MyInfoVitamin

Mengapa Makan Vitamin Tapi Tiada Kesan

Mengapa Makan Vitamin Tapi Tiada Kesan | Semasa awal awal saya mengambil vitamin Shaklee dulu, saya pun tidak sabar sabar ingin melihat perubahan yang diwar warkan. Tapi selepas beberapa hari dan masuk ke pula minggu, saya masih tak nampak sebarang kesan positif. Hati mula tertanya tanya. “Wajarkah aku teruskan ? Jadi ke tak vitamin ni ? “. Persoalan saya ketika itu ialah, saya sudah makan vitamin tapi mengapa tiada kesan ?

Saya yakin, bukan saya seorang sahaja yang menghadapi dilema ini. Anda yang diluar sana pun pasti ada soalan yang serupa berlegar legar diruang fikirankan. Tetapi tahukan anda, sebenarnya terdapat banyak faktor dan sebab mengapa vitamin yang kita makan tidak memberi kesan yang diharapkan. Apakah faktor faktor tersebut ?

Makan Vitamin Tapi Tiada Kesan

Tidak Meminum Air Kosong yang Cukup

Air sangat sangat diperlukan untuk melancarkan penyerapan nutrien ke sel sel badan. Oleh itu pastikan anda minum 2-3L air kosong sehari untuk penyerapan vitamin yang sempurna. Kurangkan mengambil air manis kerana ia boleh memekatkan darah dan menyebabkan penyakit kencing manis. Air kosong juga sangat perlu untuk menangani healing crisis.

Healing crisis atau krisis penyembuhan berlaku apabila badan mula mengeluarkan toksin dari badan akibat daripada pemakanan suplemen tadi. Antara simpton healing crisis yang biasa berlaku adalah seperti muka yang ditumbuhi jerawat, pening kepala, loya, muntah dan lain lain lagi. Dengan meminum air yang cukup, toksin dapat dilepaskan dengan lancar.  Ia juga merupakan tindak balas badan kita terhadap khasiat yang dibekalkan oleh suplemen ini. Jangan risau, ianya hanya bersifat sementara sahaja.

Makan Banyak Vitamin dalam Satu Masa

Jangan ambil vitamin yang banyak serentak. Cuba hadkan kepada 2 atau 3 jenis vitamin dalam satu satu masa. Pengambilan yang serentak sekaligus akan memekatkan darah dan mengelirukan sistem tubuh. Buat jadual harian dan bahagi bahagikan pengambilan vitamin pada waktu pagi, tengahari dan malam.

Kombinasi Vitamin yang Tidak Sesuai

Dapatkan informasi yang tepat tentang suplemen daripada pengedar anda. Ketahui apakah vitamin yang bagus dimakan bersama dan yang mana tidak. Sebagai contoh Vita-lea multivitamin tidak boleh diambil bersama susu atau Ostematrix kerana ia mengganggu penyerapan zat besi. Begitu juga Vitamin E tidak sepatutnya diambil dengan Alfalfa kerana ia tidak sinergi di antara satu sama lain.

Banyak Minum Minuman Berkafein

Jangan minum terlalu banyak minuman yang berkafein seperti kopi, teh, minuman berkarbonat. Kajian menunjukkan yang minuman sebegini boleh mengurangkan penyerapan vitamin dalam darah terutamanya vitamin D dan kalsium seperti Ostematrix

Jarakkan Pengambilan Ubat dan Suplemen

Ubat dan suplemen adalah dua benda yang berbeza. Seeloknya eloknya jarakkan pengambilan keduanya dalam tempoh 2 jam atau lebih

Detox

Ramai yang mengambil mudah soal detox. Detox atau detoks adalah proses untuk “membersih” atau mencuci usus. Usus kita umpama longkang makanan. Bayangkan longkang rumah kita yang tak pernah dicuci, pasti lama lama akan berlumut, kotor dan tersumbatkan. Begitu juga dengan usus. Setiap hari kita makan dan minum yang bermacam macam. Adakalanya sisa sisa makanan, lemak dan kotoran masih tertinggal disana menyelaputi dinding usus. Apabila kita mengambil suplemen atau vitamin, dinding usus akan terhalang daripada menyerap nutrien tadi. Dan sekaligus kita tidak mendapat apa apa manfaat. Oleh itu, bagi memastikan kita mendapat faedah, lakukan detox beberapa hari sebelum memulakan pengambilan vitamin.

Detoks juga dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu detox usus, hati dan darah

Suplemen yang Bagus Untuk Detox 

Herblax

  •  Kombinasi sains perubatan dan tradisi. Diperbuat daripada daun senna dan daun Alfalfa
  • Berfungsi untuk membersihkan najis yang tersekat dan membantu masalah sembelit
  • Merupakan julap lembut untuk membersihkan usus tanpa ada kesan cirit birit

Alfalfa

  • Ditanam secara organik di California yang bebas daripada pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos sahaja. 
  • Bertindak mencuci darah, hati dan usus. Ia mengembalikan kenormalan badan yang berasid dan menghilangkan toksin dari badan, Ia juga membersihkan hati, kolon dan darah. 
  • Memperbaiki masalah penghadaman seperti kembung, perut berasid , gastrik dan sembelit

Vivix

  • Minuman yang sangat kaya dengan anti oksidan yang diperbuat secara semulajadi daripada anggur muscat dan resveratrol. Melambatkan penuaan dari peringkat paling asas atau sellular. 
  • Vivix sangat membantu untuk detox darah dan sel sel badan secara keseluruhannya. Ia menyahtoksin keluar dari badan, melancarkan pengaliran darah, menambah tenaga, memperbaiki dan memperbaharui sel sel tubuh. Malah mereka yang mengambil Vivix juga akan berasa dan tampak lebih muda dan aktif dari sebelumnya.  Lebih banyak kebaikan Vivix disini

Klik untuk baca lajut tentang Set Super Detox Programme dengan Vivix Shaklee 

Jadi bagaimana ? Rujuk balik faktor faktor yang telah saya nyatakan diatas. Jika ada mana mana yang masih tidak kena, cepat cepat perbetulkan. 

Tapi jika semuanya ok, dan masih belum ada kesan, anda boleh berhubung dengan pengedar Shaklee anda dan minta nasihat daripadanya. 

Suka juga saya nak ingatkan disini bahawa, sel sel kita memerlukan masa 90-120 hari untuk membaik pulih dirinya. Jadi berikan sedikit masa. Jangan terburu buru. Suplemen yang memberikan kesan yang segera dan serta merta dikhuatiri dapat membahayakan kesihatan. Makan suplemen Shaklee dengan istiqamah. Berterusan dan konsisten. InsyaAllah anda akan rasainya kesannya yang manis

Sekian saja untuk maklumat berkaitan entry Mengapa Makan Vitamin Tapi Tiada Kesan kali ini. Sehingga ketemu lagi !

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

****************************************************************************

Mahukan harga lebih jimat ? Daftar saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!

****************************************************************************

WhatApps/SMS: 010-5450225
Shaklee ID: 864927
Email: myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan Kuala Lumpur (Jln Raja Chulan)

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge