MyInfoVitamin

Saya Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang :-)

Eh, macam tajuk lagu pulak kan hehe.. Macam ni ceritanya, seminggu yang lepas, kami sekeluarga melawat anak buah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang baru saja keluar dari hospital. Disebabkan sudah agak lewat malam, jadi kami mengambil keputusan untuk bermalam saja disana dan esoknya kami keluar awal untuk menghantar suami ke tempat kerja.

jana pendapatan dari rumah shaklee online

(Gambar ihsan Google)

Wahh.. sudah lama saya tidak menempuh kesesakan jalan raya sebegitu. Sudah lama juga tidak mendengar bingitnya hon dikiri kanan jalan. Berjam-jam melalui kesesakan sebelum sampai di pejabat. Entah mengapa saya mula rasa stress. Diam tak diam, sebenarnya sudah hampir 3 tahun saya tidak berpagi-pagian keluar sebegitu. Dulu, saya memang bekerja. Keluar awal pagi, dan pulang bila matahari pun dah terbenam. Namun segala-galanya berubah setelah, saya hamil anak ke-3 dan dalam masa yang sama pejabat juga telah berpindah ke tempat yang lebih jauh. Dan ia menjadi asbab utama mengapa saya berhenti kerja. Namun, berhenti kerja bukanlah bermakna saya putus punca pendapatan sendiri. Saya mula beralih arah mencari rezeki secara maya (online business).

Bermula dengan menjual barangan bayi dan penyusuan, kini ditambah pula dengan produk kesihatan Shaklee, Alhamdulillah rezeki sentiasa ada walaupun beroperasi hanya dari rumah. Kalau dulu berpagian-pagian keluar, kini tidak lagi. Benarlah, saya yang dulu bukanlah yang sekarang :-). Mengapa ?

Dulu
Awal pagi sudah bangun, bersiap-siap dan keluar rumah awal pagi menghantar anak ke rumah pengasuh. Biasanya tak sempat pun nak bersarapan bersama apatah lagi menyediakan sarapan untuk mereka

Sekarang
Masih bangun awal pagi, bersiap-siap, tapi tidak kemana-kemana.  Dapat menyediakan sarapan buat keluarga serta dapat makan bersama

Dulu
Menempuh perjalanan yang jauh untuk sampai ke tempat kerja. Belum lagi ditambah kesesakan jalan raya yang memenatkan. Membazirkan minyak, masa dan tenaga

Sekarang
Rumah saya, pejabat saya. Semuanya disini. Jimat minyak, wang dan masa

Work-Home-Mom-Kids Shaklee - Jana pendapatan dari rumah

Dulu
Terpaksa menghantar anak kerumah pengasuh. Keluar awal pagi, pulang lewat malam. Tak nampak perkembangan anak. Tak tahu bagaimana anak-anak dijaga. Kurang masa bersama mereka. Kadang-kadang terlepas peluang untuk melihat hari pertama mereka meniarap, merangkak, berdiri dan berjalan. Oh sedihnya… ­čÖü

Sekarang
Semuanya dijaga sendiri. Saya dapat mengasuh dan mendidik mereka dengan cara saya sendiri. Setiap perkembangan, kehendak, lebih-lebih lagi masa dapat saya luangkan lebih banyak buat mereka. Saya sentiasa disisi mereka setiap masa.. ­čÖé

Dulu
Hanya hujung minggu saja saya dapat masak dan makan bersama keluarga. Hari-hari bekerja kami makan diluar.

Sekarang
Suami balik kerja, makanan sudah tersedia. Semuanya hasil air tangan sendiri. Dapat juga mencuba pelbagai resepi, walaupun tidak lah sehebat mana, namun ia menjadi lebih bererti.

Dulu
Pendapatan saya statik. Kalau naik pun, kena tunggu hujung tahun. Itupun dalam lingkungan 4-6%, kalau ada.

Sekarang
Pendapatan saya Alhamdulillah. Setiap bulan ada peningkatan. kalau tak banyak pun, sikit tetap ada. Baru-baru ini juga, ia telah melonjak hampir 16% kenaikan dalam sebulan ! Dan InsyaAllah, dengan usaha dan doa, tidak mustahil ia terus meningkat. 

 Banyak lagi kelebihan yang saya dapat rasakan apabila menjalan perniagaan secara online. Lebih-lebih lagi apabila syarikat tempat saya bernaung iaitu Shaklee sendiri membuka peluang seluas-luasnya kepada sesiapa saja untuk menjana pendapatan. Tiada had umur, masa, jantina atau bangsa, tiada diskriminasi agama. Malah Shaklee sendiri menawarkan ganjaran berupa wang tunai, kereta, tiket pelancongan dalam dan luar negara serta pakej umrah kepada sesiapa saja yang layak. Asal saja kita sendiri mahu berusaha.

Sebenarnya banyak lagi peluang diluar sana untuk meraih rezeki. Bukan sekadar pergi pagi dan pulang lewat malam.  Tinggal diri kita saja sama ada mahu atau tidak. Sama ada kita masih mahu tunggu orang lain berjaya dan melihat saja atau berusaha mengubah nasib diri. Saya sendiri keluar dari zon selesa (comfort zone), berhijrah untuk melangkah lebih jauh. Alhamdulillah, ia mula menampakkan hasil. Pendapatan saya kini tetap 4 angka sebulan dan akan melonjak lebih lagi InsyaAllah. Saya rasa lebih tenang dan selesa sekarang.  Tambahan pula, Shaklee kini beroperasi secara online, menerima order juga secara online,  jadi segala-galanya menjadi lebih mudah, lebih-lebih buat surirumah dengan anak-anak kecil seperti saya. Semuanya hanya dihujung jari. Di samping menjaga keluarga, saya MENJANA pendapatan sendiri. Inilah IMPIAN semenjak dulu lagi, akhirnya menjadi KENYATAAN.  Bestkan ?

Berminat untuk mengetahui bagaimana Shaklee boleh membantu merubah tahap ekonomi anda dan keluarga ? Baca disini atau boleh terus hubungi saya seperti dibawah.

Info dan Produk *
Shaklee ID: 864927  WhatApps/SMS: 010-5450225  Email: myinfovitamin@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge