MyInfoVitamin

Sakitnya Gout – Ketahui Punca dan Rawatan

gout

 

Gout (ihsan Google)

 

Gout adalah sejenis artritis. Ia berlaku apabila kandungan asid urik dalam darah lebih tinggi daripada biasa dan menyebabkan keradangan pada sendi. Gout akut adalah suatu keadaan yang sangat menyakitkan yang sering memberi kesan hanya satu sendi manakala gout kronik pula berlaku secara berulang, juga tidak kurang rasa sakit dan radangnya. Lebih daripada satu sendi mungkin terjejas. Sendi yang terjejas akan menjadi panas, bengkak dan kemerah-merahan.

Apakah simpton dan tanda-tanda Gout

  • Keradangan dan kemerahan – sendi yang terjejas akan menjadi bengkak, lembut dan merah.
  • Sakit pada sendi yang teramat sangat  –   ia boleh berlaku pada ibu jari, kaki, buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan mungkin yang paling teruk dalam tempoh 12 hingga 24 jam selepas ia bermula.
  • Rasa ketidakselasaan yang berlarutan – Selepas reda kesakitan yang paling teruk, beberapa ketidakselesaan sendi boleh berlarutan dari beberapa hari ke beberapa minggu. Kemudian serangan mungkin untuk bertahan lebih lama dan memberi kesan lebih sendi.
  • Kulit mengelupas dan gatal selepas keradangan reda

Apakah penyebab Gout
Penyebab utama gout adalah asid urik. Badan akan menghasilkan asid urik apabila ia memproses purines, bahan yang  terdapat dalam makanan tertentu, seperti daging organ, ikan bilis, asparagus dan cendawan. Kebiasaanya, asid urik larut dalam darah dan dikeluarkan oleh buah pinggang melalui air kencing. Tetapi apabila tubuh seseorang menghasilkan asid urik terlalu banyak atau buah pinggangnya mengeluarkan asid urik yang terlalu sedikit, kandungan bahan ini akan meningkat dalam darah. Apabila ini berlaku, kristal mikroskopik asid urik (urate cystal) akan terbentuk disekitar sendi dan tisu yang menyebabkan  kesakitan, keradangan dan bengkak.

Faktor Risiko
Antara beberapa faktor yang mendorong  terjadinya gout adalah :-

  • Ubat-ubatan – Sesetengah jenis ubat-ubatan boleh meningkatkan tahap asid urik dan risiko mendapat gout. Ini termasuk diuretik, yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi (hipertensi) atau tidak normal pengumpulan cecair dalam badan anda dan juga niasin, digunakan untuk merawat kolesterol tinggi
  • Jantina – lelaki lebih mudah mendapat gout berbanding wanita
  • Makanan yang tinggi dalam purines termasuk daging lembu, kambing, makanan laut, organ dalaman haiwan
  • Minuman berkarbonat
  • Keturunan
  • Keadaan perubatan – keadaan perubatan yang boleh meningkatkan risiko mendapat gout termasuk:
    – tekanan darah tinggi (hipertensi)
    – kencing manis,
    – penyakit buah pinggang
    – mempunyai tahap yang tinggi paras lemak dan kolesterol dalam darah

Rawatan
Doktor biasanya akan mencadangkan beberapa ubat untuk membantu melawan serangan gout. Antaranya seperti Nonsteroidal anti-inflammatory drugs, NSAIDs (diclofenac,  indometacinnaproxen)  Colchicine dan Corticosteroids serta Allopurinol. Namun penggunaan ubat-ubatan ini secara berterusan akan menyebabkan kesan sampingan lain seperti pening, loya, cirit birit malah ada yang lebih serius seperti gangguan pada fungsi hati dan buah pinggang

Tips dibawah menunjukkan beberapa langkah boleh diambil untuk mengurangkan risiko serangan gout.
√  Minum 8 hingga 16 cawan (kira-kira 2 hingga 4 liter) air setiap hari
√  Makan dari sumber protein yang sederhana jumlahnya, sebaik-baiknya daripada sumber-sumber yang sihat, seperti tenusu rendah lemak atau bebas lemak, tauhu, telur dan mentega kacang.
√   Hadkan pengambilan harian terhadap daging, ikan dan ayam (113-170 gram).
√  Jauhi alkohol

Makanan yang  dapat membantu mengurangkan tahap kandungan asid urik
√  Kopi – Kajian telah menunjukkan dengan meminum kopi sama yang biasa atau berkafein, paras asid urik dapat direndahkan
√  Vitamin C – amalkan supplemen vitamin C berdos 500mg setiap hari untuk membantu mengatasi gout
√  Ceri –  makan lebih ceri dan lain-lain buah-buahan berwarna gelap, seperti beri hitam, beri biru, anggur ungu dan raspberi

Sumber : Mayo Clinic dan NHS UK

Vivix

Supplemen Untuk Gout

(1) VITAMIN C – untuk mengurangkan uric acid di dalam badan

(2) ALFALFA COMPLEX – Punca vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Ini dapat mengurangkan pembentukan baru uric acid.

(3) OMEGA GUARD – Mengurangkan dan mengelakkan inflammatory (bengkak) pada anggota yang terkena serangan GOUT.

(4) PERFORMANCE DRINK – memastikan tubuh pesakit mempunyai kandungan abir dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

(5 ) VIVIX
Vivix Shaklee adalah produk yang mempunyai ramai pengikut ini dihasilkan dari alam semulajadi dan tiada kesan sampingan yang memudaratkan. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  Sesuai dengan saranan pemakanan di atas, minuman ini dipenuhi dengan kebaikan ekstrak beri dan anggur yang sekaligus dapat membantu pesakit gout melawan penyakit ini. Dengan pengamalan yang berterusan, adalah tidak mustahil, untuk mereka kembali pulih dan sihat dan seperti sedia kala. Vivix juga bukan hanya untuk gout, malah membantu dalam masalah penyakit kronik yang lain seperti darah tinggi, kencing manis dan barah

 BONUS : Jika anda dah mengambil VIVIX, anda tidak perlu lagi mengambil supplemen lain diatas. ViViX membantu secara keseluruhan masalah tubuh dan berfungsi secara maksima untuk kesihatan yang menyeluruh

Berminat untuk mendapatkan mana-mana supplemen di atas ? Hubungi kami segera untuk harga istimewa (^_^)

Shaklee ID864927
WhatApps/SMS: 010-545 0225
Email: myinfovitamin@gmail.com
FB: facebook.com/myinfovitamin

*These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

2 thoughts on “Sakitnya Gout – Ketahui Punca dan Rawatan

    1. admin Post author

      Terima kasih kerana sudi singgah. InsyaAllah kita bantu mana yang boleh, kita berikhtiar, yang menyembuhkannya, Dia juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge