MyInfoVitamin

Set Kehamilan Shaklee – Nutrisi Untuk Ibu Hamil dan Menyusu

nutrisi semasa hamil vitamin shaklee

Kehamilan adalah sesuatu yang mengujakan. Banyak perkara yang perlu di ambil perhatian khususnya pemakanan dan diet yang sihat dan seimbang untuk kedua-dua ibu dan anak. Ia bukan sahaja untuk menjamin kesihatan malah juga  memastikan si comel dalam kandungan mendapat nutrisi yang cukup  untuk perkembangan

Pengambilan supplemen pula sangat penting yang bertujuan untuk membantu dan memberi sokongan untuk perkembangan bayi serta mengurangkan risiko -risiko yang mungkin berlaku seperti kecacatan, keguguran, kematian dan sekaligus memastikan kesihatan keduanya berada di tahap yang optimum sepanjang proses ini.

Ibu yang mengandung disarankan untuk mengambil beberapa jenis supplemen seperti :-

Asid Folik
√400mcg asid folik diperlukan setiap hari dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan anda.
√ Dalam beberapa kes , asid folik dengan dos yang lebih tinggi akan disyorkan.

Vitamin D
• Ibu yang mengandung juga perlu mengambil supplemen yang mengandungi 10mcg vitamin D setiap hari.
•  Fungsi vitamin D membantu untuk mengawal selia tahap kalsium dan fosfat dalam badan. Anda memerlukan kalsium dan fosfat untuk mengekalkan tulang dan gigi yang sihat. Ia juga membantu bayi anda berkembang dengan tulang dan gigi yang kuat.
• Vitamin D didapati dalam sebilangan kecil makanan seperti ikan dan telur berminyak. Cahaya matahari juga merupakan sumber vitamin D semulajadi

Iron (zat besi)
√ Ibu hamil memerlukan banyak zat besi, kerana jumlah darah dalam badan  semakin meningkat setiap masa. Tambahan darah ini adalah untuk menyokong bayi nanti.
√ Antara makanan kaya dengan zat besi adalah seperti daging merah  atau kekacang.

Kalsium
• membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat untuk ibu dan bayi.
• Kalsium membantu sistem saraf, otot dan peredaran darah kekal sihat.
• Apabila seorang wanita hamil tidak mendapat kalsium yang cukup daripada makanan yang dia makan , badan mengambil kalsium daripada tulang beliau untuk memberikannya kepada bayi  .
• Kekurangan kalsium akan menyebabkan penyakit osteoporosis di kemudian hari

DHA atau omega -3 asid lemak.
√ Ia membantu untuk menyokong pembangunan dan fungsi otak dan mata bayi.
√ Wanita hamil perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 200 miligram DHA setiap hari.

Vitamin C
Vitamin C melindungi sel-sel dan membantu memastikan mereka sentiasa sihat disamping meningkatkan tahap imuniti bayi dan ibu

Sumber: NHS UK  BabyCentre  NCT UK

————————————————————————————————————————————————–

SET KEHAMILAN SHAKLEE mengandungi kesemua vitamin yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil dalam memastikan mereka mendapat supplemen yang selamat, betul dan dalam kuantiti yang mencukupi. Ia bukan sahaja untuk membantu ibu melengkapkan keperluan nutrisi  semasa mengandung malah juga untuk menyediakan tubuh selepas kelahiran bayi nanti (post-natal) termasuk jugu untuk penyusuan

vitamin untuk ibu menyusu dan hamil

Terdapat beberapa jenis vitamin yang dicadangkan seperti :-

ESP

  • Sumber soya tanpa GMO, mengandungi asid amino
  • menambahkan nutrisi dalam susu ibu dan menjadikannya lebih pekat berkhasiat

B – Complex

  • mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B seperti vitamin B1, B2, B3, B6, B12, biotion, asid panthothenic dan asid folik dihasilkan dalam kuantiti yang diperlukan. Berbeza dengan vitamin B jenama lain yang jarang mengandungi kesemua unsur lengkap 8 jenis vitamin yang dinyatakan
  • membantu mengelakkan simpton meroyan, rasa tekanan semasa dalam pantang dan membantu perkembangan deria motor bayi
  • Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko  kecacatan pada saraf tunjang pada bayi ( kecacatan tiub neural ). Kecacatan tiub spina bifida yang berlaku apabila saraf dalam saraf tunjang terdedah dan rosak.

OsteMatrix

  • Sangat penting untuk ibu hamil dan menyusu
  • Sumber Kalsium Magnesium yang diperkaya dengan Vitamin D untuk memaksimumkan penyerapkan kalsium
  • Kekurangan kalsium ini menyebabkan si ibu mudah mendapat penyakit osteoporosis dan susu yang dihasilkan akan menjadi kurang berkualiti kerana susu ibu mengandungi 40% kalsium

Ostematrix untuk breastfeeding dan pregnancy

Vita-lea

  • Multivitamin lengkap yang mengandungi 28 mineral dan vitamin
  • 340 ujian klinikal telah dijalankan sebelum Vita-lea ini diluluskan untuk pasaran bagi memastikan ia benar-benar berkualiti
  • Sistem penyerapan Bioaktif untuk meningkatkan penyerapan asid folik
  • mengandungi Iron (zat besi)
  • Kekurangan zat  besi akan menyebabkan masalah aneamia atau kurang darah merah.  Ia adalah keadaan di mana sel-sel darah merah ibu menjadi terlalu sedikit. Sel darah merah bertanggungajawab membawa oksigen ke seluruh tubuh anda dan bayi anda.Antara gejala anemia, adalah seperti
    • letih
    • sakit kepala
    • tercungap-cungap
    • lemah
    • pening
  • Zat Besi juga boleh mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan berat kelahiran yang rendah.
  • Mereka yang ada masalah Low Hb juga disarankan untuk mengambil vita-lea ini

Vita-C

  • Vitamin C yang dihasilkan daripada ekstrak jagung yang merupakan sumber vitamin C
  • mempunyai komponen yang sama dengan buat citrus
  • merangsang penyerapan zat besi dan asid folik
  • menguatkan imuniti bayi dan ibu

Omega Guard

  • minyak ikan Shaklee yang dihasilkan daripada ikan laut dalam terbaik dunia
  • mengandungi DHA, EPA dan Asid Lemak Omega 3 yang penting untuk perkembangan otak dan mata bayi
  • kajian menunjukkan kanak-kanak yang dirangsang dengan omega 3 lebih menyerlah potensi mereka berbanding yang tidak mendapat khasiat minyak ikan ini

OmegaGuard untuk mata dan otak bayi

 

Set Kehamilan untuk trimester pertama terdiri daripada:
  • Vita-lea
  • B Complex
  • Vita- C
  • Ostematrix
  • ESP

 Set Kehamilan untuk trimester 2 & 3 terdiri daripada:

  • Vita-lea
  • B-Complex
  • Vita- C
  • Ostematrix
  • ESP
  • Omega Guard

Set Kehamilan Shaklee kini semakin dipercayai oleh ibu-ibu serata Malaysia kerana ia berasaskan vitamin semulajadi yang tiada kesan sampingan terhadap ibu dan bayi. Didatangkan dalam set-set pilihan anda, bergantung pada bajet anda. Anda boleh pilih sama ingin Set Bajet, Medium atau Lengkap.  Yang penting berikan nutrisi yang terbaik untuk anak anda bermula dari dalam kandungan.

Set Kehamilan Shaklee

Pertanyaan ?
Shaklee ID
864927   WhatApps/SMS: 010-545 0225   Email: myinfovitamin@gmail.com

*These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge