Lanjutan daripada entry terdahulu, ini dia kisah seorang pelanggan Set Slimming Shaklee yang ternyata berpuas hati dengan hasilnya.

“Saya sentiasa berusaha untuk kurus tetapi tidak pernah berjaya sehinggalah saya mengamalkan Diet Atkins dan vitamin Shaklee. Saya mengamalkan diet kurang karbohidrat setiap hari untuk kesihatan tubuh.

Pada suatu masa berat saya mececah 100kg dan seluar bersaiz 42 inci. Namun kini saya berpuashati kerana berjaya menyarung seluar bersaiz 36 inci dengan berat menurun ke 80kg. Pengurangan sebanyak 6 inci pada ukuran pinggang membuatkan saya benar-benar gembira. Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan usaha saya selama ini. Saya mula mengayuh basikal semula pada 27 Disember 2012 setiap hari selepas balik dari kerja selama 30 minit dengan gigih dan melawan segala rasa penat, memaksa badan agar bekerja dengan lebih kuat, waktu malamnya pula dengan bermain badminton bersama rakan sekerja setiap hari dari jam 9.00 mlm -11.00 mlm dan dihujung minggu dengan berjoging dipuncak Gunung Jerai…Seminggu selepas itu usaha saya mula menampakkan hasil, jadi semangat untuk saya menurunkan lagi berat badan semakin berkobar – kobar.

Punca utama kegemukan saya adalah pengambilan kalori yang berlebihan. Waktu makan yang tidak menentu disamping makan mengikut nafsu mendorong kepada peningkatan berat badan saya yang amat ketara. Bukan itu sahaja, malahan saya juga makan dalam kuantiti yang banyak.

Semasa berdiet, saya melakukan kajian – kajian tentang nutrisi, diet Atkins, membaca kisah-kisah kejayaan individu sebagai motivasi untuk menguruskan badan, melanggan majalah seperti Menshealth dan Men’s Fitness, membaca tips –tips nutrisi dan diet dalam laman web Kevin Zahri untuk dijadikan rujukan dan panduan dan pelbagai lagi perkara telah saya lakukan. Hanya satu perkara yang tidak saya lakukan adalah mengambil produk-produk pelangsingan badan cuma saya mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee seperti Herblax, Lecithin, Omega dan juga Alfalfa. Itupun setelah disarankan oleh isteri saya…hihi.. 

 Saya mementingkan pengambilan air sebanyak 8 liter setiap hari. Banyakkan???…

Ini penting bagi membolehkan segala toksin dalam badan saya dapat dikeluarkan dengan lebih mudah. Alhamdulillah setakat ini saya tidak menghidapi penyakit berbahaya yang menjejaskan kesihatan saya. Bagi saya apa yang penting dalam usaha untuk kurus adalah dengan mengamalkan disiplin dengan bersenam secara berterusan. Kejayaan untuk menguruskan badan adalah datang dari disiplin dan kehendak dari dalam diri sendiri.

Akhirnya, dalam tempoh 2 bulan, saya berjaya kurangkan berat badan sebanyak 20kg.

Daripada seorang yang sentiasa bernafsu untuk makan, kini saya boleh mengawal nafsu makan mengikut kalori.
Daripada seorang yang tidur berdengkur, kini tidur saya senyap (menurut isteri saya).
Daripada seorang yang yang memakai seluar bersaiz 42 inci, kini 36 inci.
Dan yang paling penting, tahap kesihatan saya dalam keadaan yang sangat baik, tekanan darah normal, kandungan kolestrol normal, kandungan gula dalam darah normal.(Refer result kat bawah ni, saya ambik pada 26/2/2013)

 Inilah perkara paling manis dalam hidup saya, bayaran kepada kegigihan dan kepenatan selama 2 bulan. Kini, setelah hampir tiga bulan daripada bermulanya misi menguruskan badan, saya masih berjaya mengamalkan hidup yang sihat dan masih lagi mencari berat badan yang ideal bersesuaian dengan ketinggian saya sambil membentuk otot – otot badan agar nampak lebih hebat dalam penampilan. Untuk mengekalkannya bukan mudah, kini setiap masa saya memikirkan tentang kesihatan, selain bersenam dan menjadi pengunjung tetap dewan badminton setiap malam, setiap hujung minggu saya akan meluangkan masa berjoging di Puncak Gunung Jerai setiap kali balik rumah mertua. Hujung minggu dijadikan ‘cheat day’ untuk saya menikmati apa sahaja makanan yang saya ingin makan, Saya percaya, menurunkan berat badan itu susah, tapi yang lebih susah dan payah adalah mengekalkannya…BEAUTY IS PAIN!…”

Testimoni Set Slimming Shaklee
Jom lakukan PERUBAHAN hari ini ! Anda MAMPU MENGUBAHNYA.
Hubungi saya untuk maklumat selanjutnya

Shaklee ID864927
WhatApps/SMS: 010-545 0225
Email: myinfovitamin@gmail.com
FB: facebook.com/myinfovitamin

*These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation