MyInfoVitamin

Resepi Karipap Rangup dan Sedap

Resepi Karipap Rangup dan Sedap | Alhamdulillah, masih belum terlambat lagi rasanya saya nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin memandangkan kita masih lagi di bulan Syawal. Orang kata raya kan sebulan ūüôā ¬†Ok, sebut pasal raya, baru baru ini semasa pulang ke kampung, kakak ipar saya buat karipap untuk minum petang buat kami sekeluarga. Beliau memang pakar¬†karipap pusing yang rangup dan sedap, ¬†sampai balik sini saya teringat ingat hasil air tangan beliau. Berhantu betul !

Jadi, baru baru ini, dek kerana tak tahan penangan mimpi makan karipap rangup, saya pun buat sendiri. Kebetulan ada bahan bahan di rumah, jadi projek buat karipap diteruskan. Sebenarnya agak lama jugak tak buat karipap, selalu beli je tapi jarang jumpa yang kena selera di tekak. Resepi pun ingat ingat lupa.

Tapi bila dah siap, Alhamdulillah, sedap juga ( masuk lif tekan sendiri ūüėÄ ) dan rangup sampai ke petang. Suami dan anak anak pun suka. Cumanya yang saya buat ni karipap biasa bukan karipap pusing, tak apalah kan janji sedap! Jadi kawan kawan boleh la cuba buat. Simple je resepi ni tapi confirm jadi ! Kalau tak jadi tu cuba check ¬†balik ye. Adunan dibawah ini untuk¬†anggaran 25 biji

Resepi Karipap Rangup dan Sedap Sampai Petang

Resepi Karipap Rangup dan Sedap – Inti Kentang Daging

Bahan Inti
– 2-3 biji kentang, potong dadu
– separuh carrot, potong dadu (yang ini optional, kalau tak nak pun tak apa, tapi saya tambah sebab¬†anak tak suka makan sayur, jadi¬†saya “cheat” sikit dalam¬†ni ūüėČ )
– 100 g daging kisar ( boleh tukar dengan ayam)
– 3 sudu serbuk kari
– 3 biji bwg merah (kisar)
– 3 biji bwg putih( kisar)
– sedikit garam, perasa
– 4 cawan air ( agak agak supaya semua empuk)

Cara -cara
Panaskan sedikit minyak, dan tumis bahan kisar, masukkan daging dan goreng sikit. Masukkan serbuk kari yg dibuat pes dgn air. Goreng sampai naik bau. Pastu masukkan kentang, carrot. Akhir sekali masukkan air. Rebus biar empuk. Masukkan garam secukup rasa

Bahan Kulit
– 300g tepung
– 100g marjerin yg dicairkan atau minyak yg dipanaskan ( mesti panas)
– 150ml air sejuk dari peti ais + sikit garam

Masukkan minyak /marjerin cair yg panas dlm tepung. Gaulkan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli doh hingga tidak melekat di tangan. Tak perlu habiskan air, agak agak je.

Bolehlah di canai.. siap!

Api gorengan pula jangan terlalu besar ya, sederhana saja takut nanti tak sempat masak bahagian dalam.

Boleh juga buat lebih sikit dan frozen kan, jadi karipap  frozen. Manalah tahu saat saat kecemasan, waktu tak sempat atau tiba tiba ada tetamu datang adalah juga dibuat juadah untuk dihidang. Buat minum petang bersama secawan Cinch Tea bersama madu pun enak sangat. Layannnnnn..

Selamat Mencuba. Nanti jangan lupa kongsi hasil karipap rangup anda di komen ya ūüôā

 

Pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee boleh WhatApps/SMS ke 010-5450225
atau email myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan Kuala Lumpur. 
COD Area: Bkt. Beruntung, Jalan Raja Chulan
Penghantaran: Keseluruhan Malaysia dengan khidmat kurier Poslaju, GDex dalam 2-4 hari bekerja.

***************************************************************************

Mahukan harga vitamin lebih jimat ? Daftar saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!

***************************************************************************

*These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge