MyInfoVitamin

Pengalaman Berpantang Anak Ke-4 Menggunakan Set Bersalin Shaklee

MyinfoVitamin ~ Pengedar Shaklee Rawang

Putera Ke-4, Fateh Al-Azeem

Alhamdulillah, tanggal 3 May 2013 baru-baru ini, bilangan ahli keluarga kami bertambah lagi ! Putera lelaki kami dilahirkan pada awal pagi jumaat, pukul 7.15 pagi yang hening. Syukur, segala-galanya dipermudahkan. Proses bersalin yang tidak panjang, dibantu oleh para jururawat baik-baik semuanya dan ditemani oleh suami tercinta membuatkan saya rasa lebih tenang dan mudah walaupun sakitnya  memanglah tak boleh citeritakan bagaimana.

Semasa 2 hari pertama kelahiran, badan berasa sangat lemah dan lesu. Maklumlah banyak tenaga yang dikeluarkan, banyak darah yang hilang. Saya hanya bangun untuk makan, membersihkan diri dan menyusukan anak. Selebihnya suami yang menguruskan. Syukur beliau banyak membantu.

Malam berikutnya , sebelum tidur, saya makan 2 bij OsteMatrix, bimbang tak terjaga unuk menyusu nanti. Malam-malam sebelumnya, memang rasa tak bermaya untuk bangun sampaikan tersengguk-sengguk ketika menyusu. Tapi selepas saya ambil OsteMatrix, rasa lain. Boleh buka mata dengan senang bila anak start merengek. Badan rasa bertenaga dan mudah untuk bangun walaupun 2 kali semalam. Kalau tidak dulu suami yang terpaksa kejutkan. Kerja rumah yang ringan-ringan pun saya dah boleh buat seawal minggu pertama lagi. Bayangkan saya sudah menyapu rumah pada hari k-5! Memang rasa cergas bertenaga.

 Lagi satu saya perasan, proses membuang pun senang. Takdela bertapa lama dalam bilik air. Lancar dan selesa. Dalam masa yang sama, saya turut makan sayur, buah dan minum banyak air.

Disebabkan badan yang kehilangan banyak vitamin dan nutrien, saya gantikan semula dengan multivitamin lengkap iaitu Vita-Lea. Manakala untuk kawal stress pula, saya ambil B-Complex. Maklumlah, apabila anak bertambah, tanggungjawab juga bertambah, tambahan kita yang masih dalam pantang, emosi perlu stabil. Jadi disinilah B-Complex memainkan peranan sebagai anti-stress dan mengelakkan meroyan.

Zinc pula membantu mempercepatkan proses baik pulih luka dari dalam. Dalam masa beberapa hari saja, luka semakin pulih, baik secara pembedahan mahupun normal. Tidak lagi rasa takut-takut untuk membersihkan kawasan tersebut. Lagi satu zinc ni bagus untuk mengurangkan masalah rambut gugur tau. Dulu banyak jatuh ke lantai, sekarang dah boleh kira.

Semasa kelahiran anak-anak terdahulu, saya tak pernah merasa bengkak susu walaupun susu sememangnya ada untuk bayi. Tetapi kali ini, pada hari pertama saja sudah membengkak. Akibatnya saya sudah mula memerah susu untuk dibuat stok. Memang meriah sangat. Kalau nak tahu, inilah kesan pengambilan ESP semasa kehamilan. Malah ia juga boleh diminum selepas bersalin. Lagilah melimpah-limpah susunya. Disebabkan ESP ini adalah protein, ia menjadikan susu lebih pekat. Jadi bayi dapat tidur lena dan tidak meragam.

Kesemua vitamin ini adalah daripada SET BERSALIN Shaklee. Saya memang puas hati sangat kerana ia banyak membantu saya kembali sihat dengan cepat dan melalui tempoh berpantang dengan selesa dan mudah. Selain vitamin di atas, rawatan tradisional seperti bertungku, berbengkung dan berurut juga saya amalkan untuk kesihatan dalaman.

Untuk ibu yang bakal melahirkan, saya syorkan anda mencuba SET BERSALIN Shaklee ini. Bagi saya yang pernah mencuba set-set berpantang terkenal yang lain memang rasa perbezaannya. SET BERSALIN ini adalah yang terbaik yang pernah saya cuba. Lagipun ia sememangnya sesuai dengan budget kita yang rendah. Boleh terus digunakan walaupun tempoh pantang telah berakhir untuk kesihatan dan kecantikan berpanjangan. Tahan lama sehingga 2-4 bulan serta berbaloi-baloi. 

Berminat untuk tahu lanjut ? Hubungi kami seperti dibawah.

Shaklee ID : 864927
SMS/WhatApps: 010-5450225
Email: sujaihah.hassan@gmail.com
FB FanPagehttp://www.facebook.com/MyInfoVitamin

 

2 thoughts on “Pengalaman Berpantang Anak Ke-4 Menggunakan Set Bersalin Shaklee

  1. Mazni Azmi

    Assalamu’alaikum Wrmbth, salam ukhuwah.

    Saya suka perkongsian puan tentang set bersalin shaklee. banyak ilmu dapat. Nak tambah sikit dari pembacaan saya. Vitamin b komples memang untuk anti stress kurangkan riisiko meroya. Sambil tu bantu pembebasan tenaga agar ibu lebih cergas.

    Omega 3 dari omega guard pun boleh kurangkan risiko meroyan semasa pantang bersalin. Pergi blog dan laman web mana pun semua cakap ESP bagus. Pekatkan susu dan tambahkan pengeluarannya. ESP pun dikatakan mampu menjadikan parut dan kulit lebih cepat pulih.

    Satu lagi ilmu best dari post puan, zink tu sebelum ni saya ingaat untuk halang radikal bebas dan meningkatkan keupayaan sistem keimunan saja. RUpa rupanya ada khasiat untuk kurangkan keguguran rambut ya.

    Mazni bercadang nak gunakan set bersalin shaklee untuk kelahiran seterusnya. Sekarang ni sedang belajar lagi. Tq atas maklumat ya

    1. admin Post author

      Waalaikumsalam Puan Mazni,

      Terima kasih sebab singgah dan sudi baca blog MyinfoVitamin.

      Jika ada sebarang soalan boleh emel ke myinfovitamin@gmail.com atau sms/wassap 010-545 0225.

      Semoga Puan akan melahirkan si kecil dengan selamat keduanya :) .. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge