MyInfoVitamin

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat. Cuaca sekarang tidak menentu. Sekejap panas sekejap hujan. Apabila keadaan sebegini berlarutan, kesihatan anak anak dan seisi keluarga turut terganggu.

Petua Hilangkan Demam Selsema

Demam selsema atau selsema memang biasa terjadi tidak kira dikalangan kanak kanak atau dewasa. Antara tanda tanda seseorang itu terkena demam selsema ialah seperti hidung berair, sakit tekak dan kerap bersin.Badan juga turut akan terasa lemah. Selsema mudah merebak kepada orang lain melalui udara yang sudah dicemari oleh penghidap selsema melalui bersin atau batuk

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

Bernafas Dalam Wap Beraroma
Isikan baldi atau besen dengan air panas. Titik beberapa minyak kayu putih (eucalyptus) dan cuba hirup perlahan lahan wap panas tersebut. Lakukan beberapa kali dalam sehari

Minum Banyak Air Suam
Tingkatkan pengambilan air suam sekurang kurangnya 8 gelas sehari. Ia membantu untuk mencairkan mukus dalam saluran pernafasan seterusnya mengelakkan hidung tersumbat semasa demam selsema

Teh Hijau bersama Halia

Minum secawan teh hijau bersama beberapa hirisan halia juga dapat  membantu mengurangkan gejala selsema

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat untuk Bayi dan Kanak kanak

Sapukan Balsam Vapor Rubs
Ini sesuai untuk bayi yang berusia 3 bulan ke atas. Sapukan vapor rubs pada dada bayi dan belakang badan bayi dapat membantu dia bernafas dengan lebih selesa kerana adanya unsur minyak kayu putih (eucalyptus)

Sedut Hingus
Cara ini boleh dilakukan sama ada dengan menggunakan mulut kita atau menggunakan alat penyedut yang boleh di beli di farmasi. Jika menggunakan mulut sendiri sebelah hidung haruslah ditutup, tapi jika menggunakan alat penyedut, masukkan perlahan lahan dalam hidung sikecil sambil memicit hujungnya. Kemudian lepaskan hujung tersebut supaya hingus dapat disedut keluar.

Petua Hilangkan Demam Selsema Untuk Bayi Dengan Cepat

Kerapkan penyusuan susu ibu atau minum banyak air suam untuk kanak kanak

Selain daripada petua diatas, saya juga turut memberikan chewable Vita-C buat anak anak saya. Ia mengandungi sumber vitamin C yang sangat diperlukan untuk meningkatkan tahap imunisasi tubuh mereka selain rasanya yang cukup digemari.

Saya dan suami pula amalkan Vita-C sustained Release 2 biji sehari bersama Nutriferon. Kedua dua suplemen ini sangat membantu untuk melegakan demam selsema dengan cepat. Kalau dulu sikit sikit pergi klinik, sekarang dah kurang. Alhamdulillah Shaklee bantu kami sekeluarga meningkatkan tahap kesihatan disamping berjimat. 🙂

Sumber :Dr. Zubaidi Dr. Oz

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Cahaya Vitamin, Rahsia Vitamin & Keluarga Sihat Ceria

 *****************************************************************************************

Mahukan harga lebih jimat ? Daftar saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!

*****************************************************************************************

WhatApps/SMS: 010-5450225
Shaklee ID: 864927
Email: myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan Kuala Lumpur (Jln Sultan Ismail).

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

13 thoughts on “Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

  1. Oja Samid

    tengok wap beraroma tu teringat kawan yg ada resdung dulu selalu buat gitu. tapi guna wap dalam cerek letrik je lah. hehe..time tu tatau pun semua petua2 nie. nampak sangat tak celik bab2 kesihatan lagi. :p

Leave a Reply to Nur Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge