MyInfoVitamin

Cara Penjagaan Bayi Pramatang Di Rumah

Cara Penjagaan Bayi Pramatang Di Rumah | Bayi yang dilahirkan pada usia kandungan yang kurang dari 37 minggu dipanggil sebagai bayi pramatang atau dalam bahasa pasarnya, bayi tidak cukup bulan. Bayi yang dilahirkan kurang dari tempoh ini akan mengalami pelbagai masalah kesihatan disebabkan oleh organ mereka yang belum cukup matang. Lagi kurang usia kandungan lagi tinggi risiko kesihatan yang mungkin dialami oleh bayi bayi pramatang ini. 

Bayi Pramatang 25 Minggu

Hari Pertama Caca, 14 Februari 2011 ~ 10 PM

Anak ke-3 saya, Caca dilahirkan pramatang. Bukan 8 bulan, bukan 7 bulan, tapi 6 bulan atau 25 minggu ! Memang kecil, sangat kecil. Sewaktu lahir saiznya hanya sebesar tapak tangan suami dan beratnya cuma 800g sahaja. Kecilkan … Sehingga ke hari ini saya tidak tahu apa sebab dan punca sebenar Caca dilahirkan terlebih awal dari tarikh sepatutnya, Doktor pun tidak pasti. Dan saya hanya sempat check up kandungan sekali sahaja sebelum ter bersalin ( kes lambat buka buku ngeee). Namun antara punca berlaku kelahiran pramatang sebegini mungkin disebabkan oleh faktor dibawah.

Punca Kelahiran Bayi Pramatang

  • Sejarah – Pernah melahirkan bayi pramatang sebelum ini
  • Kandungan kembar atau lebih dari satu
  • Jangkitan kuman pada salur kencing ataupun dalam rahim – jangkitan bakteria seperti bakteria E.coli, Group B Streptococcus (GBS), trichomona boleh menyebabkan keradangan pada membran yang menyeliputi bayi. Ini sekaligus menyebabkan air ketuban pecah awal atau PPROM. Manakala jangkitan pada salur kencing boleh merebak ke buah pinggang yang juga boleh mengakibatkan kelahiran pramatang
  • Masalah berkaitan plasenta
  • Pre -eklampsia
  • Komplikasi semasa mengandung seperti kencing manis, GDM atau tekanan darah tingggi
  • Serviks dan uterus yang lemah
  • Uterus yang tidak normal
  • Gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan mengambil minuman beralkohol

Caca berada di hospital dalam NICU selama hampir 3 bulan. Dan selama itulah kami berulang alik menjenguknya. Pilu hati melihat wayar yang berselirat di tubuh kecil itu bersama dengan mesin dan segala macam suntikan untuk membantu tubuhnya kuat. Memang bukan mudah untuk menenangkan hati seorang ibu apabila dinyatakan Caca tidak mungkin mampu bertahan kerana organ dalaman yang masih belum sempurna. Peluang untuk hidup bagi bayi sekecil dia hanyalah 50-50 sahaja. Namun kami kena kuat 

Bayi Ajaib 6 Bulan. Bayi Tidak Cukup Bulan

Hari Ke-14, 28 Februari 2011 ~ 5.43 PM

Bayi pramatang terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah dan risiko kesihatan disebabkan oleh keadaannya. Beberapa hari setelah dia dimasukkan ke NICU, doktor mengesan ada ada pendarahan dalam otaknya di panggil IVH. Namun kata doktor kebiasaannya akan hilang lama kelamaan. Kami lega. Kemudian kami diberitahu pula yang Caca mengalami PDA, masalah dalam jantung disebabkan boleh saluran arterinya yang tidak tertutup sempurna. Keadaan ini boleh menyebabkan kegagalan jantung. Dan yang paling tidak boleh dilupakan apabila doktor memanggil kami ke hospital untuk berbincang dan meminta keizinan mengambil air dari tulang belakangnya kerana ada jangkitan kuman yang kuat. Tapi Alhamdulilah keadaanya kembali stabil selepas beberapa ketika tanpa perlu doktor melakukan proses tersebut.

Setelah 87 hari, Caca dibenarkan pulang kepangkuan kami. Syukur segala galanya berjalan lancar. Namun bermula lah episod baru. Sebelum pulang, ada beberapa tips dan nasihat yang diberikan oleh doktor berkaitan penjagaan bayi pramatang dirumah. Menjaga bayi yang tidak cukup bulan dirumah juga tidak kurang banyak cabarannya. Saya kongsikan dengan semua sedikit cara dan tips supaya dapat jadi panduan bagi ibu bapa yang baru pertama kali berhadapan dengan situasi sebegini.

Cara Penjagaan Bayi Pramatang Di Rumah

1) Seboleh bolehnya pastikan bayi tidur terlentang bukan meniarap. Bayi pramatang dibawah 6 bulan terdedah kepada risiko kematian secara tiba tiba dalam tidur atau Sudden Infant Death. Jadi biarkan mereka tidur secara terlentang untuk membolehkan kita memantau keadaan mereka

2) Sesuaikan suhu bilik dirumah, jangan terlalu panas atau terlalu sejuk. Bayi pramatang sangat sensitif.

3) Pernafasan bayi  boleh terhenti selama beberapa ketika. Ini dipanggil Apnea. Pastikan anda belajar cara untuk membantu bayi bernafas semula sebelum meninggalkan hospital. Atau cepat cepat dapatkan bantuan jika keadaan ini terjadi

4) Seelok eloknya susu bayi dengan susu ibu kerana susu ibu mengandungi antibodi dan nutrien yang tinggi untuk membantu meningkatkan daya pertahanan tubuh anak dari serangan penyakit dan menyokong tumbesaran mereka agar lebih sihat. Klik untuk baca mengenai pakej Set Bersalin Menyusu disini.

5) Jika menggunakan botol, pastikan alatan menyusu disteril sebelum digunakan. Begitu dengan permainannya

6) Biasakan cuci tangan sebersih bersihnya sebelum menyentuh bayi. Kami guna hand sanitizer yang dibeli di farmasi ketika itu. Lebih mudah

7) Kurangkan keluar atau berjalan jalan di tempat yang sesak dan ramai orang kerana mereka mudah terkena jangkitan penyakit.

8) Jika ada yang bertandang di rumah, beritahu mereka keadaan anak tidak berapa kuat supaya mereka faham

9) Banyakkan sentuhan dan dakapan dengan anak. Sentuhan kulit ke kulit boleh merangsang emosi anak yang sihat dan menggalakkan anak untuk cepat membesar. Kangaroo-care adalah salah satu cara yang sangat digalakkan

Cara Penjagaan bayi Pramatang Dirumah. Kangaroo Care

Sentuhan Kulit Ke Kulit, Kangaroo Care

10) Pastikan keadaan rumah sentiasa bersih dari kotoran. Jauhkan bayi pramatang dari ahli keluarga yang kurang sihat seperti selsema.

Ibu yang berpantang juga jangan abai kesihatan diri sendiri. Ambil vitamin yang boleh menambah darah selepas bersalin seperti multivitamin Vitalea yang mengandungi zat besi. Untuk mengelakkan rasa stress atau tekanan, makan B-complex sebagai rutin setiap pagi.

Alhamduillah, Caca kini sudah pun berusia 4 tahun. Walaupun Caca agak lambat bertutur dan kini masih pelat tapi dia sansgat aktif dan lincah. Apa yang penting kasih sayang kita yang sentiasa berterusan menyokong mereka. Ya betul, ibu bapa yang harus kuat dahulu. Syukur, Caca “berjaya” mengharunginya.

Jada sebarang masalah yang nampak membimbangkan,  jangan bertangguh untuk berjumpa doktor. Mereka lebih arif. Mudah mudahan artikel mengenai penjagaan bayi pramatang di rumah ini membantu ibu bapa untuk lebih bersedia menjaga anak anak syurga kita, InsyaAllah. Catatan lanjut mengenai anak pramatang ini, saya catatkan di blog homeschool SayangdiSayang kami.

Bayi Pramatang Sihat. Aktiviti Home School

Caca (kiri) bersama kakaknya. Sudah 4 tahun !

Jika ada sebarang pertanyaan boleh WhatApps/SMS ke 010-5450225
atau email myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Serendah, Rasa, Rawang dan Kuala Lumpur. 
COD Area: Bkt. Beruntung, Jalan Raja Chulan
Penghantaran: Keseluruhan Malaysia dengan khidmat kurier Poslaju, GDex dalam 2-4 hari bekerja.

***************************************************************************

Mahukan harga vitamin lebih jimat ? Daftar saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!

***************************************************************************

*These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge