MyInfoVitamin

Info Penyakit Kencing Manis (Diabetes)

Statistik daripada Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan kira-kira 2.6 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes atau kencing manis pada 2011. Ini menunjukkan peningkatan 31 peratus pesakit dalam masa lima tahun berbanding peningkatan 11.6 peratus pada 2006.  Secara puratanya kini, 1 daripada 7 orang dewasa rakyat Malaysia adalah pesakit kencing manis. Keadaan ini adalah sangat membimbangkan kerana kelompok umur yang menghidapi penyakit ini turut melibatkan golongan remaja, belia malah juga ada sebahagiannya adalah kanak-kanak!

 ubat-kencing-manis-diabetes

Gambar ihsan Google

Melalui website Diabetes Malaysia (NADI) , DIABETES adalah keadaan di mana paras glukosa dalam darah adalah lebih tinggi daripada sepatutnya. Hal ini terjadi kerana badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi.

Kaitan antara Glukosa dan Insulin
Dalam sistem pencernaan kita, makanan yang dimakan akan dipecahkan menjadi molekul-molekul kecil dan glukosa, iaitu sejenis gula. Glukosa ini akan diserap oleh sel-sel badan untuk pertumbuhan serta tenaga. Bagi membolehkan glukosa masuk ke dalam sel-sel tadi, tubuh kita memerlukan apa yang dipanggil “insulin” – sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas.

Glukosa di angkut oleh Insulin
Glukosa Memerlukan Insulin Untuk Masuk ke Dalam Sel Badan

Walau bagaimanapun, bagi pesakit diabetes, glukosa tidak dapat  masuk ke dalam sel-sel mereka kerana tidak cukup insulin, sama ada kerana pankreas rosak (jenis 1) atau terdapat rintangan terhadap tindakan insulin (jenis 2).

Kencing manis yang menyerang ibu hamil pula dipanggil Gestational Diabetes Mellitus (GDM) 

Antara anda-tanda dan gejala Diabetes termasuklah :-

  • keletihan yang berpanjangan
  • dahaga yang berlebihan
  • kerap membuang air kecil, terutama pada waktu malam
  • penurunan berat badan yang tidak diketahui puncanya
  • penglihatan menjadi kabur
  • jangkitan kulit dan gatal-gatal di kawasan kemaluan
  • luka yang lambat untuk sembuh
  • sering kebas pada kaki

Komplikasi
Jika para glukosa yang tinggi ini dibiarkan berlebihan dalam darah, ia boleh membawa kepada beberapa komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, kerosakan saraf, kerosakan mata dan buta, mati pucuk dan angin ahmar.

Diabetes yang tidak terkawal boleh mengakibatkan jangkitan atau gangren pada bahagian bawah anggota seperti kaki. Untuk mengelakkan jangkitan tersebt menjadi lebih serius, bahagian kaki tersebut terpaksa dibuang. Inilah yang sering menjadi mimpi ngeri pesakit diabetes.

Komplikasi kencing manis
Komplikasi Akibat Kencing Manis

Pencegahan, rawatan dan penjagaan
Gula dalam darah perlu dipantau supaya masalah dapat dikesan dan dirawat awal. Perubahan dalam gaya hidup seperti makan makanan yang sihat dan seimbang dan senaman fizikal yang kerap harus dilaksanakan. Dalam jenis 2 pesakit diabetes, gula dalam darah boleh dikawal menggunakan ubat-ubatan oral atau suntikan insulin.

Alternatif lain, selain bergantung  ubat dan suntikan insulin adalah dengan mengamalkan supplemen semulajadi seperti Alfalfa. Tumbuhan ini telah diketahui umum dapat memantu menangani masalah kencing manis. Ketahui lebih lanjut bagaimana alfalfa dapat membantu pesakit kencing manis untuk hidup lebih sihat  dan sekaligus mengekalkan paras gula sihat dalam darah dngan mengamalkan Set Sugar Control.

Pertanyaan ?
Shaklee ID
864927   WhatApps/SMS: 010-545 0225   Email: myinfovitamin@gmail.com

*These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge