MyInfoVitamin

Keputihan Semasa Hamil dan Cara Menghilangkannya

Keputihan Semasa Hamil dan Cara Menghilangkannya | Keputihan atau vaginal discharge adalah lelehan dari faraj yang yang bersifat cecair berwarna seperti susu. Keputihan ini biasanya tidak berbahaya malah ia bertindak untuk mengekalkan kebersihan kawasan tersebut. Namun ketika mengandung, kebanyakan wanita akan mengalami keputihan yang luar biasa banyak.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh peningkatan aliran darah. Semakin menghampiri waktu bersalin semakin banyak keputihan yang akan dirembeskan. Ini adalah sesuatu yang normal untuk wanita hamil walaupun sebenarnya ia membuatkan kita berasa tidak selesa.

Tetapi awas ! Jika keputihan tersebut menunjukkan tanda tanda seperti dibawah, berkemungkinan besar terdapat jangkitan pada bahagian faraj.

Tanda tanda Keputihan Akibat Jangkitan

  • Berbau busuk dan hanyir
  • Gatal dan tidak selesa
  • Lelehan berwarna kelabu, kecoklatan atau kehijauan
  • Berbuih, berwarna kuning atau hijau
  • Strukturnya melekit dan berketul ketul seperti dadih

Keputihan Semasa Hamil

Bagaimana Jangkitan Pada Faraj Boleh Berlaku ?

Keputihan sebegini diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap manusia. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita. Semasa mengandung, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat di situ. Selain daripada faktor gula, terdapat beberapa sebab dan punca lain yang memungkinkan berlakunya keputihan akibat jangkitan semasa hamil.

Antara Sebab Berlakunya Jangkitan Semasa Hamil

  •  Memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, sekaligus menggalakkan pertumbuhan kulat.
  • Menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan dan radang
  • Penggunaan Antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut kita.
  • Masalah kencing manis ketika mengandung yang tidak dikawal dengan baik

6 Cara Membantu Menghilangkan Keputihan – Home Remedies!

Jika anda merancang untuk mengatasi keputihan tanpa menggunakan ubat doktor, anda boleh cuba beberapa tips yang disenaraikan di bawah :-

  •  Sapukan yogurt asli ke dalam dan di sekeliling faraj. Bakteria baik dari yogurt akan membantu keseimbangan kulat dan yis. Disamping memusnahkan bakteria jahat.
  • Kenakan seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar.
  • Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. Jangan gunakan mandian buih yang mempunyai wangi- wangian.
  • Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas keluar dari tandas.
  • Pastikan faraj anda cukup basah sebelum bersama suami
  • Jika anda tidak hamil, ambil Alfalfa secara konsisten setiap hari. Alfalfa adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai banyak manfaat termasuklah untuk membantu mengatasi masalah keputihan. Pengambilan Alfalfa juga dapat membantu hubungan suami isteri

Selamatkan Keputihan Semasa Hamil ?

Secara amnya, bayi adalah selamat kerana ia terlindung di dalam rahim anda dan tidak akan terjejas sama sekali.Namun jika keputihan nampak semakin serius dengan tanda yang saya nyatakan diatas, segeralah berjumpa doktor kerana jangkitan yang teruk ketika mengandung boleh mengakibatkan kelahiran bayi pra matang dengan berat yang tidak cukup.

Ok setakat itu saja, diharapkan para kawan kawan semua mendapat sesuatu daripada artikel Keputihan Semasa Hamil dan Cara Menghilangkannya ini.

Jumpa lagi 🙂 !

Pertanyaan ? Hubungi Kami sekarang !

WhatApps/SMS: 010-545 0225 
Shaklee ID: 864927 
Email: myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan Kuala Lumpur (Jln Raja Chulan)
Disclaimer : *These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

One thought on “Keputihan Semasa Hamil dan Cara Menghilangkannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge