pertamanya. Elakkan air masak, jus dan lain-lain minuman
  • Rehat – ibu yang stress akan mengakibatkan susunya berkurang. Jadi si ibu harus sentiasa dalam keadaan tenang, dan rileks. Makan makanan yang berkhasiat dan minum air secukupnya 2-3 liter sehari
  • Menggunakan Pump Susu – boleh menggunakan pump susu untuk membantu mengeluarkan susu serentak pada payudara yang sebelah semasa bayi sedang menyusu disebelah lagi. Otak beranggapan si kembar yang menyusu 🙂
  • Pertimbangkan galactagoguegalactagogue bahan berupa herba, ubat-ubatan preskripsi, dan lain-lain untuk meningkatkan bekalan susu. Set Breastfeeding atau Set Penyusuan Shaklee juga mempunyai rangkain vitamin yang dapat membantu dalam penyusuan termasuklah Alfalfa yang bertindak sebagai galactagogue aka “milk booster”.

Jadi pada ibu-ibu diluar sana, jangan mudah merasa sedih, “down” jika susu anda sikit. Yakinlah rezeki anak sentiasa ada. Yang penting, jangan berputus asa, buat semua langkah diatas dan berdoa setiap hari. Jika anda perlukan konsultasi penyusuan atau berminat dengan Shaklee Breastfeeding Set, hubungi saya pada bila-bila masa seperti dibawah. Saya sedia membantu 🙂

Info dan Produk *
Shaklee ID864927  WhatApps/SMS: 010-5450225  Email: myinfovitamin@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge