MyInfoVitamin

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin !

Alhamdulillah , dapat kita jumpa lagi.

Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya buat semua pembaca. Lagi pun masih di bulan Syawal kan, masih dalam mood Raya kata orang. Bulan Ramadhan yang lepas aktiviti blog memang agak perlahan sedikit sebab tu kalau perasan, tak banyak sangat entry bulan lepas ( excuse ? ). 

Amacam sambutan raya baru baru ini ? Happy ? Ceria ? Seronok kan dapat berkumpul beramai ramai dengan adik  beradik yang jauh mahupun yang dekat serta saudara mara yang jarang berjumpa. Masa inilah nak berkenal-kenalan dan mengeratkan silaturrahim. Bermaaf maafan antara satu sama lain. Bergambar, selfie, makan dan makan lagi. Ditambah pula dengan juadah yang ermmmm… Maka habis lah sudah diet masa bulan puasa tu :-p . Tak apa, boleh makan asal jangan lupa diri ya.

Di kesempatan ini juga, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon Maaf Zahir dan Batin andai ada tulisan yang menyinggung perasaan anda di luar sana. Semoga kita semua dapat meneruskan amalan amalan soleh semasa dalam bulan Ramadhan dahulu. Dan semoga Allah menerima amalan dan merahmati kita semua. Amin

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Pengedar Shaklee Rawang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge