MyInfoVitamin

Rahsia Kasut Sekolah Putih Tanpa Kapur | Basic H Pencuci Serbaguna

Rahsia Kasut Sekolah Putih Tanpa Kapur | Masa zaman saya sekolah dulu, waktu hujung minggu emak mesti rendam baju baju putih sekolah kami dengan peluntur. Supaya semua kotoran tanggal dengan mudah apabila dicuci. Pakaian pun nampak lebih putih dan cerah, macam baru.

Tapi bila saya sendiri jadi ibu sekarang ini, boleh dikira dengan jari berapa kali saya guna peluntur. Rasanya tak sampai 3 kali kot. Salah satu sebabnya, memang sebab terlupa pun, tahu tahu sudah dibasuh dan siap disidai di ampaian. Malas lah pula nak basuh semula kan, ngeee. Satu lagi sebab, ialah peluntur itu sendiri buat tangan saya jadi pedih. Walaupun saya bukanlah kategori kulit yang sensitif atau ada eczema, tapi jari rasa tak selesa bila dah terkena peluntur tersebut. Rasa melekit semacam. Dan antara paling saya tak boleh tahan ialah baunya. Aduhhh… menusuk hidung naik sampai ke kepala ! 

Pernah sekali tu, saya curahkan sedikit ke lantai bilik air, kononnya nak basuh bagi lantai berkilat, tapi selepas beberapa minit duduk dalam bilik air, sesak nafas pula jadinya. Kembang kempis hidung menahan bau. Fuhh !! Memang tak boleh tahan ! Akhirnya saya basuh bilik air guna pencuci biasa je.

Begitu juga dengan kasut, ada beberapa orang kawan yang rendam kasut sekolah anak dalam peluntur supaya mudah nak sental yang hitam hitam tu.  Memang jadi putih bersihnya. Tapi secara jujurnya saya tak pernah buat.

Alkisahnya, beberapa minggu lepas saya ada ternampak di fesbuk yang rendaman kasut sekolah dalam cecair serbaguna Basic H, boleh memudahkan kerja mencuci. Kasut sekolah boleh jadi putih ! Eh betulke ? serius saya belum pernah cuba.

Alang alang memang ada benda tu di rumah, minggu yang berikutnya, saya mulakan eksperimen.

Sediakan setengah air baldi dan masukkan sesudu Basic H. Rendam kasut anak anak yang “berkarat” tu dalam sejam. Saja nak test power orang kata heheh. Lepas apalagi, cucilah. 

Wallah !! Memang betullah. Tak teruk pun nak menyental macam sebelum ni. Berus macam biasa je. Tapi hasilnya, yang hitam hitam tu cepat je tanggal. Kasut pun jadi putih bersih tau, berseri seri. Macam di letak kapur ! Serius tak tipu. Teruja betul.

Power juga Basic H ni ye !  Gambar dibawah ini, hasilnya. Tidak diedit langsung. Boleh nampak bezanya kan. Inilah cara mudah cuci kasut sekolah! Lepas ni jimatlah duit nak beli kapur kasut hehhe.

Cara Mudah Cuci Kasut Sekolah dengan Basic H Shaklee

Baju baju putih pun boleh direndam dengan campuran Basic H juga. InsyAllah kotoran yang melekat tu senang nak keluar dan baju nampak lebih putih. Ini pengalaman kawan kawan yang pernah cuba.

Basic H ni sebenarnya saya gunakan sebagai pencuci lantai. Selesa je kaki memijak lepas mop. Rasa “suci murni” je lantai tu. Tapi sebab yang paling utama ialah ia bebas bahan kimia berbahaya. Maklumlah anak anak kecil macam saya ni macam macam peelnya. Budak budak kan suka golek sana sini, makanan yang jatuh pun dikutip balik bila kita tak nampak. Ada juga yang jadi kerja “cium” lantai. Haissshhh…  haru betul.

Jadi bila guna pencuci macam ni, lebih selamat, tak adalah takut termakan benda benda yang tidak sepatutnya masuk ke perut.  Tak perlu nak risau naik ruam ke, merengsakan kulit atau ada kesan sampingan. Ianya 100% semulajadi dan mesra kulit. Tangan saya pun rasa biasa je lepas guna.

Dan semestinya tiadalah bau bauan yang kuat menusuk hidung tu ;-). Legaa….

Pencuci Lantai Terbaik Serbaguna Selamat Basic H Shaklee

Sedikit info ringkas. Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate ialah pencuci pekat serbaguna yang di ekstrak daripada jagung dan kelapa. Banyak kegunaan Basic H Shaklee untuk dalam dan luar rumah. Contohnya untuk mencuci pakaian, dinding, cermin , periuk belanga, perabot, barang kemas, lap kereta dan macam macam lagi. Ada juga yang menggunakannya untuk menghalau nyamuk dan semut tau !  Ianya selamat, berkesan dan mesra alam. Tanpa klorin dan tanpa gas beracun. Klik untuk baca lanjut mengenai Basic H Shaklee selamat

Nampaknya memang tak boleh tinggallah Basic H selepas ini.  Wajib ada di setiap rumah untuk membantu memudahkan kerja para ibu melangsaikan rutin harian kerja rumah dengan lebih cepat dan  pantas! Harga Basic H pun kurang dari RM50 sahaja sebotol untuk kegunaan sehingga 48 gelen air.

Ermm nampaknya tiada alasan lah lagi untuk rumah “kusut masai” lepas ni, boleh la minta bantuan “si dia”selalu.

Jom jadi supermak !

Jika ada sebarang pertanyaan boleh WhatApps/SMS ke 010-5450225 atau email myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan Kuala Lumpur

***************************************************************************

Mahukan harga lebih jimat ? Daftar saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!

***************************************************************************

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge