MyInfoVitamin

Petua Dan Doa Membanyakkan Air Susu Badan

Orang tua-tua kita memang kaya dengan petua. Justeru, tidak hairanlah ada beberapa makanan yang disarankan buat ibu yang menyusu yang boleh diambil untuk menambah atau membanyakkan air susu badan. Dalam masa yang sama, jangan lupa amalkan zikir dan doa memohon supaya murahkan rezeki susu badan buat si anak . Jadi, di bawah ini saya senaraikan makanan, minuman dan doa yang disebutkan tadi.

Makanan

  • Lobak putih- boleh dimasak buat sup atau jus
  • Bayam
  •  Broccoli – sumber kalsium yang baik.
  • Sawi
  •  Cekur Manis – dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
  • Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang –  dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
  •  Kacang Hijau – bubur kacang hijau
  • Daun Kucai – daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus, makanlah bersama-sama nasi.
  • Petola, daun turi – masak lemak manis
  • Kacang Dal – makan dengan roti canai
  • Pucuk betik
  • Kurma- makan begitu sahaja atau buat jus
  • Sengkuang Cina
  • Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan – bukan yang dalam tin / di proses
  • Halba – masak dengan nasi (nasi dagang)

Kurma-Makanan-Tambah-Susu-Badan

Kurma – Makanan Sunnah Yang Membantu Penyusuan Ibu

Minuman

  •  Longan Kering; -Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja / direbus
  • Halba – rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam
  • Oat – boleh ditambah dalam minuman/makanan
  • Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
  • Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
  • Soya
  • Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus

Zikir dan Doa

  • Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
  •  Baca doa untuk ibu-ibu- “Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN...”
  • Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
  •  Baca surah Al- Baqarah ayat 60 – letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak supaya kita dapat menyusu anak sehingga umurnya 2 tahun

Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

Ketahui supplemen dan nutrisi sebagai makanan tambahan untuk membantu ibu-ibu yang menyusu disini.

Pertanyaan ?
Shaklee ID: 864927 WhatApps/SMS: 010-545 0225 Email: myinfovitamin@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge