MyInfoVitamin

Pedih Ulu Hati Heartburn Semasa Mengandung

Pedih Ulu Hati Heartburn Semasa Mengandung | Separuh daripada wanita yang hamil pasti akan melalui pedih ulu hati terutamanya waktu trimester pertama. Saya adalah salah seorang daripadanya. Daripada  mengandung anak pertama lagi, pedih ulu hati, angin, loya, muntah dan gastrik bagai tidak dapat dipisahkan lagi. Namun ada juga ibu ibu hamil  yang terpaksa melaluinya hinggalah ke trimester terakhir.

Apa Yang Menyebabkan Pedih Ulu Hati Semasa Hamil ?

Di hujung saluran makanan kita terdapat satu otot yang memisahkan antara salur makanan dengan perut yang dipanggil Lower Esophageal Sphincter (LES). Semasa hamil, terdapat peningkatan hormon progesteron dan estrogen yang akan menyebabkannya menjadi kendur, ini mengakibatkan makanan bersama asid dari perut akan naik sedikit ke salur makanan. Seterusnya membuatkan kita merasa pedih ulu hati atau heartburn. Ia juga dipanggil acid reflux.

Bagaimana Pedih Ulu Hati Terjadi Pada Wanita Hamil.

Bagaimana Pedih Ulu Hati Terjadi Pada Wanita Hamil.

Antara simpton lain termasuklah perut tidak selesa, rasa pahit atau berasid dalam mulut dan rasa pedih di bahagian dada.

Faktor yang Menyebabkan Pedih Ulu hati 

  • Makanan yang berminyak dan pedas
  • Coklat , dipercayai boleh melemahkan lagi LES
  • Minuman berkafaein dan berkarbonat

Bagaimana Untuk Mengatasi Pedih Ulu Hati Semasa Mengandung

1) Kurangkan makanan yang berminyak dan pedas

2) Ambil makanan dalam kuatiti yang sedikit tapi kerap

3) Makan secara perlahan

4) Pakai pakaian yang longgar. Baju yang ketat boleh memberi tekanan pada perut yang

5) Jauhkan makanan berat 4 jam sebelum tidur

6) Duduk tegak semasa makan dan elakkan minum ketika makan

7) Kunyah gula gula getah kerana ia dapat mengurangkan keasidan dalam esofagus.

8) Ambil betik untuk membantu melancarkan penghadaman. Betik mengandungi enzim penghadaman yang dapat membantu

9) Pastikan air kosong juga mencukupi, jadi ambil 8-10 gelas sehari.

Dalam masa yang sama, ambil vitamin yang mengandungi kalsium dan magnesium seperti Ostematrix untuk mengurangkan gejala pedih ulu hati. Kalau boleh minum, ambil juga ESP , protin soya untuk membantu masalah gastrik sebab mengandungi protin yang asli yang sangat baik  untuk penghadaman. Semua ini memang ada disediakan dalam Set Kehamilan Shaklee. Alhamdulillah, pengalaman mengandungkan anak ke -4 saya kurang bermasalah seperti sebelumnya. Kalau ada alahan mengandung yang teruk, rasa loya, mual, tak lalu makan boleh baca tips kurangkan alahan waktu mengandung. Tambahan pula ia boleh terus digunakan sehinggalah dalam waktu bersalin jadi tidaklah membazir.

Jadi ibu yang ada masalah pedih ulu hati jangan lupa amalkan langkah langkah di atas untuk mengurangkan pedih ulu hati atau heartburn ini semasa mengandung. Jika rasa semakin teruk baik terus ke hospital. Saya doakan semoga ibu ibu hamil sentiasa sihat sampailah waktu melahirkan nanti. Jaga diri !

Jika ada sebarang pertanyaan boleh WhatApps/SMS ke 010-5450225
atau email myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Serendah, Rasa, Rawang dan Kuala Lumpur. 
COD Area: Bkt. Beruntung, Jalan Raja Chulan
Penghantaran: Keseluruhan Malaysia dengan khidmat kurier Poslaju, GDex dalam 2-4 hari bekerja.

***************************************************************************

Mahukan harga vitamin lebih jimat ? Daftar saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!

***************************************************************************

*These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

One thought on “Pedih Ulu Hati Heartburn Semasa Mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge