MyInfoVitamin

Destinasi Percutian Idaman Saya

Destinasi Percutian Idaman Saya | Terus terang saya tidak pernah bercuti jauh ke luar negara. Paling jauh pun ke Thailand. Itupun sudah lebih 10 tahun yang lepas. Hampir kesemua tempat yang saya pergi berkisar dalam negara saja. Kesian saya kan. Jadi saya pun pasang angan angan.  Ingin pergi bercuti ke tempat yang menarik yang tidak pernah saya lawati. Nak tahu ke mana ? jom baca lanjut Destinasi Percutian Idaman Saya

Destinasi Percutian Idaman Saya

Jjika diberi peluang, saya teringin benar untuk bercuti di Eropah. Ya, Eropah memang luas. Antara negara Eropah yang terkenal adalah seperti Belgium, Jerman, Perancis, Itali, Luxembourg dan Netherlands. Untuk saya, cukuplah untuk ke Itali dan Perancis saja dulu. Ini antara destinasti percutian yang saya idam idamkan selama ini

Itali dan Perancis mempunyai lenggok bahasa yang lebih kurang sama tapi sebenarnya berbeza. Kedua dua negara ini mempunyai daya tarikan unik sebagai destinasi pelancongan. Saya sukakan Perancis kerana bahasanya yang asing dan lain dari yang lain. Negara ini juga terkenal dengan produk penjagaan kulit dan pewangi seperti  PRECISION (House of Chanel’s Skincare line), Clarins, dan L’Oreal. Begitu juga dengan bidang fesyen. Antara jenama terkenal dunia seperti Louis Vuitton, Dior, Chanel dan Hermes. Dan yang paling istimewa sekali di Perancis ialah Eiffel Tower. Tidak lengkap rasanya percutian ini jika tidak berkunjung ke Eiffel Tower, menara yang menjadi lambang kemegahan kota cinta ini. 

Eiffel Tower Paris Perancis. Percutian Idaman Saya

Itali pula masyhur dengan menara condongnya, Menara Pisa yang memakan masa hampir 200 tahun untuk disiapkan. Mula dibina pada August 9, 1173, namun setelah kerja pembinaan siap hingga ke tingkat yang ketiga, menara tersebut mulai senget. Ini disebabkan oleh struktur tanah tersebut yang tidak padat. Ada juga yang mengatakan ia dibina diatas tanah liat yang keras. 

Colosseum di bandar Rom, satu lagi tempat bersejarah yang terkenal di Italy. Ia seperti sebuah stadium besar dimana para pahlawan akan menunjukkan kehebatan masing masing di depan raja raja mereka.  Dengan rekaan yang unik ia mampu memuatkan 50,000 penonton pada satu satu masa. 

Colloseum Rom Italy. Destinasi Percutian Idaman Saya

Pompeii pula adalah sebuah bandar punya sejarah tersendiri menurut Islam. 

Dan yang tempat terakhir sekali di Italy ialah Canals of Venice atau Terusan Venice. Kata orang kalau melancong di Venice tapi tak naik gondola tak sahlah lawatan itu. Terbayang bayang suasana romantis jika dapat naik gondola berdua dengan si dia menyelusuri terusan ini pada waktu malam. Pasti mengasyikkan !

Terusan Venice Italy Reward Shaklee

Owh ya, tahun depan sesiapa yang layak akan dapat reward dari Shaklee  tau, percutian bertaraf 6 bintang ke Italy. Semuanya di tanggung 100% dan siap dapat duit poket lagi. Ia sebagai tanda penghargaan kepada agen dan pengedar Shaklee yang telah bekerja keras untuk berjaya dalam business ini. Klik untuk baca info kelebihan sebagai ahli Shaklee.

Ok itu saja, cerita tentang Destinasi Percutian Idaman Saya, anda pula bagaimana ?

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Mama OlinRatu Nutrisi & BestieSheTeen 

WhatApps/SMS: 010-5450225
Shaklee ID: 864927
Email: myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan Kuala Lumpur (Jln Raja Chulan)

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge