MyInfoVitamin

Kelebihan Ahli Shaklee. Manfaat dan Faedah Masuk Ahli

Sekarang ini Shaklee dan jadi fenomena. Ramai yang dah “terpikat” dengan kebaikan vitamin semulajadi ini. Maka setiap hari, semakin ramai yang nak masuk dan dah jadi ahli untuk dapat kelebihan harga ahli. Ye lah, alang-alang dah makan dan menjadi pengguna tegar, lebih baik terus daftar sebagai member, tak kisahlah walaupun hanya untuk makan sendiri.  Tapi apa faedahmanfaat dan kelebihan yang kita dapat kalau join membership ni? Haa ni yang saya nak terangkan dalam artikel hari ni.  Saya  yakin anda yang membaca ni pun pasti nak tahu apa manfaat jadi ahli shaklee ni kan ?  Ok jangan tunggu lama-lama, jom baca.

Jana 4-6 Angka Dari Rumah 1

Apakah Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee ?

1. Harga Ahli 

Apabila  dah jadi ahli Shaklee, automatik kita akan dapat harga ahliBeza harga ahli dan harga runcit boleh mencecah hingga 30% tau. Jadi disini kita dah save. Saya tahu, ramai juga yang bukan ahli tapi dapat beli pada harga ahli daripada pengedar, tapi terus terang cakap, kalau anda memang makan produk shaklee lebih baik terus jadi ahli. Sebabnya apabila kita masuk ahli dan buat belian, kita akan dapat point. Dan jika jumlah point kita mencapai takat tertentu dalam satu satu bulan, kita dah layak dapat bonus tunai bulan berikutnya. Duit bonus tadi dikreditkan masuk dalam akaun kita. Jadi rugilah kalau beli vitamin Shaklee tapi tak dapat apa. At leastkan ada juga RM yang masuk dalam poket. Walaupun takat 2-3 angka tapi siapa nak bagi kan?  Tapi kalau anda beli dengan pengedar sahaja tanpa jadi ahli, pengedar yang akan pointnya. Anda tak dapat apa-apa. Rugilah! Jadi saya sangat-sangat galakkan anda daftar terus menjadi ahli Shaklee.

Lagi satu, ada juga pengedar yang jual harga lagi rendah daripada harga ahli !Ini sebenarnya melanggar syarat dan etika syarikat.  Pada saya tindakan pengedar tersebut tidak ikhlas, tidak jujur. Kalau dia tidak ikhlas dalam berniaga adakah anda yakin dia boleh ikhlas dengan anda dalam urusannya dengan anda ?  Jadi carilah dealer yang jujur supaya dia dapat bantu anda sebaiknya. Banyak yang saya dengar, kes  TIADA KONSULTASI selepas pembelian. Ajen hanya suruh “refer pada label” dan dia lari begitu sahaja.  Sebenarnya setiap vitamin ada cara makan yang berbeza-beza.  Bahaya kalau makan tak ikut aturan sebenar, jadi berhati-hati dengan tawaran murah .

2. Beli Produk Shaklee Online

Sejak hujung tahun lepas, Shaklee telah melangkah setapak lagi dengan sistem pesanan secara online. Jadi kita boleh buat sebarang order hanya dalam talian dihujung jari. Tak perlu nak pergi ke branch lagi. Jadi jimat masa, tenaga, minyak, tol untuk kereta kita. Penghantaran akan dilakukan terus oleh pihak Shaklee sampai depan pintu rumah. Duduk diam-diam dalam rumah, tup tup barang dah sampai, horey !! Pulak tu bukan setakat order online, nak buat pendaftaran ahli pun online, nak cek bonus, pengiraan UV (point) semuanya secara online. Malam-malam pun boleh order. Mudahkan ! Tak ada sebarang masalah.

3. Promo Buy 6 Free 1

Setiap bulan Shaklee akan buat promosi untuk produk-produk terpilih. Contohnya bulan May lalu, Buy 6 Free 1 Meal Shakes. Jadi sebagai ahli, kita dah boleh grab peluang ini. Dengan promo ni kita dah boleh dapat percuma setin dengan setiap pembelian 6 tin pada harga ahli. Kalau pun kita tak nak beli sampai 6 tin, tapi kita masih dapat kongsi dengan kawan-kawan. Yang percuma tu kita boleh ambil untuk kita. ;-) Kebaikan Meal Shakes disini ya

4. Bengkel Nutrisi, Kesihatan Disediakan

Satu lagi kelebihan masuk ahli Shaklee ialah, Shaklee sering menganjurkan bengkel-bengkel yang membolehkan kita menambah ilmu dalam dunia vitamin dan kesihatan.  Salah satunya ialah bengkel nutrisi. Dalam bengkel ini diterangkan kebaikan dan manfaat setiap produk, untuk penyakit apa, daripada apa ia diperbuat, siapa patut makan ( yang ada masalah berat badankah, kencing manis, jantung dan lain-lain) , apakah yang perlu dielakkan, serta kelebihan yang terkandung dalamnya berbanding produk lain dipasaran. Dan bengkel sebegini dijalankan oleh pakar-pakar nutrisi yang bertauliah. Dari sini kita pun akan dapat serap ilmu baru dan diaplikasikan pada keluarga dan orang-orang tersayang. Senang cerita, kita pulak akan jadi “pakar nutrisi” buat keluarga kita. Kita sendiri boleh jaga kesihatan mereka. Kan ke best gitu ?  Ala-ala pakar kesihatan di rumah. 

5. Peluang Bisnes 

Bila dah join ahli, peluang perniagaan terbuka luas. Shaklee menawarkan imbuhan yang menarik sejajar dengan usaha yang kita lakukan. Makin kuat kita usaha semakin besar ganjarannya. Tiada istilah orang atas goyang kaki, orang bawah kerja teruk. Oh tidak sama sekali!  Imbuhan diberi berdasarkan usaha masing-masing. Jika pun kita berada di atas tapi tak ada usaha, alamatnya tak ada apa-apalah.

Ada 3C  yang Shaklee tawarkan  sebagai imbuhan kepada para pengedarnya yang berdedikasi :-

Cash – bonus tunai bulanan. Bergantung berapa banyak yang telah kita usahakan. Bermula dari 5%, 8% hinggalah ke 21% tahap bonus. Bukan itu saja, bagi yang sudah mencapai rank tertentu, ada lagi bonus kepimpinan yang akan diberikan.

Car Bonus – bonus kereta. Bukan kereta sebiji. Ala-ala elaun kereta. Kita boleh pilih untuk beli kereta baru, bayar kereta sedia ada, nak simpan atau berbelanja joli katak 

Convention – percutian bertaraf 5 bintang dalam dan luar negara yang kesemuanya 100% oleh Shaklee. Kita datang bawak badan sahaja. Macam tahun ini, siapa yang mendapat 990 points akan layak mendapat tiket ke percutian di Italy atau Umrah (pilihan bagi yang muslim) ! Semuanya PERCUMA dan boleh bawa sesiapa saja yang anda suka!

3c Shaklee Free Trip Italy

6. Modal Yang Rendah Jika Ingin Bisnes

Jadi ahli ni tak semestinya untuk buat bisnes, tapi jika ingin menjana pendapatan sampingan atau dari rumah pun boleh, macam yang saya buat sekarang. Modalnya hanyalah yuran keahlian, RM65 dan sekeping hati yang cekal. Takde sampai kena bayar beribu ribu ringgit. Apa lagi kalau sampai meminjam! Saya akan reject awal-awal lagi kalau sampai macam tu. Kelebihan sistem Shaklee sekarang macam dropship. Bila ada pelanggan yang bayar, baru kita order dan buat tempahan secara online. Dan barang terus dihantar. Jadi tiada istilah front loading atau kena buat stok menimbun di rumah. Last-last tak habis kena makan sendiri. Oh menyesal! So, bisnes Shaklee ni memudahkan orang ramai. Membantu kita-kita yang mungkin kurang berkemampuan nak buat bisnes yang memerlukan modal besar. Cukup dengan RM65, dah boleh mula perniagaan sendiri. InsyaAllah.

Tambahan pula, sekarang ni dah mudah sangat. Kita boleh buat bisnes secara online tanpa perlu pergi dari rumah ke rumah macam cara konvensional dulu-dulu. Jangan terkejut jika saya beritahu adasurirumah yang menjana pendapatan hingga ke 6 angka hanya dengan bisnes secara online dari rumah ! Kalau nak tahu bagaimana dia buat, jemput baca entry , Peluang Jana Pendapatan sebagai WAHM dan Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee bersama group kami (yang tiada dalam group lain). Bacaan tambahan FAQ Keahlian dan Bisnes

Itulah cerita tentang faedah, kelebihan, dan manfaat masuk Shaklee ni. Sekarang ni pulak…

Bagaimana Cara Nak Daftar Ahli Shaklee ?

Ok baik, ada 3 cara.

a) Yuran Keahlian RM65
b) Keahlian PERCUMA dengan pembelian 200 uv/points (RM650 keatas- Juga layak mendapat bonus tunai
c) Keahlian PERCUMA dengan Gold Ambassador Pak.– Layak mendapat bonus tunai

Kalau nak tahu huraian lanjut cara nak join ahli Shaklee, jemput baca macam mana nak daftar masuk jadi ahli Shaklee. Atau boleh terus saja hubungi saya untuk sebarang soalan. InsyaAllah saya cuba jawab sebaik mungkin sebarang kemusykilan anda.

Ok itu saja cerita tentang benefit join ahli Shaklee dan sedikit info cara nak daftar Shaklee. Jumpa lagi dan jangan lupa daftar keahlian Shaklee anda hari ini juga ! Hubungi saya sekarang 🙂

SMS/WhatApps/Call : 010-5450225 atau emel ke myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Shaklee Rawang, Bkt. Beruntung, Serendah, Rasa, dan  Jalan Sultan Ismail, KL

One thought on “Kelebihan Ahli Shaklee. Manfaat dan Faedah Masuk Ahli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge