MyInfoVitamin

Resepi Donut Gebu, Paling Mudah, Paling Sedap

Resepi Donut Gebu, Paling Mudah, Paling Sedap | Suka makan donut ? Dulu saya agak confuse antara donut dengan keria. Pada saya kedua duanya sama saja, donut ! Bila dah tua dewasa ni baru tahu beza yang mana satu donut yang mana satu keria heheh. Anak anak saya suka makan donut, kalau buat dari pagi boleh makan yang itu saja seharian, no problem! Banyak juga resepi donut yang pernah saya cuba, tapi dalam banyak banyak tu, saya terjumpa satu resepi donut yang paling mudah, paling gebu dan paling sedap. Siap boleh simpan sampai esoknya pun masih lembut

Resepi ini saya ambil dari blog Kak Azie. First time cuba, terus jatuh cinta ! Banyak juga resepi lain yang best best dalam blognya. Terima kasih kak !  Sesuailah untuk mereka yang tak ada banyak masa macam saya. Tidak perlu nak direhatkan, tak perlu nak perap berjam jam. Penyediaannya pun ringkas dan simple je. Tapi saya ada buat olahan sikit, tambah Meal Shakes. Hasilnya Alhamdulillah gebu dan lembut.

OK ini dia resepinya.

Resepi Donut Gebu, Paling Mudah, Paling Sedap

Donut Gebu – Ihsan Google

Resepi Donut Gebu, Paling Mudah, Paling Sedap

Saya buat separuh adunan je. Satu adunan boleh dapat  50 biji donut saiz sederhana.

Bahan-bahan
– 500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum
– 1 peket yis segera-11gram 50g marjerin/mentega (sesudu besar)
– 1 sudu besar (penuh) shortening – saya guna  minyak masak
– 2 sudu besar gula pasir
– 2 sudu besar susu pekat / 2 sudu besar susu tepung
– 1 biji Telur
– 1/2 sudu kecil garam – saya tak letak
– Gula Halus atau topping kegemaran anda 190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)

Tambahan2 sudu besar Meal Shakes (untuk separuh adunan) – saya guna Meal Shakes untuk rasanya lebih lemak dan sedap dan dalam masa yang sama ada pelbagai khasiat di dalamnya untuk kebaikan anak anak. Takdelah makan kosong je kan

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah sahaja menggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.Tidak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih). Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Saya tak rehatkan pun sebab malas nak tunggu.

Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini. Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan. Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur).

Goreng sehingga kekuning kuningan dan angkat. Gaulkan dengan gula atau topping kegemaran. Saya letak sedikit sahaja gula dan ada ketikanya tak letak langsung sebab donut ini dah rasa manis manis buah. Nak jaga kesihatan keluarga katakan :-)

Itu saja caranya, nampak macam panjang tapi sebenarnya mudah saja. Nanti boleh la cuba ya. InsyAllah hasilnya memang superb. Walaupun dah buat banyak kali tapi tetap tak jemu. Inilah donut gebu paling mudah dan sedap kegemaran anak anak saya.

Selamat Mencuba !

Jika ada sebarang pertanyaan boleh WhatApps/SMS ke 010-5450225
atau email myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan Kuala Lumpur. 
COD Area: Bkt. Beruntung, Jalan Raja Chulan
Penghantaran: Keseluruhan Malaysia dengan khidmat kurier Poslaju, GDex dalam 2-4 hari bekerja.

***************************************************************************

Mahukan harga vitamin lebih jimat ? Daftar saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!

***************************************************************************

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

8 thoughts on “Resepi Donut Gebu, Paling Mudah, Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge