MyInfoVitamin

Soya Penyebab Kanser (Barah) ?

soya penyebab kanser

Rakyat Malaysia memang menggemari makanan yang berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe, tauhu dan lain-lain lagi. Dalam masa yang sama, kita disogokkan dengan kenyataan yang mengatakan soya sebagai penyebab terjadinya kanser khususnya kanser payudara . Ini kerana soya mengandungi  phytoestrogens, iaitu bahan semulajadi yang seakan-akan hormon estrogen. Oleh kerana hormon estrogen boleh merangsang pembentukan sel-sel kanser, maka ramai yang terus beranggapan demikian. Tetapi sejauh mana kebenarannya ?

soya penyebab kanser payudara

Walaupun kajian dalam makmal menunjukkan yang phytoestrogens boleh merangsang sel kanser tetapi dalam kajian klinikal ramai saintis gagal membuktikannya. Mengikut peraturan klinikal, satu kajian yang sahih haruslah mendapat keputusan yang sama apabila diuji berkali-kali dengan kaedah yang sama. Jika ada kajian yang dapat membuktikan sesuatu penemuan, tetapi apabila diulang semula oleh saintis lain ia tidak memberikan apa-apa keputusan yang sama, maka kajian itu sangat diragui.

Malah ada kajian klinikal yang mendapati pengamalan produk makanan berasaskan soya boleh merendahkan kebarangkalian mendapat  kanser payudara”.- Dr. Zubaidi

Satu lagi kajian 2009 yang dijalankan di lebih daripada 5,000 wanita Cina yangg didiagnosis dengan kanser payudara, mengatakan bahawa diet yang kaya dengan soya tidak memburukkan penyakit ini malah membantu merendahkan lagi risiko untuk kanser yang sama berulang 

Walaupun ujian ke atas tikus makmal yang disuntik dengan isoflavones menunjukkan peningkatan sel-sel tumornya namun kajian ke atas wanita Asia yang makan banyak kacang soya merekodkan mereka ini berisiko rendah untuk mendapat barah. Malahan isoflavone juga mempunyai sifat anti-estrogen. Manakala sapponin (sejenis fitokimia dalam kacang soya) pula dapat membantu merendahkan paras kolesterol, mengurangkan masalah jantung serta  merendahkan paras gula dalam darah 

Kredit: Breast Cancer Org American Cancer Society

Daripada kenyataan diatas dapatlah kita simpulkan bahawa, amalan pemakanan produk berasaskan soya BUKANLAH sebab terjadinya kanser. Masih banyak kajian yang perlu dijalankan untuk mendapatkan fakta yang sahih mengenainya. Malahan soya boleh dimakan secara sederhana dalam diet harian sebagai sumber protein dan kalsium untuk membantu kita mendapat manfaat kesihatan yang baik.

Ingin mencuba soya ESP Shaklee yang yang sedap, selamat, berkhasiat dan bermutu tinggi ? Baca disini untuk maklumat lanjut

Pertanyaan ?
Hubungi kami – Pengedar Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan KL (Jln Sultan Ismail).
Shaklee ID: 864927 WhatApps/SMS: 010-545 0225 Email: myinfovitamin@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge