Set Bersalin Shaklee Pilihan Ibu-ibu Moden

by on June 23, 2013

Berpantang - Set Bersalin Shaklee

Melahirkan anak atau bersalin  adalah satu proses yang bukan sahaja menyakitkan, malah meletihkan dan memenatkan. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan emosi sebelum, semasa dan sesudah itu. Justeru, pemilihan Set Bersalin yang Terbaik buat ibu-ibu ini haruslah dilakukan dengan teliti. Tetapi dengan lambakan produk set bersalin di pasaran kini, bagaimana kita nak tahu set bersalin yang manakah yang terbaik dan paling bagus

Sebelum membuat pilihan Set Berpantang, pastinya ada banyak benda yang berlegar-legar dalam fikiran kita. Seumpama nak beli kereta baru layaknya :-p .

Antara yang sering kita tanya adalah  :-

  • Harga Set Bersalin. Murah ke mahal ?
  • Sesuai untuk Bersalin jenis apa ? Normal atau pembedahan, (czer) atau kedua-duanya ?
  • Bila boleh digunakan ?
  • Panas atau tak ? sesuaikan untuk bayi yang ada demam kuning atau jaundice ?
  • Bagaimana Cara Makan Set Bersalin itu ?  Mudahkah ? pahit tak rasanya ?
  • Macam mana pula review atau testimoni orang-orang yang pernah guna produk ini ? Selamat keKalau Sembelit macam mana ?

Ha peningkan. Banyak sangat nak kena fikir. Ok, jangan pening dulu. Jom kita teruskan bacaan, sekejap lagi saya akan terangkan dengan lebih lanjut tentang kelebihan Set Bersalin Shaklee yang sedang meletup-letup sekarang ini, mengapa ia menjadi bualan hangat dan mengapa ia  mendapat tempat dikalangan ibu-ibu berpantang .

Sebelum itu, saya kongsikan dulu testimoni mereka yang sangat-sangat berpuas hati selepas menggunakan Set selepas Bersalin Shaklee.

Testimoni Set Bersalin Shaklee

Testimoni Set Bersalin

Testimoni Set Bersalin Shaklee untuk Ceaserian, Pembedahan, Czer

Dewasa ini, ramai yang sudah maklum bahawa Shaklee juga menyediakan produk Set Berpantang buat  ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Set Bersalin Shaklee kini menjadi pilihan no. 1 sebagai set selepas bersalin  disebabkan oleh kemudahan dalam menggunakannya serta kelebihannya berbanding set bersalin yang lain. Tidak seperti jamu atau set berpantang yang ada dalam pasaran sekarang, Set Bersalin Shaklee ini boleh digunakan untuk bersalin normal mahupun czer iaitu ceaserian atau pembedahan. Ia tidak panas, tidak menyebabkan sembelit,  tidak memudaratkan demam kuning anak serta lebih ringkas dan mudah. Boleh digunakan sejurus selepas bersalin. Bukan itu sahaja, ia menggalakkan penghasilan susu badan untuk ibu-ibu yang menyusu badan ( breastfeeding) dan memberi lebih tenaga, rasa cergas  dan penyembuhan luka yang lebih cepat.

Review Saya setelah Menggunakan Set Bersalin Shaklee

Saya sendiri pun menggunakan set  shaklee semasa berpantang anak yang ke-4 tahun lepas. Anak-anak yang sebelum tu saya cuba set pantang yang lain sebabnya belum kenal lagi Shaklee masa tu :-D. Dari segi harga, set pantang shaklee ini memang mampu milik. Disebabkan sebelum itu saya telah menggunakan Set Kehamilan semasa mengandung, saya cuma tambahkan saja vitamin lain yang tidak ada. Untuk pengetahun ibu-ibu semua, Set ibu hamil ni, sebahagian besar vitaminnya juga ada dalam Set Bersalin, jadi bagi ibu-ibu yang sedang mengandung, kalau nak jimat boleh ambil Set Kehamilan Shaklee untuk nutrisi semasa hamil dan teruskan selepas bersalin. Vitamin yang nak tambah pun tak  banyak . Jadi tak perlulah nak beli 2-3 jenis set. Vitamin semasa hamil ni dapat bantu masalah biasa semasa mengandung seperti kurang darah merah atau low Hb, kejang (cramp), cepat penat, mudah letih, kencing manis dan juga dapat mengelakkan risiko kecacatan anak serta banyak manfaat lain. Klik sini kalau nak tahu lebih lanjut tentang Set Kehamilan Shaklee dan kelebihannya

Berbalik kepada set selepas bersalin tadi, Alhamdulillah, pengalaman menggunakan Set Bersalin Shaklee memang terbaik ! Memang rasa lain berbanding pengalaman berpantang sebelumnya. Apa yang paling saya takutkan setiap kali selepas bersalin seperti badan yang terlalu letih akibat kehilangan darah yang banyak, lesu, luka lambat baik, jahitan yang banyak,  susu kurang dan stress sama sekali tidak berlaku kali ini. Macam tak percaya ! Sungguh !

Lain benar rasanya. Keadaan saya pada hari pertama dan kedua selepas bersalin memang lesu. Sangat penat dan lemah. Saya hanya minum ESP yang dicampur dengan milo apabila pulang kerumah. Bimbang takut tak terjaga malam untuk menyusukan anak, saya ambil 3 biji OsteMatrix. Alhamdulillah, mudah nak bangun malam untuk menyusu  walaupun 2-3 kali. Hari-hari seterusnya rasa lebih segar. Bayangkan, hari ke-3 saya sudah mengemas rumah sikit-sikit dan menyapu lantai. Mak yang datang meneman pun hampir nak terkeluar biji mata tengok saya buat kerja rumah. Dia yang terlebih seriau hihihi

” Kau ni tak macam orang dalam pantanglah!, segar bugar je ” – kata mak

 Satu lagi yang saya takutkan ialah sembelit selepas bersalin . Saya memang ada kisah ngeri tentang sembelit. Tak boleh di ingat-ingat, serasa fobia untuk melahirkan anak lagi. Boleh baca pengalaman penuh saya melahirkan anak dan berpantang menggunakan set bersalin shaklee.  Tapi kali ini, syukur sangat, sembelit memang tak ada. Memang lancar membuang. Keluar tandas pun happy je hehehe

Dari segi susu badan pula, pada malam selepas kelahiran tu memang dah terasa membengkak. Susu badan memang nampak sangat meriah. Walaupun bayi minum dengan kerap tapi ia masih kurang surut disebabkan kuantiti yang diminum oleh bayi seawal itu memang sangat sedikit. Jadinya, dapatlah saya perah dan simpan untuk dibuat stok. Bestkan ! Walaupun kurang tidur untuk rutin seperti menyusu, menukar lampin dan kini membuat stok pula, pada saya ianya satu momen yang sangat-sangat indah untuk dikenang. Setiap kali perahan, ia boleh mencecah hingga ke 7 oz ! Dan itu berlaku pada minggu pertama kelahiran. Wow !! satu perasaan yang tak dapat saya gambarkan, syukur sangat !

Apakah Pakej Set Bersalin yang Shaklee tawarkan ?

Ok, sebenarnya ada ada tiga jenis pakej SET BERSALIN Shaklee iaitu :

(1) Set Bersalin Asas – untuk pembaikpulihan segera serta menjadikan  ibu cergas selepas bersalin

(2) Set Bersalin Milk Booster - Set Bersalin Asas dan Penyusuan

(3) Set Bersalin Pakej Premium – gabungan Set Asas, Penyusuan dan Set Kurus untuk kembali langsing selepas bersalin

Secara amnya kesemua pakej set bersalin ini mempunyai ciri yang sama. Ia boleh digunakan sejurus selepas bersalin. Selamat untuk ibu dan bayi yang ada masalah G6PD. Sesuai untuk proses bersalin normal, atau pembedahan. Luka bersalin cepat sembuh, baik dalaman mahupun luaran. Sama sekali tidak memudaratkan jaundice atau demam kuning. Dapat menghindarkan meroyan, stress, bertindak sebagai penenang. Badan pun cepat segar, sihat bertenaga. Dan  yang paling penting ianya HALAL dan 100% daripada bahan semulajadi. Tiada bahan kimia yang boleh rosakkan badan untuk jangkamasa panjang.

(1) Set Bersalin Pakej Asas (  Shaklee Basic Confinement Set )

Set Bersalin Asas

Set Bersalin Asas – untuk pembaikpulihan segera serta menjadikan  ibu cergas selepas bersalin

Apakah yang ada dalam Set Bersalin ini ?

a) Vita-Lea

  • Merupakan multivitamin lengkap diperkaya dengan 7 zat galian. Multivitamin ini penting untuk menggantikan semula vitamin dan mineral yang banyak hilang dari tubuh melalui darah semasa proses melahirkan anak. Kalau kita kurang mineral dan zat galian ini, badan pun lambat untuk sihat, lemah dan tak bermaya. Jadi vita-lea ini sangat penting

b) B-Complex

  • B-complex inilah vitamin yang mengawal saraf. Ia memberi rasa tenang, rileks kepada si ibu. Maklumlah, ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan ni, macam-macam perasaan ada. Penat, letih, stress dan ada yang ada yang kemurungan atau dalam istilah bahasa Inggeris di panggil “baby blues“. Keadaan ini sangat bahaya, yang mana lama-kelamaan boleh menyebabkan ibu dalam pantang ini boleh terkena meroyan atau gila meroyan. Jadi, kita bekalkan B-complex ini mengelakkan stress, mengawal mood dan menstabilkan emosi.

c) Vita-C

  • Sumber antibodi untuk ibu. Antibodi ibu yang kuat akan turut di salurkankan pada bayi melalui penyusuan susu ibu. Secara tidak langsung, anak akan lebih kuat daya tahan badannya terhadap penyakit. Susahnya nak demam, selesema atau sakit-sakit yang lain.
  • Vita-C juga menjadikan luka cepat baik. Contoh seperti puting payudara yang luka akibat posisi penyusuan yang tidak betul. Dengan mengamalkan vita-C anda akan dapati, tempat luka tadi cepat sembuh. Malah luka semasa bersalin pun cepat membaik.
  • Kulit ibu dan si bayi akan nampak lebih sihat dan cantik. Sebabnya, vita-C shaklee ini, sebiji tabletnya bersamaan dengan manfaat 7 1/2 biji oren setiap hari. Bayangkan kebaikkanya !

d) Zinc Complex

  • Penting untuk mempercepatkan proses baik pulih luka dari dalam. Sama ada ceaserian iaitu pembedahan, jahitan mahupan koyakan di vagina. Luka cepat sembuh dan parut tidak begitu kelihatan. Kalau nak tahu, dalam kurma juga terdapat sumber zinc, jadi tak hairanlah kurma ini boleh dimakan oleh sesiapa saja dan pada bila-bila masa sahaja disebabkan oleh khasiatnya untuk kesihatan . Lagi satu yang kaya dengan zinc ialah ikan haruan . Sebab itulah, orang yang lepas bersalin , digalakkan makan ikan haruan. Tapi sebenarnya ramai yang tak lalu termasuklah saya. Boleh juga minum pati ikan haruan. Tapi baunya pula masih tak boleh terima. Jadi alternatifnya, ambil sebiji zinc sehari. Sudah memadai. InsyaAllah luka akan cepat pulih dari dalam dan luaran
  • Selain bagus untuk luka, zinc juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut akibat daripada perubahan hormone selepas melahirkan anak. Betulkan , ibu-ibu selepas bersalin memang berhadapan dengan masalah ini. Jemput baca Set Rawatan Rambut Guguruntuk penjelasan lanjut

(2) Set Bersalin Milk Booster – Set Bersalin Asas dan Penyusuan

Ramai pengguna yang menggunakan SET BERSALIN ASAS turut menambah beberapa vitamin dibawah untuk mengatasi masalah lain yang biasa dialami oleh ibu- ibu dalam pantang, seperti penyusuan, sembelit dan lain-lain. Ini dipanggil Set Bersalin Mik Booster. Ia merupakan gabungan Set Bersalin Asas (Basic) dan Penyusuan untuk pembaikpulihan segera dan menyokong nutrisi buat ibu-ibu yang menyusu dalam pantang. Ada 2 tambahan supplemen penting iaitu OsteMatrix dan ESP

Set Bersalin Milk Booster

OsteMatrix

  • Sumber kalsium. Ia melancarkan pembuangan najis dan mengelakkan sembelit
  • Memberi  tenaga tambahan dan rasa segar  pada ibu yang terpaksa bangun malam untuk menyusukan bayi. Bangun malam tanpa rasa lesu dan letih
  • Menggalakkan penghasilan susu badan
  • membantu untuk memberi kekuatan dan kesihatan pada tulang dan gigi. Tak adalah nanti belumpun masuk 50-an gigi dah banyak yang tercabut. Tulang pula mudah patah dan retak. Lebih teruk lagi, belum apa-apa dan sakit sana sini dan jadi bongkok sabut akibat osteoporosis. Ish mintak dijauhkan ! Jadi amalkan boleh amalkan kalsium OsteMatrix dari sekarang.

ESP

  • Protein soya terbaik dalam bentuk serbuk
  • Juga menggalakkan penghasilan susu badan dengan banyak dan pekat. Anak akan lebih kenyang. Jadi bayi akan kurang meragam dan kurang bangun malam.
  • Mencantikkan kembali kulit. Parut stretchmark semakin pudar. Parut luka jahitan juga berkurangan .
  • Kulit jadi gebu dan bersinar
  • Memberi  rasa kenyang yang lebih lama pada si ibu. Sesuai untuk ibu yang berdiet ingin menurunkan berat badan selepas bersalin tanpa menjejaskan kualiti dan kuantiti susu badan

(3) Set Bersalin Premium – Set Lengkap (Shaklee’s Confinement Full Set )

Yang terakhir sekali adalah Set Bersalin Pakej Premium atau full set . Ia adalah set bersalin paling lengkap untuk penyembuhan ibu, breastfeeding dan juga set slimming . Ada 2 komponen utama untuk tambahan set kurus ini iaitu Afalfa dan Lecithin. Lecithin bertindak membakar dan memecahkan lemak lebih cepat manakala Alfalfa berfungsi untuk membuang serta mengangkut lemak dan kotoran tadi keluar dari sistem badan kita.

Set Bersalin Premium

Set Slimming ini sama sekali tidak membahayakan si ibu dan anak. Ia tidak menggangu penyusua malah membantu penyusuan. Bagaimana ? Kalau nak tahu, ALfalfa tadi adalah penggalak susu atau dikenali sebagai milk booster. Jadi ia sekaligus akan membanyakkan penghasilan susu badan anda. Dalam masa yang sama, anda pun dapat kembali berat badan sebelum mengandung dulu. Ohsem kan !

Set Bersalin + Slimming

Set Bersalin + Slimming1

Testimoni Set Bersalin Pakej Premium

Bagaimanakah Cara Makan Set Bersalin ?

Dengan setiap pembelian set ini, anda layak untuk mendapatkan konsultasi, jadual dan cara makan set berpantang yang betul.  Saya tidak dapat jelaskan secara am disini kerana cara makan vitamin tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Ia bergantung kepada jenis vitamin yang diambilnya, masalah dalam pantang serta keutamaannya. Semuanya akan diberikan secara ekslusif   bergantung kepada keadaan ibu itu sendiri

Berapakah Harga Set Bersalin ?

(1) Set Bersalin Asas – RM267

(2) Set Bersalin Pakej MilkBooster – RM 478

(3) Set Bersalin Premium – RM584

Nampak macam mahalkan ? Sebenarnya tak mahal pun sebab kesemua set ini bertahan 2-4 bulan . Jadi cuba bahagikan harga tersebut dengan tempoh masa tersebut, memang jauh lebih murah .

Kalau nak jimat dan bajet terhad boleh ambil set paling asas. Kalau  untuk membantu nutrisi penyusuan susu ibu atau breastfeeding pilih Set Bersalin Milkbooster dan jika mahukan yang lengkap dan terbaik pastinya Set Bersalin Premium..Saya yakin anda akan puas hati.

Tapi tunggu dulu ! Sebenarnya ada  anda tak perlu bayar sebanyak itu kalau pun mahu ambil Set Bersalin Premium. Bagaimana caranya nak  dapat harga lagi murah 15-20% ? Mudah saja. Sertainya keahlian Shaklee. Semua set ada potongan harga. Istimewa harga ahli untuk yang jadi ahli sahaja.

Bagaimanakah Cara Nak Beli Set Bersalin dan nak Daftar Ahli

Ibu-ibu boleh hubungi saya seperti no. telefon dibawah ini, 010-5450225 sama ada secara WhatApps/SMS atau pun telefon terus. Ataupun nak tanya-tanya dulu mengenai pakej mana yang sesuai serta kesesuaian bajet boleh add saya di FB ( sujaihah abu hassan), kita boleh chat di sana.

Saya akan uruskan pembelian dan penghantaran terus ke pintu rumah anda. Biasanya penghantaran ambil masa 2-3 hari bekerja sahaja menggunakan sama ada Gdex, Citylink atau pun poslaju.

Setakat ini, Alhamdulillah, kesemua pelanggan yang membeli terus dari saya sangat berpuas hati dengan konsultasi sebelum dan selepas pembelian. Ramai juga yang telah rekomenkan pada rakan-rakan dan saudara setelah mereka sendiri mencuba Set Bersalin Shaklee ini.  Saya  faham kerisauan ibu-ibu yang bersalin kerana saya juga ibu seperti mereka. Seronok apabila saya dapat membantu ibu-ibu berpantang dengan lancar dan selesa. Itulah yang membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi kebaikan dengan semua ibu-ibu yang memerlukan

Lagi sekali, jika ada sebarang soalan, bolehlah berhubung dengan saya di nombor telefon dan FB ataupun secara emel dibawah Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat buat ibu-ibu di luar sana.

Hubungi kami untuk info. 

Shaklee ID 864927
SMS/WhatApps: 010-5450225
Email: myinfovitamin@gmail.com
FB FanPagehttp://www.facebook.com/MyInfoVitamin

Sumber : How Stuff Work  Web MD 

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

*

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: