MyInfoVitamin

Phytocol ST Supplemen Untuk Turunkan Paras Kolesterol Jahat LDL

Suka makan nasi lemak ? mee goreng ? seafood ? Saya suka ! dan saya yakin hampir semua dari kita suka dan biasa dengan makanan ini. Dari pagi sampai kemalam ada saja hidangan pembuka selera, yang pedas, bergoreng, bersantan dan berminyak. Siapa yang tak kenal dengan Malaysia sebagai syurga makanan!

Kolesterol Dalam Makanan

Tapi sedar tak sedar, sebenarnya kita sedang mengundang pelbagai penyakit termasuklah penyakit jantung. Di negara kita sahaja, 1 daripada 3 kematian adalah disebabkan oleh masalah jantung. Salah satu sebab terjadinya penyakit jantung adalah disebabkan oleh paras kolesterol yang tinggi dalam badan. Kalau dulu, rata-rata yang menghidapi masalah ini adalah dari golongan tua dan warga emas. Tapi sekarang tidak lagi. Semua golongan pun berisiko.

Lagi satu jangan ingat hanya orang yang gemuk saja ada kolesterol, yang kurus pun ada tau. Sebab tu penyakit jantung digelar pembunuh dalam senyap, nampak macam slim, kurus, steady tapi sekali kena serangan sakit jantung baru tahu rupanya paras kolesterolnya tinggi. Masa tu dah susah nak rawat. Jadi anda yang kurus-kurus ni, cepat-cepat periksa tahap kolesterol anda ya dan pastikan berada dalam paras yang sihat. 

Baiklah, dalam artikel ini, saya akan huraikan beberapa perkara berkaitan kolesterol 

a. Faktor Yang Menjadi Punca Kolesterol Tinggi

b. Bagaimana Kolesterol yang Tinggi Boleh Menyebabkan Penyakit Jantung 

c. Simpton Penyakit Jantung

d. Bagaimana Phytocol ST boleh Menurunkan Kolesterol Secara Semula Jadi

Faktor Yang Menjadi Punca Kolesterol Tinggi

Kita sudah sedia maklum bahawa corak pemakanan kita menjadi penyumbang kepada paras kolesterol dalam darah. Selain makanan, faktor lain yang mendorong kepada keadaan ini adalah tabiat merokok, berlebihan berat badan, tekanan dan organ hati yang tidak sihat. Kalau kita ada ciri-ciri ini, AWAS ! kita perlu lebih berhati-hati. 

Bagaimana pula Kolesterol yang Tinggi Boleh Menyebabkan Penyakit Jantung.

Sebenarnya dalam badan kita ada 2 jenis kolesterol iaitu LDL (Low Density Lipoproteins) atau dikenali sebagai kolesterol jahat dan HDL (High Density Lipoproteins), kolesterol baik.Masing masing mempunyai fungsi tersendiri. HDL bertindak mengangkut kolesterol keluar dari salur darah untuk disingkirkan manakala LDL pula menyebabkan pembentukan plak yang menghalang dan memberhentikan pengaliran darah. Sekaligus mengakibatkan kerosakan arteri, penyakit jantung dan angin ahmar

Untuk sihat, seseorang itu haruslah mempunya paras HDL yang lebih tinggi dari LDL. 

Kolesterol Dalam Darah LDL HDL

Simpton Penyakit Jantung- Apakah Tanda-tandanya ?

Kajian menunjukkan orang yang ada penyakit jantung ni, akan menunjukkan beberapa gejala. Antaranya seperti cepat letih, ketat di bahagian leher atau tengkuk , degupan pantas atau tidak sekata, kuat berpeluh, nafas pendek  dan rasa kuran selesa di bahagian dada. Ataupun bagi yang kronik sikit, akan diserang angin ahmar. Ada yang dah kena ?  

American Heart Association menyarankan untuk orang dewasa, kadar pengambilan kolesterol yang elok hanya kurang atau sama dengan 300mg sehari ! Tapi kalau dah makan nasi lemak, mee goreng dan tomyam seafood pula  pada malamnya, jumlah kolesterol yang masuk ke badan kita adalah 3 kali ganda dari saranan diatas ! Manalah orang-orang muda belia tak kena heart attack

Tapi tak kanlah kita nak menolak semua makanan yang sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita sehari-hari dan bertukar dengan hanya makan sayur dan buah sahaja setiap masa. Boleh ? Kalau anda mampu, memang hebatlah ! Tabik spring saya, tapi saya tahu ramai tak boleh. Susah ! Tapi sekarang anda tak perlu nak risau sangat dah, kita boleh menikmati makanan kegemaran kita tanpa risau akan kandungan kolesterolnya dengan syarat berjaga-berjagalah, jangan keterlaluan. 

Ok, Bagaimana ? 

Bagaimana Phytocol ST boleh Menurunkan Kolesterol Secara Semula Jadi ?

Baru-baru ini, Shaklee telah melancarkan satu produk baru yang diberi nama Phytocol-ST yang bertindak dalam dua cara untuk masalah kolesterol ini iaitu dengan :-

  • MENCEGAH penyerapan kolesterol baru
  • MENURUNKAN paras LDL (kolesterol jahat)

Phytocol ST Shaklee Menurunkan Kolesterol Semulajadi

 Bagaimana ia bertindak ?

Fitosterol yang dihasilkan daripada sterol tumbuhan ini mempunyai struktur yang hampir sama dengan kolesterol. Ia akan “berebut” dengan kolesterol untuk mendapat tempat ditapak serapan. Bila bahan ini mendapat tempatnya , kolesterol akan terhalang dari diserap kedalam pada usus kita. 

Fungsi Fitosterol Phytocol ST Shaklee Ambil Tempat Kolesterol.

Cuba tengok gambar dibawah. Sebelum pengambilan fitosterol, kolesterol bebas untuk melekat di dinding usus, dan terus masuk ke dalam aliran darah kita. Tapi dengan adanya fitosterol daripada Phytocol-ST ini, kurang kolesterol yang diserap kedalam badan. Bila kurangnya paras kolesterol, bermakna kita pun kurang terdedah kepada penyakit yang berkaitan.

Phytocol Shaklee Kurangkan Penyerapan Kolesterol Dalam Darah

Dengan penurunan 10% kadar kolesterol ini, secara automatik kita berjaya mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 20% ! Banyak tu.  Bahkan badan-badan kesihatan antarabangsa seperti National Institutes of Health, British Heart Foundation, AMerican Heart Association dan lain-lain lagi turut mengesyorkan pegambilan fitosterol 2000mg sehari untuk mencegah kolesterol ini daripada menimbun dalam badan kita

Phytocol Shaklee Kurangkan Penyerapan Kolesterol Dalam Darah

Apakah Phytocol -ST ini ?

Ia dihasilkan daripada fitosterol tumbuh-tumbuhan yang membekalkan 2000mg fitosterol sehari. Fitosterol ini telah terbukti secara klinikal dalam lebih 80 kajian dapat menurunkan LDL kolesterol 10-15% dengan pengambilan yang konsisten. Ia juga membekalkan 100% keperluan harian dalam fitosterol seperti yang disyorkan oleh National Institutes of Health. 

Fitosterol Terbukti Secara Klinikal Merendahkan LDL

Mari kita tengok gambar dibawah yang menunjukkan perbandingan di antara pengambilan  Oat Beta Glucan dengan Fitosterol terhadap kesan penurunan kolesterol. Fitosterol bertindak jauh lebih berkesan dengan menurunkan 10-15% paras kolesterol berbanding hanya 5.5% Oat Beta Glucan. Fitosterol juga membantu mengurangkan risiko 20% penyakit jantung berbanding hanya bergantung pada Oat sahaja. 

Perbezaan dan Perbandingan Fitosterol dan Oat

Betapa jauhnya beza kesan kedua bahan ini. Itupun kalau kita dapat amalkan pengambilan oat setiap hari. Untuk diri saya sendiri memang tak berapa jalan sangat oat ni. Suami pun sama. Sesekali tu boleh la, tapi bukan tiap-tiap hari. Jadi cara yang lebih mudah untuk jaga jantung dan hindarkan kolesterol ni, ambil phytocol-st waktu pagi. Cukup mudahkan !

Tak best juga cerita tapi tak ada bukti. Nanti macam syok sendiri je. Untuk melihat sejauh mana keberkesan produk ini, ada seorang pengguna yang dah uji awal-awal lagi terhadap dirinya sendiri. Beliau yang saya maksudkan ialah Encik Ethan Wang. Jemput baca testimoni dari tuan empunya badan sendiri. 

Testimoni LDL Kolesterol Turun Dengan Phytocol-ST Shaklee

Testimoni LDL Kolesterol Turun Dengan Phytocol-ST Shaklee (sebelum)

Testimoni LDL Kolesterol Turun Dengan Phytocol-ST Shaklee (selepas)

Ha dah baca kan. Apa pendapat anda ? Mahukan lebih info tentang PHYTOCOL-ST ini ? Atau nak tahu macam mana ia boleh membantu mengurangkan kolestrol anda, jangan lupa hubungi saya seperti dibawah. 

Sebotol mengandungi 120 biji tablet. 

Semestinya tiada pengawet, perasa dan pewarna tiruan. Hanya yang ASLI sahaja. Dan tentulah disahkan status HALAL nya !

Mahukan harga lebih jimat ? Daftar saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan !!

Jangan lupa hubungi saya di 010-5450225 sama ada melalui SMS atau WhatApps. Saya akan cuba balas secepat mungkin !

Selamat menjaga jantung kita :-)

One thought on “Phytocol ST Supplemen Untuk Turunkan Paras Kolesterol Jahat LDL

  1. Nurul Fazreen Othman

    yang bestnya makan phytocol-st ni..kite jd kurang selera bile nk teruskan makan. Mkn pun skit je. Sesuai utk berdiet jugak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge