MyInfoVitamin

Cara Saya Tingkatkan Daya Imuniti Tubuh (tanpa ubat) – Fakta NutriFeron

Saya memang mudah kena selsema atau flu. Sedari dulu lagi, kalau ada dikalangan kawan-kawan atau ahli keluarga yang ada selsema ni, sayalah orang paling cepat akan menangkap virus itu. Dan kalau dah kena, ambil masa agak lama untuk pulih. Memang berair hidung, tekak perit, kepala berat dan rasa tak larat. Memang tak best langsung. Hilang mood nak buat apa pun.

Gambar ihsan Google

Apabila sudah bekeluarga, anak-anak juga mudah terjangkit. Apatah lagi, daya tahan tubuh mereka juga tidak sekuat kita orang dewasa. Jadi kalau boleh, memang saya nak cepat-cepat baik sebelum berpindah pada mereka pula. Antara petua yang saya buat kalau selsema adalah, akan selalu meminum air suam dan menyedut wap air panas. Caranya, tuangkan air panas yang berwap dalam cawan dan hanya sedut wapnya. Seringkali juga ianya berhasil. Ada juga menggunakan bawang putih, tapi saya tak pernah cuba (tak ingat pun :-D) . Namun,disebabkan kekangan waktu kini dan tidak ada masa untuk duduk sambil bersenang-senang menghirup udara panas berwap, saya mula mencari alternative lain yang lebih mudah dan cepat.

Beberapa hari yang lepas, saya bangun tidur dengan hidung yang tersumbat dan tekak yang perit.Ya, ini tanda-tanda selsema akan menyerang tak lama lagi. Kelam kabut, saya cari stok Vita-C Plus yang tinggal tak berapa banyak itu dan ambil sebiji selepas sarapan. Sampai petang, simpton tadi ada kurang sikit tapi tak berapa sangat hilangnya. Kalau dibiarkan, alamat berpanjanganlah ni. Malam itu, sebelum tidur saya buka satu sachet NutriFeron. Koyakkan dan terus tuang dalam mulut. Ianya berserbuk dan rasa seperti roti kering. Dan terus minum air jadi tidak ada rasa apa sangat. Esoknya saya bangun, wahhh macam magic pula, memang hilang terus. Bukan ada saki baki, memang tak ada langsung rasa perit tekak dan kepala berat. Tak percayakan ? Tapi percayalah, ini memang betu-betul kejadian, bukan cobaan eh bukan rekaan :-D..

Nutriferon - Imun Booster

Apakah NutriFeron ini ?
NutriFeron ialah produk Shaklee berpaten,  yang berfungsi untuk menguatkan sistem imun tubuh dengan menggalakkan penghasilan interferon semulajadi dalam badan. Ia merupakan campuran ekstrak tumbuhan semulajadi  seperti biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.

Keunikan NutriFeron
Antara keunikan Nutriferon adalah :-

  • Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima setelah lebih 40 tahun penyelidikan terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.
  • Formula berpaten ekslusif yang menyediakan tahap tertinggi bagi perlindungan harian tubuh kita
  •  Ianya semulajadi, tidak bertoksik pada sistem badan berbanding suntikan interferon yang dihasilkan oleh farmaseutikal
  • Dibuktikan secara 4 kajian klinikal ke atas manusia

Sumber: Shaklee Malaysia

Jika ingin dibandingkan dari segi kos pula, sekotak NutriFeron hanyalah berharga RM181.25 mengandungi 30 uncang (sachet) yang mana  ianya jauh lebih murah berbanding satu suntikan interferon dihospital  yang menelan belanja mencecah ribuan ringgit ! . Untuk makluman, suntikan interferon diberikan kepada pesakit yang daya tahan tubuhnya untuk melawan penyakit sudah lemah. Jadi suntikan diberikan untuk membantu tubuh menjadi lebih kuat.

Jadi adalah lebih baik untuk kita mencegah sebarang penyakit dari awal. Biarlah kita, melabur sedikit untuk mengekalkan kesihatan tubuh kerana apabila sudah sakit, kosnya pastilah lebih tinggi.

Bagi ibu-ibu yang menyusu juga, tiada halangan untuk mengambil NutriFeron sebagai supplemen malah adalah sangat digalakkan, kerana ia sekaligus dapat meningkatkan antibodi bayi melalui penyusuan susu ibu tadi, seperti testimoni daripada Puan Zatul dibawah

Selsema, Flu Baby - Nutriferon

Dapatkan harga yang lebih murah untuk sekotak NutriFeron khas untuk pelanggan MyinfoVitamin tersayang. Hubungi segera untuk info lanjut dan maklumat produk

Info dan Produk*
Shaklee ID:864927 WhatApps/SMS: 010-545 0225 Email: myinfovitamin@gmail.com

*These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge