MyInfoVitamin

Aiskrim Colek Yang Sedap Sangat Untuk Majlis

Ada tak yang tak suka makan aiskrim ?  Rasanya semua sukakan aiskrim, betul tak ? Kalau ada yang tak suka, ish rugi rugi. Hilang satu nikmat rasa Allah bagi 🙂  Sedap tau

Baiklah kalau suka, ini ada berita berkaitan aiskrim homemade yang saya nak war warkan pada semua. Terbaru kami telah menambah satu lagi cabang perniagaan dengan membuka servis katering aiskrim yang diberi nama The Cones IceCream

 

Katering Aiskrim Untuk Majlis

The Cones IceCream ini ialah jenama aiskrim homemade yang menerima tempahan aiskrim untuk majlis perkahwinan, kenduri akikah, sambutan hari jadi, jamuan open house mahupun majlis korporat, annual dinner dan lain lain lagi. Macam dalam bulan Syawal baru baru ini, kami banyak mendapat tempahan undangan untuk memeriahkan majlis rumah terbuka dengan aiskrim. Memang ramai yang suka, tua muda, kecil besar tidak terkecuali

Bukan sahaja untuk majlis perkahwinan atau kenduri, malah The Cones IceCream juga turut menerima tempahan untuk hari keluarga atau family day. Bulan April lalu kami telah menceriakan Family Day Forensic di FRIM, Kepong. Peserta yang hadir dalam 350 orang tapi tempahan aiskrim untuk 500 kon. Sengaja mereka order lebih takut tak cukup. Maklumlah bawa keluarga dan anak anak juga. Mana boleh makan sekali saja 🙂

Tempahan Aiskrim Untuk Majlis Korporat, Open day, Family Day, Hari Sukan

Katering Aiskrim Family Day, FRIM Kepong

Aiskrim Untuk Family Day, Open House

 

Tapi meriah betul ! Sampai kami tak sempat pun nak buka khemah, sesampai saja di sana terus kena serbu! Siap beratur panjang berkilometer nak dapatkan aiskrim. Masing masing tak sabar sabar nak merasa. Yang ulang 2-3 kali pun ramai. Perisa aiskrim untuk family day tersebut pula ialah Vanila Oreo, Coklat dan Strawberry. Dalam 3 jam saja licin semua. Habis ! Tinggal tong saja. Alhamdulillah seronok apabila pihak penganjur sangat berpuas hati dengan servis dan rasa aiskrim The Cones kami yang sedap lagi terbaik!.

Sedikit cerita tentang aiskrim ini. Kami agak selektif dalam memilih bahan bahan untuk penghasilan aiskrim. Untuk hasilkan aiskrim yang betul betul sedap dengan tekstur yang halus dan lembut percubaan demi percubaan kami buat. Kali pertama buat, jadi keras dan rasa berkristal seperti aiskrim dari air sirap atau air manis yang kita keraskan. Tak sedap langsung. Pelik semacam. Anak anak pun tak makan. Akhirnya buang saja.

Namun kami cuba lagi. Perbaiki resepi. Kurangkan yang itu, tambah yang ini. Buang bahan itu tambah yang lain yang lebih berkualiti. Cuba lagi beberapa kali dan akhirnya terhasillah aiskrim yang sangat lembut, berkrim, enak dan penuh rasa sebenar yang melekat di tekak persis aiskrim mahal di pasaraya. Namun yang paling penting ialah bahan yang digunakan adalah dari sumber yang halal  sahaja untuk kemaslahatan pengguna Muslim. Jadi tak perlu ragu ragu kalau nak cuba. Yang bersih, suci lagi halal, InsyaAllah

Aiskrim di Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya

Aiskrim di Open House

Kalau tempahan aiskrim untuk kenduri, majlis akikah atau sebarang majlis yang besar besar kami akan datang dengan booth yang cantik dan kru untuk skoopkan aiskrim sekali. Jadi tuan rumah sudah tidak perlu berusah payah nak handle. Biar kami yang uruskan semua.

Servis katering aiskrim merangkumi beberapa kawasan dan lokasi dari Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu, Serendah, Batang Kali, Bentong, Rawang, Selayang, Gombak dan sebahagian Kuala Lumpur. Di Taiping dan Kuantan juga ada bergantung pada permintaan

Di bawah ini pula ialah tempahan aiskrim untuk majlis perkahwinan pasangan Muadz dan Iman di Bangi. Ramai tetamu yang hadir seawal jam 11 pagi. 3 tong kami bawa untuk cater 1100 kon. Memang tak menang tangan. Anak anak, remaja golongan dewasa pun tak lepaskan peluang. Berpusu pusu kerumun booth. Alhamdulillah mereka pun suka sangat dengan rasa aiskrim kami.

Tempahan Aiskrim Untuk Kenduri Majlis Perkahwinan

Katering Aiskim di Majlis Perkahwinan di kerumuni ramai

Dan yang paling best apabila pengantin raja sehari pun sempat ambil aiskrim berkali kali juga, sedap katanya. Alhamdulillah..

Ok kalau nak tahu berkaitan harga aiskrim dan apa lagi yang ada boleh klik pada link pakej harga katering aiskrim untuk majlis ini ya. Ada pakej tertentu yang boleh di pilih. Dari yang basic hingga yang premium. Boleh pilih dengan yang sesuai dengan bajet anda. Atau boleh juga customize pakej aiskrim untuk majlis mengikut kemampuan anda. Senang kan

Baiklah itu saja setakat ini, kalau ada yang mencari aiskrim colek yang sedap dengan harga murah dan berpatutan untuk majlis perkahwinan atau sebarang majlis boleh segera hubungi kami di 010-5450225. Atau terus WhatApps di  www.wasap.my/60105450225. Kami akan balas segera.

Jemput cuci mata ya, banyak lagi koleksi gambar dan majlis yang telah kami meriahkan

FB : The Cones IceCream (jangan lupa like sekali )
Insta: thecones.icecream.
Blog: www.theconesicecream.com

Setakat itu saja, jumpa lagi. Ingat aiskrim ingatlah kami 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge