MyInfoVitamin

Sumbangan Meal Shakes Untuk Mangsa Banjir | Shaklee Cares

Sumbangan Meal Shakes Untuk Mangsa Banjir | Banjir yang melanda negara kita pada penghujung tahun lepas bukanlah banjir biasa. Banjir kali ini berskala besar. Negeri yang paling banyak mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Perak. Bukan sahaja mereka kehilangan harta benda, kerosakan kemudahan awam dan bangunan kerajaan termasuk sekolah, malah ada juga yang kehilangan orang tersayang. Bekalan elektrik dan telekomunikasi banyak yang terputus. Puluhan ribu mangsa telah ditempatkan di pusat pemindahan banjir mengikut kawasan masing masing. 

 Alhamdulillah, setelah seminggu berlalu, banjir sudah semakin surut. Namun, keadaan selepas banjir sangat menyedihkan. Rumah dan kenderaan banyak dihanyutkan arus deras. Jambatan dan jalan turut runtuh, tanah dan lumpur merata rata. Yang paling menyedihkan, ramai mangsa termasuk kanak kanak yang terpaksa berlapar berhari hari akibat terputus bekalan makanan. Allahuakbar ! 

Sumbangan Meal Shakes untuk Mangsa Banjir

Sumbangan Meal Shakes Shaklee untuk Mangsa Banjir

Tapi syukur, banyak pihak yang tampil menghulurkan bantuan. Shaklee Malaysia sendiri turut menyumbangkan 20,000 tin Milk Shakes yang bernilai RM2.3 juta kepada anak anak mangsa banjir yang terlibat melalui Persatuan Bulan Sabit Merah. Bantuan ini disampaikan oleh Timbalan Presiden Pemasaran, Ms Hui Lai Har adalah bertujuan untuk membantu dan menyokong mereka mendapatkan nutrisi yang secukupnya walaupun dalam keadaan serba kekurangan. 

Mengapa Meal Shakes ?

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan yang lengkap. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan kesihatan yang baik.  Dalam kata lain, Meal Shakes dapat membantu mengisi kekurangan nutrisi dan zat yang mungkin dihadapi oleh mereka akibat kekurangan bekalan makanan.

Selain rasanya yang sedap dan lazat, penyediaannya juga sangat mudah dan ringkas menjadikan Meal Shakes pilihan yang tepat dalam waktu sukar sebegini. 

Jom sama sama kita doakan, agar mereka tabah menghadapi ujian ini. Dan semoga segala galanya akan kembali pulih segera.

***************************************************************************

Mahukan harga lebih jimat ? Daftar saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!

***************************************************************************

WhatApps/SMS: 010-5450225
Shaklee ID: 864927
Email: myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan Kuala Lumpur (Jln Raja Chulan)

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge