MyInfoVitamin

Jom Bantu Anak Jadi Luar Biasa Hebat Dengan Set Anak Pintar !

Seringkali kita mahukan yang terbaik buat anak-anak kita. Mahukan pakaian yang terbaik, tempat tinggal yang terbagus, gadjet yang tercanggih dan pembelajaran terhebat.

Bagaimana pula dengan pemakanan mereka ? Pemakanan memainkan peranan penting dalam tumbesaran mereka dan sekaligus merangsang otak mereka untuk “hidup”. Tanpa makanan yang bernutrien dan berkhasiat, otak akan “bergerak” perlahan dan menjadi malas. Oleh itu adalah amat penting untuk kita memberi mereka makanan yang sepatutnya yang boleh merangsang keupayaan sebenar otak mereka.

Menurut kajian, otak kanak-kanak dari lahir  hingga 6 tahun mempunyai kemampuan yang luar biasa hebatnya:-

  • semasa bayi dilahirkan, mereka telah mempunyai 100 billion sel otak
  • otak mereka adalah 250% lebih aktif berbanding dengan otak orang dewasa.
  • otak mereka membentuk 1000 trillion sinaps (hubungan) menjelang usianya 3 tahun iaitu 2 kali ganda lebih banyak berbanding orang dewasa
  • mampu menghasilkan sinaps (hubungan) lebih pantas pada tahun pertama berbanding tahun-tahun yang lain.

Jadi alangkah ruginya jika kemampuan mereka yang memang sudah sedia ada ini dibiarkan begitu saja tidak digilap.

Bagi anak-anak sekolah yang berumur 7 tahun keatas pula, saya percaya pastinya ibu bapa sering berhadapan dengan keadaan dibawah.

#Anak malas bangun pagi
# Anak memilih makan/kurang selera makan/cerewet  makan
# Asyik letih dan kurang bertenaga untuk menjalani aktiviti persekolahan harian
#Kurang daya tumpuan/ susah nak fokus
# Kurang minat untuk belajar
# Kurang berat badan
# Tidak ceria dan kurang aktif

Jadi macam mana kita nak bantu mereka ? Pengalaman saya sendiri, semenjak anak masuk ke alam persekolahan memang tak akan lepas dari isu macam ni . Lantas saya cuba bantu mereka dengan bekalkan supplemen. Alhamdulillah selepas beberapa kali beri mereka vitamin ini, saya dapat lihat anak sulung dan adiknya lebih bertenaga dan aktif. Malah lebih cemerlang dalam pelajarannya . Supplemen yang saya maksudkan ialah vitamin untuk anak pintar atau SET ANAK PINTAR ! Gabungan antara :-

OMEGAGUARD (minyak ikan tulen yang terbaik di dunia )
MEAL SHAKES (makanan pelengkap yang kaya dengan sumber mineral)

Ok, antara khasiat dan kelebihan Meal Shakes Shaklee adalah ia merupakan vitamin atau supplemen yang bertindak untuk tambah selera makan buat si anak yang kurang selera atau cerewet.  Ia mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Boleh dijadikan sarapan yang berkhasiat dan lengkap. Meal Shakes adalah serbuk macam susu tapi bukan susu. Ia berperisa vanilla yang sangat wangi baunya dan sedap rasanya. Betu saya tak tipu, kalau anak-anak saya, Meal Shakes ni buat ratahan saja! Boleh dimakan bermula dari usia 1 tahun hingga dewasa  (anda akan mendapat konsultasi tentang cara pengambilan Meal Shakes yang betul apabila anda membeli dari saya).

Bagi anak-anak yang kurang berat badan pun boleh beri mereka Meal Shakes ini, anda akan dapat lihat, selera makan yang bertambah dan sekaligus dan meningkatkan berat badan anak.

Omega Guard pula adalah minyak ikan tulen yang merupakan makanan atau vitamin untuk otak dan mata. Ia membantu organ-organ ini untuk lebih cekap bekerja kerana kehadiran DHA dan EPAnya. Anak-anak akan lebih mudah menangkap serta fokus dalam pelajaran. Omega Guard Shaklee juga dapat membantu menguatkan sistem imum mereka

Secara ringkasnya Set Anak Pintar ini membantu untuk :-

~ Membekalkan lebih TENAGA untuk hari yang sibuk
~ Meningkatkan DAYA TUMPUAN
~ Merangsang KESIHATAN OTAK dan MATA yang optimum
~ Makanan PELENGKAP untuk keperluan NUTRISI kanak-kanak
~ Menambah selera makan anak dan juga menambah berat bagi yang kurang.  “NO MORE fussy eater “

Set Anak Pintar

Harga runcit bagi Set Anak Pintar ialah RM249. Tapi kalau anda ingin lebih jimat, daftar saja sebagai ahli Shaklee, dan anda akan jimat 20-30% untuk semua produk Shaklee. Yuran keahlian pun sekali sahaja seumur hidup. Jadi memang tak rugilah!

Oh ya, Meal Shakes dan Omega Guard ini juga sesuai untuk orang dewasa macam kita. Kiranya ia boleh dijadikan makanan tambahan yang berkhasiat untuk seisi keluarga. Jadi, jangan bertangguh lagi. Jangan biarkan permata hati anda terus kabur tidak bercahaya. Jom kita serlahkan potensi sebenar dan kehebatan otak anak Dengan Set Anak Pintar !

Jika ingin tahu lanjut tentang kelebihan Meal Shakes yang lain boleh klik Meal Shakes untuk ekzema, tambah selera makan, tambah berat badan, supplemen untuk alahan ibu mengandung dan banyak lagi.

Untuk Omega Guard pula, klik info Omega Guard untuk kawal kolesterol, anak autisme, vitamin ibu hamil dan vitamin untuk otak

Kalau berminat, boleh emel atau hubungi saya untuk info lengkap atau nak daftar ahli serta cara pembelian  (^_-). Terima kasih !

Shaklee ID864927
SMS/WhatApps010-5450225
Email: myinfovitamin@gmail.com
FB FanPagehttp://www.facebook.com/MyInfoVitamin

 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

One thought on “Jom Bantu Anak Jadi Luar Biasa Hebat Dengan Set Anak Pintar !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge