MyInfoVitamin

Collagen Shaklee |Review dan Testimoni Kolagen Shaklee

Secara jujurnya, sebelum ini saya memang tak pernah cuba kolagen. Apa jenama sekalipun. Memang tak pernah. Persepsi saya,¬† kolagen ini hanya untuk mereka yang sangat sangat menjaga kulit. Yang ada masa nak belek sana sini. Yang tak buat kerja rumah. Sedangkan saya hari hari “bersilat” dengan anak anak mana lah ada masa nak berkalogen segala. Memang tak sempat pun. Tambahan pula, kalogen ni biasa mahal mahal belaka. Jadi memang saya tutup mata je lah.

Alhamdulilah, kulit saya pun bukan jenis bermasalah. Maklumlah budak kampung, jenis kulit tahan lasak gitu :p. Tapi bila join je Shaklee ni, ada pula produk yang memang khas untuk kalogen, namanya Shaklee Collagen Powder. Mula mula tu tak teringin sangat pun. Tapi lepas tengok kawan kawan saya sendiri bagi feedback yang bagus pasal kolagen ni, hati mula berdetik. Lebih lebih lagi bila tengok member yang lebih tua dari saya ambil Collagen Shaklee ni, tak nampak pun berusia dari saya. Halus, gebu betul kulitnya. Nampak macam lagi muda.. eh eh tercabar la jugak kan !

Mula lah gatal nak mencuba. Kalau diikutkan sebenarnya Shaklee Collagen Powder ni tidak digalakkan untuk ibu yang hamil dan menyusu. Tapi disebabkan oleh “hasutan” kawan kawan dan semangat nak mencuba, masa Azeem berusia 5 bulan dan saya masih menyusu badan sepenuhnya, saya beli sekotak ! Dup dap dup dap nak masa nak try tu. Risau juga ada kesan pada baby. Tapi tak apa, cuba sepeket dulu, kalau nampak ada masalah , saya stop la, hati berkata-kata (nak sedapkan hati ni sebenarnya ). Nampak tak betapa kuatnya keinginan nak jadi cantik ! ūüėÄ

Cara Makan atau Minum Shaklee Collagen Powder

Cara makan  pun senang saja. Bancuhkan saja dalam segelas air sejuk. Baunya pula  ada bau bau ikan sedikit sebab ia diperbuat daripada sisik ikan merah. Tapi saya tak bancuh dalam air kosong biasa, biasanya saya masukkan sedikit kordial oren, saja nak hilangkan bau ikan tadi. Takdelah rasa plain saja kan. Boleh juga kalau nak mix kan dengan kordial lain. Janji bancuh dengan air sejuk ya, jangan air panas. Sebab air panas boleh menyebabkan kalogen musnah. Nanti makan hampas saja!

Resepi Cara Minum Makan Shaklee Colagen

Ini resepi saya

2 sudu besar ESP
2 sudu besar Performance Drink untuk rasa oren
1 peket Shaklee Collagen Powder (SCP)

Campurkan semua dan masukkan air sejuk. Goncangkan dan sedia diminum!

Cukup lengkap untuk membantu nutrisi penyusuan, tenaga sepanjang hari dan menjaga kecantikan luaran dan dalaman. Yummy !!

Ok percubaan pertama selesai !

Hilang persepsi saya yang dulu. Mudah saja rupanya nak minum kolagen Shaklee ni. Tak sampai 5 minit pun. Quick and easy! Semudah itu kita nak jaga kecantikan. Ini mengingatkan saya, duduk dirumah pun kena jaga kecantikan, lebih lebih untuk suamikan . Saya saja yang banyak alasan! Ohh!

Review Shaklee Collagen Powder

Selepas beberapa hari berlalu selepas percubaan pertama, Azeem nampak macam biasa je, tak de sebarang perubahan. Menyusu macam biasa. Eh tak! Menyusu luar biasa. Saya perasan, Azeem asyik nak menyusu saja. Payudara rasa full! Macam pelik kan. Serius ! Susu rasa lebih banyak dari biasa dan Azeem pun nak melekat sentiasa. Rupa rupanya, bukan saya sorang je yang rasa perubahan macam ni lepas ambil kolagen, kawan kawan yang lain pun setuju. Mereka yang masih menyusu dan ambil kolagen ternyata perasan benda yang sama. Shaklee Collagen membanyakkan susu ibu! Tapi ini pengalaman saya dan rakan rakan saya ya, saya tak jamin anda  pun akan dapat hasil yang sama.

Bila dah rasa ok begitu, saya pun teruskan ambil collagen ini. Tapi disebabkan saya masih fully breastfeed, saya tak ambil setiap hari. Saya ambil seminggu 2 kali sahaja. Tak nak lah terlalu tergesa gesakan. Slow and steady heheh ! Alhamdulillah penyusuan saya tiada masalah.

Ini pula perbualan kami di WhatApps. Untuk menjaga privasi, nama terpaksa di “hide” kan ūüėČ

Testimoni Shaklee Collagen Anjal dan Gebu

Sebelum ni saya ada masalah rambut gugur yang agak kronik. Kalau sapu, memang tak kurang dari segumpal rambut yg terkumpul. Tapi lama-lama saya rasa macam dah semakin berkurang. Tidaklah terus tak gugur. Tapi boleh nampak beza sebelum dan selepas ambil kolagen.

Testimoni Pengguna Shaklee Collagen POwder

Kecoh pula dalam group WhatApps kami tentang “hasil” yang kawan kawan saya dapat lepas amalkan kolagen ni. Ada sorang member saya ni, memang pengguna tegar Collagen Shaklee. “Akibat” ambil kolagen, sampai terpaksa tukar saiz “baju kecik”. Dulu lembik je katanya, sekarang dah full! Badan pun semakin montok dan anjal ! Kulit muka jadi tegang dan cantik. Keluar rumah pun tak pakai mekap. Glowing je muka!

Yang paling tak sangka tu, kolagen ni membantu hubungan suami isteri. Ini bukan Shaklee yang claim tapi kawan kawan yang berkongsi cerita. Sebab tulah ada suami yang sanggup sponsor SCP setiap bulan buat isterinya¬† ! Bertambah ceria rumahtangga ūüėČ

Testimoni Kolagen Shaklee Anjalkan Payudara

Ini pula cerita dari seorang customer saya, mulanya ambil Collagen  untuk masalah rambut suaminya yang sering gugur. Lepas sekotak Alhamdulillah nampak perubahan. Kurang sudah gugurnya. Tapi bila diteruskan, kesan lain pula yang jadi. Satu hari isterinya ini telefon saya.

Kak, kolagen ni boleh kuruskan perut yang buncit ke ?

“Hah ?! ” Terkejut saya dengar

” Perut suami saya dah tak buncit lagi la kak, dulu nampak macam orang mengandung, sekarang memang dah slim lah. Kolagen ni boleh buatkan perut kempis ye kak” katanya seakan tak percaya

“Alhamdulillah, baguslah macam tu. Bonus tu! ” Seronok saya dengar bila customer happy. Saya pun seakan tak percaya

Apa yang berlaku sebenarnya yang saya sendiri pun tak perasan. Bila kita ambil kolagen ni, perut jadi lebih lawas. Segala kotoran akan mudah dibuang. Perut yang dulunya buncit lama lama akan jadi kempis. Lagi satu, perut kita mungkin menggelebeh disebabkan oleh kita pernah mengandung. Selepas melahirkan anak, perut kembali mengecil tapi tidak pejal.

Apabila kita ambil kolagen, ia akan memejalkan kembali otot perut tersebut dan akan shape up. Oleh sebab itu, kalau amalkan pemakanan kolagen ini boleh “cantikkan” kembali perut. Sama juga seperti kulit yang kendur, amalan mengambil kolagen boleh membantu. Strecth mark semasa mengandung pun nampak pudar.

Alhamdulillah, gembira  dengan feedback yang positif ini, customer saya tadi telah pun terus join dan jadi ahli Shaklee !

Begitulah review saya dan testimoni mereka yang dah pun menggunakan Shaklee Collagen Powder. Pada kawan kawan yang tercari cari kolagen, bolehlah cuba Collagen Shaklee ni. InsyAllah hasilnya memang superb! Recommended!

Oh lupa, Rita Rudaini artis popular yang cantik jelita tu pun makan kolagen Shaklee untuk mengekalkan kecantikan dan keayuannya walaupun beliau ada produk kolagen sendiri Siap post di instagram miliknya lagi.

Rita Rudaini Artis yang Makan Kolagen Shaklee

Alhamdulillah, ramai yang sudah yakin dan percaya dengan kualiti poduk Shaklee yang unggul. Seronok sangat bila ianya memberi manfaat pada orang lain.  Tapi janganlah berharap untuk terus gojes hanya memakan sekali sahaja, apa pun yang kita ambil, perlu diamalkan secara berterusan untuk mendapat hasil yang memuaskan

Klik untuk baca tentang kandungan, bahan bahan, harga dan kebaikan lain Shaklee Collagen dan testimoni kolagen Shaklee yang lain disini

Untuk sebarang pertanyaan atau order hubungi saya seperti dibawah. Konsultasi PERCUMA beserta cara makan yang betul akan diberikan

*****************************************************************************************
Mahukan harga lebih jimat ? Daftar saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan! *****************************************************************************************

WhatApps/SMS: 010-5450225
Shaklee ID: 864927
Email: myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan Kuala Lumpur (Jln Sultan Ismail).

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

One thought on “Collagen Shaklee |Review dan Testimoni Kolagen Shaklee

  1. Pingback: Shaklee Effect Collagen Powder | Kolagen RSS Premium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge