MyInfoVitamin

Tips Menyusu Di Bulan Puasa

Tips Menyusu Di Bulan Puasa. Sedar tak sedar dalam beberapa hari lagi kita akan masuk ke bulan puasa. Bulan Ramadhan yang sangat di tunggu tunggu oleh seluruh umat Islam. Namun ada beberapa golongan yang mungkin agak resah dengan kedatangan Ramadhan. Antaranya ialah ibu ibu yang menyusukan anak.

Jangan salah faham, bukanlah bermakna mereka takut untuk berpuasa tapi risau jika susu badan mula drop atau menjadi sikit akibat kurangnya pengambilan air dan makanan di siang hari. Bimbang susu merudum dan anak pula tidak puas minum.

ADAKAH PUASA AKAN MEMBAHAYAKAN PENYUSUAN  ?

Oh tidak. Puasa sama sekali tidak membahayakan penyusuan pada bayi dan ibu. Kita hanya berpuasa di siang hari sekitar 13-14 jam sahaja, selebihnya pada waktu malam kita boleh makan seperti biasa. Pengeluaran susu masih berjalan. Namun, tidak dinafikan, ibu yang menyusu akan berasa haus dan lapar akibat kalori yang banyak dibakar untuk menghasilkan susu badan tersebut ( sebab itu penyusuan ekslusif sangat digalakkan kerana ia boleh membantu mengurangkan berat badan selepas bersalin tanpa kos 😉

Saya sendiri melalui penyusuan di bulan puasa sejak tahun 2009 hingga sekarang. Jadi saya faham bila ada ibu ibu yang menyuarakan kebimbangan mereka. Daripada pengalaman sendiri, memang pada hari hari terawal berpuasa, saya berasa sangat lapar terutamanya selepas menyusu atau pun selepas memerah susu di pejabat. Betul, sangat lapar , ada ketikanya rasa macam gelap nak pitam. Rasa sangat lesu dan penat. Tetapi selepas seminggu, badan sudah mula menyesuaikan diri dengan keadaan penyusuan semasa berpuasa. Alhamdulillah, dapat juga berpuasa penuh beberapa tahun.

Suka untuk saya tekankan bahawa, dalam Islam ibu ibu yang menyusu juga mempunyai keringanan ( rukshah) dalam ibadah puasa ini. Anda diharuskan untuk berbuka sekiranya memudaratkan. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat jika ada sebarang masalah lain yang serius. Begitu juga untuk ibu hamil, jangan paksa diri. Pastikan ibu mengandung mengambil nutrisi dan pemakanan yang berkhasiat serta suplemen untuk menyokong kesihatan ibu dan bayi

 Ok, baiklah saya kongsikan 7 tips bagaimana untuk kekal bertenaga dan dalam masa dapat  menjayakan penyusuan dalam bulan Ramadhan

7 TIPS MENYUSU DI BULAN PUASA

(1) Jangan skip sahur. Sahur sangat penting untuk memastikan perut kita terisi sebelum berpuasa. Sahur  juga dapat memberikan kita lebih tenaga untuk melakukan aktiviti di siang hari. Selain itu, dapat berkat juga :-) 

(2) Minum air putih 2 liter sehari untuk mengekalkan kandungan air dalam badan dan  mengelakkan kita dehidrasi (kurang air). Minum secara berdikit dikit selepas waktu berbuka sehinggalah waktu sahur

Tips Menyusu di Bulan Puasa Ramadhan

(3) Cuba blendkan kurma bersama minuman atau buahan buahan lain dan simpan dalam peti sejuk. Minum setiap hari. Kurma diketahui sangat tinggi dengan serat, vitamin dan gula yang dapat membantu keperluan mineral badan. Terdapat 1001 kelebihan buah kurma yang anda boleh baca di sini.

(4) Ambil makanan yang mempunya nilai indeks glisemik (GI) yang rendah. Ini juga disarankan oleh kaunselor penyusuan, Jennifer Ho. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat akan melepaskan glukosa secara perlahan lahan ke dalam darah. Ini sekaligus membantu membekalkan tenaga dalam jangkamasa panjang. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, termasuklah kacang pis, mi dan nasi.

(5) Sediakan oat pada “waktu waktu kecemasan”. Oat mengandungi serat yang tinggi untuk memberikan rasa kenyang lebih lama. Penyediaannya juga pantas dan mudah. Jadi tak ada masalah jika anda lewat bangun sahur. 

(6) Kurangkan aktiviti yang lasak atau memenatkan disiang hari.

(7) Menyusu secara kerap pada malam hari. Seelok eloknya penyusuan secara direct feeding untuk merangsang lebih pengeluaran susu. Ingat, ada demand ada supply !

Selain yang di atas, saya pastikan juga dirumah ada 3 “benda utama” ini ketika masuk bulan puasa untuk membantu penyusuan saya berjalan lancar. Performance Drink, Meal Shakes dan ESP. 

Performance Drink ialah minuman tenaga. Ia mengandungi elektrolit dan mineral untuk menjaga kestabilan bendalir dalam badan kita. Selain untuk memberikan tenaga sepanjang berpuasa ianya juga dapat mencegah rasa haus dan dehidrasi.

Meal Shakes pula ialah multivitamin lengkap yang membantu tubuh kita mendapat vitamin secukupnya. Bagus untuk melengkapkan nutrisi yang hilang atau kurang dari badan. Manakala ESP pula adalah protin soya organik yang mempunyai indeks glisemik rendah. Sangat membantu saya mengurangkan rasa lapar, pedih perut atau masalah gastrik ketika berpuasa. Ia juga sebagai salah satu suplemen untuk menyokong nutrisi penyusuan. 

Oh lupa, ini bukan untuk ibu menyusu saja ya, sebenarnya satu keluarga pun boleh minum. Anak anak dan suami juga ambil ketika mereka bersahur.  Terutamanya buat anak anak yang sedang belajar berpuasa. Alhamdulillah, ia memberikan mereka lebih tenaga sepanjang hari.  

Ok itu saja, ada tips lain yang ingin di tambah ? Silakan kongsi di ruangan komen ya

Anda rasa post ini bermanfaat ? Share untuk panduan ibu ibu yang bakal menyusu di bulan puasa nanti :-)

Selamat Menyambut  Ramadhan Al Mubarak ! 

Jika ada sebarang pertanyaan boleh WhatApps/SMS ke 010-5450225
atau email myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan Kuala Lumpur. 
COD Area: Bkt. Beruntung, Jalan Raja Chulan
Penghantaran: Keseluruhan Malaysia dengan khidmat kurier Poslaju, GDex dalam 2-4 hari bekerja.

***************************************************************************

Mahukan harga vitamin lebih jimat ? Daftar saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!

***************************************************************************

*These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge