MyInfoVitamin

Mengapa Alfalfa Boleh Jadi Bahaya

Salah satu supplemen yang hot dan mendapat tempat dikalangan ibu-ibu menyusu adalah Alfalfa. Kajian keatas Alfalfa membuktikan ia merupakan milk booster yang membantu ibu yang menyusu untuk menambahkan kuantiti susu mereka. Selain daripada fungsinya sebagai penggalak susu, banyak lagi kebaikan lain yang boleh didapati jika kita mengamalkan Alfalfa dalam diet seharian. Boleh baca disini.

Namun, artikel seorang Dr tentang bahayanya Alfalfa ini telah mengundang sedikit sebanyak  rasa gusar dikalangan pengamal supplemen terutamanya yang mengambil Alfalfa. Bimbang ia memberi kesan yang tidak baik kepada mereka susulan daripada artikel tersebut. Tetapi ini bukanlah bermakna saya tidak setuju dengan Dr ini, saya cuma nak memperincikan lebih lanjut tentang cerita Alfalfa ini.

Sebelum saya teruskan, sekali lagi saya quote kan kata-kata Dr.  ..

Penggunaan Alfalfa secara berpanjangan dalam KUANTITI YG BESAR juga MUNGKIN TIDAK SELAMAT bagi wanita yg hamil dan menyususukan anak

Jom kita kupas ..

(1) “Dalam KUANTITI YG BESAR”

Kami hanya cadangkan pengambilan 2-6 biji sehari kepada ibu menyusu, walaupun dos yang direkomenkan pada botol tertera 10 biji. Jadi, sudah pastilah TIDAK OVERDOSE.


(2) “Penggunaan Alfalfa secara berpanjangan

kebanyakan pengguna hanya ambil Alfalfa dengan PENUH KONSISTEN sepanjang menyusukan anak sahaja. Selepas wean-off, ada yang ambil setakat 1-2 biji untuk mengekalkan kesihatan, dan ramai juga yang tak ambil langsung. Jadi, TIDAK berlaku “SECARA BERPANJANGAN” di situ.

(3) Dr hanya menulis sebaris ayat tentang penyusuan di situ. Tiada kupasan lanjut akan kesan sebenar dalam penyusuan jika Alfalfa di ambil SECARA BERPANJANGAN dalam KUANTITI YG BESAR. Kenyataan “MUNGKIN TIDAK SELAMAT” di sini tidak bererti Alfalfa tidak selamat. Ia hanya KEMUNGKINAN” kerana tiada kajian klinikal yang dilakukan terhadap ibu menyusu dalam tempoh dan kuantiti yang dinyatakan diatas.

(4) “FDA mengatakan Alfalfa yg dihasilkan dari biji benih Alfalfa BERKEMUNGKINAN TIDAK SELAMAT“. 
Untuk pengetahuan SEMUA, kebanyakan alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau.

Alfalfa Sprout Bukan Shaklee

                                                                                                 Alfalfa Sprout Dari Biji Cambah

TETAPI, Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – DITANAM tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia. 100% natural!

Alfalfa Shaklee California

Tumbuhan Alfalfa (Gambar Hiasan)

5) FDA juga menyatakan penggunaan DAUN ALFALFA mungkin SELAMAT tetapi penggunaan dari BIJI BENIH mungkin TIDAK SELAMAT kerana kemungkinan boleh beri tindak balas autoimmune pada pesakit lupus erythematosus (SLE).
Alfalfa Shaklee dihasilkan daripada tumbuhan Alfalfa itu sendiri iaitu daunnya bukan daripada biji benih. Pada botol Alfalfa sendiri turut dinyatakan yang ia TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE. Dan kami memang tidak menyarankan Alfalfa kepada golongan ini

Jadi, pada yang masih takut-takut saya harap penjelasan ini sedikit sebanyak dapat merungkaikan isu Alfalfa ini. Bukan sahaja Alfalfa, malah apa saja makanan yang dimakan secara berlebihan juga boleh menyebabkan kemudaratan.  Dalam masa yang sama, dapatkan juga nasihat daripada doktor Bagi yang berminat nak dapatkan supplemen, adalah penting untuk mencari agen yang benar-benar memahami dan mempunyai ilmu berkaitan supplemen jualannya supaya ia dapat memberikan konsultasi yang tepat. Sekaligus mendapat hasil yang diharapkan.

Pertanyaan ?
Shaklee ID: 864927     WhatApps/SMS: 010-545 0225    Email: myinfovitamin@gmail.com

*These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge