MyInfoVitamin

PANAS!! Kenapa Rahim Bengkak ?

Selepas kes Vita-lea Shaklee yang dikatakan boleh merosakkan buah pinggang, kini timbul pula isu rahim bengkak lepas makan GLA Complex. Pada yang belum dapat penjelasan lanjut akan isu buah pinggang tu, bolehlah klik link di atas.

Daripada pengalaman kawan kawan saya sendiri dan pengguna yang mengambil GLA Complex sebeum ini, mereka sangat berpuas hati dan memberikan  feedback yang positif tentangnya. Antaranya testimoni yang popular berkaitan GLA Complex  ialah , haid kembali normal dan cyst mula mengecut.  Malah ia juga merupakan salah satu vitamin penting yang dalam Set Kesuburan Shaklee dalam usaha untuk mendapat anak bagi pasangan berkahwin. Testimoni GLA Complex yang lain di sini.

Namun, disebabkan baru baru ini seorang guru telah memuat naik status di laman FB miliknya menyatakan yang produk shaklee ini telah menyebabkan rahimnya bengkak, maka ramai sudah mulai takut. Tak kurang juga yang mula mempersoalkan tahap keselamatan produk Shaklee. Maklumlah benda ini melibatkan nyawa !

Rahim Bengkak Sebab GLA Shaklee

Tapi sejauh manakan kebenarannya ?

Untuk pengetahuan semua setiap tahun Shaklee membelanjakan 250 USD untuk menjalankan ujikaji dan penyelidikan terhadap semua vitaminnya walaupun yang telah lama berada dipasaran seperti Vita-lea. Ini adalah untuk memastikan semua produknya adalah selamat, mencapai standard dan piawaian serta memenuhi kualiti yang telah ditetapkan.

GLA Complex sendiri telah pun dipasarkan lebih daripada 70 juta tablet di pasaran tanpa sebarang kesan sampingan yang berbahaya dilaporkan setakat ini. Begitu juga dengan produk Shaklee yang lain.

Namus atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab, kemusykilan ini telah di jawab oleh pakar kesihatan Shaklee, Dr. Jamie Mc Manus, Pengerusi Bahagian Kesihatan, Shaklee Coorporation.

Dr. Jamie Mcmanus Ulas Rahim Bengkak oleh GLA Shaklee

Dalam masa yang sama, satu artikel telah dikeluarkan untuk memberi penerangan yang jelas tentang apa itu cyst, fibroid serta ovarian cysts supaya para pengguna lebih faham tentang cysts.

Info Cyst, Fibroid, Ovarian Cyst by Shaklee 1

Info Cyst, Fibroid, Ovarian Cyst by Shaklee 2

Untuk memahami lebih lanjut bagaimana bengkak rahim boleh terjadi, mari kita baca pula artikel yang ditulis oleh seorang doktor perubatan dari Malaysia , Dr. Malinda

Kenapa Rahim Bengkak ?

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata ‘rahim’.

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai ‘rahim bengkak’.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Rahim Bengkak GLA Complex Shaklee
Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

Fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini. Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility. Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan Xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah ‘estrogen sintetik’ yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan). Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

– phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
– racun serangga (pesticides)
– tobacco by products.

3. Obesiti.

Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil ‘Endocanabinoid system’. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan. Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama. 

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst? 

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

– haid yang tidak teratur / berpanjangan
– sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
– perut membuncit
– pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan Diet yang Sesuai

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan – fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), ” Cadangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan’anti-estrogen’ di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO) ” 

Contoh soya yang tidak dimodifikasikan secara genetik adalah Soy Energizing Protein atau ESP Shaklee

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 – 90mg soy sehari. Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor seperti Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen – melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient – coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) – antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements – milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B – membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract – strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea – powerful antioxidant

Bolehkah ambil GLA ?

  • GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
  • GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.
  • Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Sumber asal : Dr. Malinda Health and Beauty 

Saya harap dengan penerangan ini akan dapat menjelaskan keadaan sebenar bagaimana rahim atau uterus seseorang boleh membengkak. Jangan terus menerus buat kesimpulan jika ada sebarang masalah. Baca, fahami dan selidik dengan lebih mendalam supaya info yang disalurkan betul betul sahih. 

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkaitan vitamin Shaklee , boleh berhubung terus dengan saya seperti dibawah.

*******************************************************************************************
Mahukan harga lebih jimat ? Daftar saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan! *******************************************************************************************

WhatApps/SMS: 010-545 0225
Shaklee ID: 864927
Email: myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan KL (Jln Sultan Ismail). Penghantaran ke Seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak 

**DISCLAIMER : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

5 thoughts on “PANAS!! Kenapa Rahim Bengkak ?

  1. nurmisann

    ohhh dear,, saya sgt takut perkara2 begini
    saya selalu amalkan minum dan makan madu setiap hari
    insyaAllah.. itu penawar utk penyakit perempuan

    saya dgr ramai mempercayai produk Shakely..
    semoga terus maju…

    1. sujaihah Post author

      Sebab itu sangat penting kita kenal betul2 dulu sebelum kita ambil apa apa produk. Kena pastikan ia benar benar selamat. Alhamdulillah Shaklee banyak membantu meningkatkan kesihatan kami sekeluarga.. Tq atas doa sis 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge