MyInfoVitamin

Selamatkah Pencuci Lantai Rumah Kita | Basic H Pencuci Lantai Serbaguna

Selamatkah Pencuci Lantai Rumah Kita. Apakah kriteria yang anda pilih semasa mencari pencuci lantai untuk rumah anda ? Adakah ianya boleh membunuh kuman, baunya yang wangi ataupun tak kisah, asal saja ianya nampak bersih. Dulu saya suka yang baunya wangi semerbak. Biar dari luar sudah boleh bau. Konon rasa segar dan bersihlah tu 😀

Tetapi sedar atau tidak, kebanyakan bahan pencuci yang ada di pasaran kita mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca pula merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Bayangkan apa akan jadi, jika anak kecil kita merangkak diatas lantai yang dicuci dengan pencuci yang mengandungi bahan berbahaya di atas, ataupun mengutip semula makanan yang jatuh diatas lantai tersebut ? Kita mungkin rasa, alah, tiada apa kronik yang bakal terjadi. Tapi kita tidak tahu apakah kesan jangkamasa panjang yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan mereka. Lebih lebih lagi jika anak tersebut mempunyai alahan dan kulit yang sensitif seperti ekzema. 
Jadi mengapa ambil risiko ? Mengapa tidak cari yang lebih selamat ? Menyedari keadaan ini, saya tukar pencuci lantai rumah saya kepada Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² atau Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain. Cuba tengok hasilnya, lantai rumah saya tetap bersih berkilat lepas mop dengan Basic H Shaklee. Tiada sebarang bau. Hanya larutkan sesudu je dalam separuh baldi air. Sudah boleh guna untuk cuci lantai dan barangan rumah yang lain. Sedap je kaki memijak. Ini pencuci lantai terbaik yang pernah saya guna. 
Pencuci Lantai Terbaik Serbaguna Selamat Basic H Shaklee

Mengapa Basic H berbeza dengan yang lain ? 

Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin

Berkesan

  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

Mesra Alam

  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Basic H²™  Shaklee Organic Super Cleaning Concentrate

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani  pelbagai jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai.
Sesuai untuk membersihkan beribu macam jenis kotoran di rumah
  • Untuk mencuci pakaian – Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Mencuci Kotoran Dalam dan Luar Rumah – Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)

Eh bukan itu saja, jangan tak tahu, Basic H ini juga boleh menggantikan semburan xxx, xyz yang berbahaya itu untuk menghalau nyamuk ! Tak percaya ? Ini cerita seorang pengguna yang halau nyamuk menggunakan Basic H Shaklee

Testimoni Basic H, Halau Nyamuk

 Basic H ~ Cara Selamat Menghalau Nyamuk ! Kredit to : Ummi Vita Centre

Ada lagi. Saya juga guna Basic H Shaklee untuk memudahkan saya mencuci kasut sekolah anak supaya jadi putih bersih tanpa perlu teruk menyental. Kalau nak diikutkan ada 1001 kegunaan pencuci serbaguna Basic H ini. Ikut pada kreativiti kitalah. Yang pasti ianya selamat.  Sesuailah dengan namanya Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate. Memang superb ! 

Pertanyaan ?
Shaklee ID: 864927 WhatApps/SMS: 010-545 0225 Email: myinfovitamin@gmail.com

*These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge