MyInfoVitamin

Tips dan Persediaan Ibu Menyusu dan Hamil di Bulan Puasa. Bagaimana Set Puasa Shaklee Bantu Saya ?

Bila menjelangnya bulan puasa, ramai ibu yang menyusu gusar dan risau macam mana mana nak teruskan penyusuan ketika dalam bulan Ramadhan. Pelbagai soalan mula timbul.

“ Bolehkah teruskan penyusuan ni ? “

Cukup ke tak susu aku ni nanti bila tak makan tak minum ?”

Tips Menyusu Di Bulan Puasa

Untuk pengetahuan semua, sudah dua kali saya saya menyusu anak secara ekslusif di bulan puasa. Pengalaman saya sendiri, masa minggu pertama, susu memang nampak sedikit merosot kerana badan masih dalam proses untuk adjust dengan puasa. Dengan keadaan kita yang tak makan waktu siang. Kita sendiri pun akan rasa lembik lutut dan lapar gila setiap kali selepas menyusu atau pam. Tapi apabila masuk minggu kedua, penghasilan susu sudah kembali stabil seperti sebelunya. Badan pun dah rasa selesa dan biasa dengan puasa jadi penyusuan berjalan seperti sedia kala.  Alhamdulillah hari-hari selanjutnya dah tidak menjadi masalah lagi. Dan Alhamdulillah juga,, dua tahun tersebut saya dapat puasa Ramadan yang penuh 🙂 . (tak perlu susah-susah nak ganti )

Disebabkan dalam 3 hari lagi kita dah nak berpuasa, kali ini, saya nak kongsikan tips dan persediaan ibu menyusu di bulan puasa. Semua yang yang saya tuliskan dibawah adalah tips yang saya sendiri buat. Dan hasilnya tidak mengecewakan. Mudah-mudahan ia dapat membantu ibu-ibu di luar sana.

Tips dan Persedian Ibu Menyusu di Bulan Puasa

  • Sediakan Stok Susu– Sebelum masuknya Ramadhan, seelok eloknya sediakan stok susu yang agak mencukupi buat anak kita. Ini sebagai back up plan, untuk hari-hari yang mungkin penghasilan susu merudum
  • Jangan Skip Sahur – PENTING !  Sedangkan orang biasa pun disunatkan untuk bersahur ini kan pula kita ibu yang menyusu, lagilah perlu. Kalau kita skip sahur, macam mana badan kita nak dapatkan nutrient dan air yang mencukupi. Jadi , jangan sesekali abaikan sahur ya.
  • Makan Kurma – Saya amalkan makan kurma ketika bersahur 3 biji dan berbuka 3 biji, kadang-kadang 5 atau 7 biji. Kurma ni memang banyak khasiatnya.
  •  Ambil Oat – Pengambilan oat juga dipercayai dapat membanyak dan meningkatkan penghasilan susu ibu. Boleh ambil oat selepas selepas berbuka atau juga waktu sahur.
  • Makan Maknan Berat dan Seimbang – sebagai ibu yang menyusu dan berpuasa di siang hari, kita sememangnya memerlukan lebih kalori. Ambillah makanan berat  yang kaya dengan karbohidrat seperti nasi. Pola makanan juga harus seimbang dengan adanya sayur dan buah buahan untuk membekalkan nutrient penting buat tubuh
  • Perah Susu Mengikut Jadual – walaupun ketika sedang berpuasa, jika di pejabat, teruskan memerah susu mengikut jadual secara konsisten. Jika kita skip, lama –kelamaan susu boleh merosot kuantitinya.
  • Penyusuan Kerap – jika kita dirumah, susui anak mengikut permintaannya, bila bila masa diperlukan. Breastfeed on Demand. Bagi ibu yang bekerja pula, pastikan ada direct feeding selepas pulang kerja. Susukan anak sekerap mungkin pada waktu malam untuk memastikan susu sentiasa ada untuk anak.
  • Banyakkan Minum Air – Ini lagi satu faktor penting. Tambahan pula musim panas begini. Pastikan minum air yang banyak 2-3 liter sehari selepas berbuka dan waktu sahur supaya tak rasa terhidrat dan lemah disiang hari.

Selain daripada tips di atas, saya juga turut mengamalkan makanan tambahan Shaklee. ibu- ibu yang menyusu juga  boleh mengambil suplemen  dan vitamin bagi membantu nutrisi penyusuan ketika di bulan puasa. Antaranya seperti Set Puasa Shaklee Ibu Menyusu dan Hamil. Ia juga turut dikenali sebagai Mighty Gem. Bukan saja untuk ibu yang breastfeeding, yang mengandung pun digalakkan ambil.

Set Puasa Shaklee Ibu Menyusu dan Hamil ini mengandungi :-

Performance Drink – ia adalah minuman tenaga yang membantu membekalkan bendalir dan elektrolit badan kita. Ia meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda berbanding jenama yang lain. Lagi satu kandungan gulanya lebih rendah jika dibandingkan dengan minuman tenaga lain dipasaran disamping dapat cegah penyahidratan lebih lama. Berperisa oren, sedap dan tak ada gas. Jadi ia sangat selamat untuk diminum oleh ibu menyusu, ibu mengandung, anak-anak dan seisi keluarga. Memang terasa kurang lesu bila ambil Performance Drink ni waktu sahur dan berbuka.

Meal Shakes – Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan sayur sayuran yang mengandungi 24 jenis mineral penting untuk membekalkan nutrisi yang cukup pada tubuh walaupun ketika kita berpuasa.

ESP – Protin soya tulen bukan GMO yang unggul yang sememangnya terkenal dikalangan para penggemar suplemen Shaklee. Diperkaya dengan 9 jenis asid amino, 5 vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat membantu dalam nutrisi penyusuan. Menjadikan susu ibu pekat dan creamy.  Dihasilkan daripada 30kg kacang soya  sekaligus memberikan tenaga segara dan boleh bertahan lama.  Tinggi kalsium dan rendah gula sangat sesuai untuk penghidap kencing manis. Malah sangat bagus untuk yang gastrik.
Set Puasa Ibu Menyusu dan Hamil

Alhamdulillah, saya rasa suplemen di atas banyak membantu saya jadi lebih segar dan bertenaga ketika menyusukan anak, tambah tambah pada bulan Ramadan. Biasanya lepas pam susu, mesti rasa menggeletar je lutut, perut pun mula berbunyi. Siap nak pening dan pitam lagi. Mulalah asyik terfikir nak makan je. Ye lah kan, kita menyusu ni memang banyak kalori terbakar.

Tapi syukur, sekurang-kurangnya dengan suplemen ni saya dapat bertahan. Bukanlah bermakna tak lapar langsung atau tak dahaga. Tipulah kalau saya kata tidak. Saya bukan superwoman pun. Jauh sekali superman. Tapi Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu dan Hamil ini memberi tenaga tambahan dan bekalkan nutrisi untuk menyokong penyusuan.

Dalam masa yang sama juga, fikiran kena positif, yakin diri yang susu ibu cukup buat si bayi comel. Doa jangan tinggal. Hanya Dia pemberi rezeki

Dan kalau tak larat juga, jangan paksa diri. Kita boleh berbuka. Kan ibu yang menyusu dan mengandung ini ada rukshoh puasa atau keringinan. Jadi, berlapang dada. Jangan rasa bersalah kalau berbuka kerana menyusu. Allah lebih mengetahui

Dalam masa yang sama, ibu-ibu boleh teruskan dengan Set Menyusu Shaklee macam biasa. Kalau tak pasti produk apa dalam set ini,  jemput baca Set Penyusuan Shaklee dan Set Menyusu 3M disini atau klik gambar dibawah.

Set Breastfeeding dan Menyusu Shaklee 3m

Bagi ibu-ibu yang mengandung tu, jangan lupa vitamin untuk ibu hamil ya, kalau tak ambil tu takut nanti berisiko dengan masalah lain seperti low HB, kurang asid folik dan lain-lain. Bacaan lanjut  di Set Mengandung Shaklee

Kalau ada sebarang soalan berkaitan tips yang saya bagi tadi atau mengenai produk Shaklee untuk ibu menyusu dan hamil di bulan puasa atau ni, boleh hubungi saya seperti dibawah ya.

Selamat Berpuasa 🙂

SMS/WhatApps/Call : 010-5450225 atau emel ke myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Shaklee Rawang, Bkt. Beruntung, Serendah, Rasa, dan  Jalan Sultan Ismail, KL

 

 

One thought on “Tips dan Persediaan Ibu Menyusu dan Hamil di Bulan Puasa. Bagaimana Set Puasa Shaklee Bantu Saya ?

  1. Pingback: Sayang diSayang Petua dan Cara Nak Sembuhkan Sakit Mata Merah | Sayang diSayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge