MyInfoVitamin

Cara Nak Hilangkan Kulit Berminyak dan Berjerawat

Cara Nak Hilangkan Kulit Berminyak dan Berjerawat | Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan kita ialah kulit wajah yang berminyak. Lebih memburukkan keadaan lagi apabila terpaksa berada dalam keadaan yang panas untuk sesuatu jangkamasa. Kulit wajah terasa melekit dan tidak selesa. Keadaan ini menyebabkan jerawat mudah tumbuh. Ia bukan sahaja mencacatkan penampilan malah kulit yang berminyak dan berjerawat membuatkan tahap keyakinan kita berkurang. Jadi hari ini, saya nak berkongsi cara macam mana nak mengatasi kulit berminyak.

Sebelum itu, jom kita lihat dulu apakah punca kulit berminyak

5 Sebab dan Punca Kulit Berminyak

1. Genetik
2. Perubahan hormon terutamanya pada kaum wanita sebelum haid
3. Ubat ubatan seperti pil perancang keluarga dan lain lai
4. Penggunaan kosmetik dan produk penjagaan kulit yang salah atau keterlaluan
5. Stress atau tekanan

Sekarang, bagaimana pula nak atasi masalah kulit yang berminyak ini ? Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh kita lakukan. Semua cara ini boleh kita lakukan dengan mudah di rumah. Tak perlu pergi ke salon atau ke spa.

Cara Nak Hilangkan Kulit Berminyak

Yogurt
Yogurt mengandungi asid laktik yang dapat menanggalkan sel kulit mati dan menyerap lebihan minyak di muka. Ambil sesudu besar yogurt dan ratakan ke seluruh muka. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas. Lakukan seminggu sekali

Tomato
Tomato sangat bagus untuk membantu masalah kulit yang berminyak kerana ianya menyejukkan dan membersihkan kulit muka. Kandungan vitamin C nya juga membantu untuk mengatasi masalah jerawat.  Ia mengandungi asid penyerap minyak semulajadi yang unik untuk menghilangkan minyak yang tidak diperlukan

Lemon
Campurkan sesudu jus lemon bersama sedikit madu dan susu. Sapukan pada kulit muka biarkan selama 10-15 minit sebelum dibilas. Ini boleh dilakukan sekali sehari. Selain daripada mengurangkan kehadiran minyak pada muka, ia juga membantu menyamaratakan tona kulit dan mengembalikan keseimbangan pH kulit.

Gunakan Masker dari Tanah Liat ( Clay Masks )
Masker ini bukan sahaja dapat menyerap minyak tapi dapat mengecilkan pori pori

Skrub Muka
Skrub pada kulit wajah boleh menanggalkan sel sel kulit mati, mencerahkan dan dalam masa yang sama menghindarkan minyak. Kisar oatmeal dan campurkan bersama sedikit madu. Skrub perlahan lahan pada muka 1-2 minit dan bilas bersih. Sapukan toner atau penyegar untuk menyegarkan kulit wajah

Kurangkan Minum Minuman Berkafein dan Berkarbonat
Minuman berkafein boleh memanaskan sistem tubuh dan menyebabkan minyak berlebihan akan dirembeskan manakala minuman manis dan berkarbonat pula sering dikaitkan dengan pembentukan jerawat pada kulit berminyak

Bersihkan Muka Secara Berkala
Jangan terlalu kerap membersihkan muka kerana lembapan akan hilang dari permukaan kulit dan seterusnya memberi signal kepada otak untuk menghasilkan lebih banyak minyak ke kulit. Cukup dengan 2-3  kali sehari.

Basuh Muka dengan Pembersih yang sesuai
Kulit wajah yang berminyak harus dicuci dengan menggunakan sabun atau pencuci muka yang sesuai. Jangan guna pembersih muka yang terlalu kuat bahan kimianya sehingga boleh mengeringkan kulit muka. Ini akan menyebabkan kulit mengeluarkan lebih banyak minyak untuk menyeimbangkan lembapan.

Gunakan Toner
Selepas mencuci muka, wajibkan diri untuk memakai toner (penyegr). Ia berfungsi untuk menutup pori pori yang terbuka semasa proses mencuci muka tadi. Pori pori yang terbuka akan mengumpul habuk, kotoran dan minyak yang seterusnya boleh menyebabkan jerawat. Elakkan toner yang ada bau bauan kerana ia boleh merengsakan kulit.

Pelembap (Moisturiser )
Walaupun kulit muka anda berminyak, itu tidak bermakna anda boleh mengenepikan pemakaian moisturiser. Pilih pelembap yang berasaskan air untuk mengekalkan kandungan kelembapan dalam kulit muka

Selain daripada cara diatas, saya dan kawan kawan yang lain juga suka menggunakan Set Natural Glowing. Ia adalah set penjagaan kulit muka yang sesuai untuk semua jenis kulit tidak kira yang berminyak atau tidak. Macam saya kulit sedikit berminyak,  tapi ada bahagian yang kering seperti di zon-T. Ada pula kawan kawan yang lain mempunyai muka berminyak keseluruhannya.

Set Natural Glow Shaklee. Kurangkan Minyak Pada Muka

Set Natural Glowing ni ada 3 agen utama yang penting untukpenjagaan kulit iaitu pencuci, toner dan pelembap. Jom tengok satu persatu

Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser Pencuci muka yang langsung tidak membuatkan kulit kita terasa kering. Ia membersih jauh ke dalam pori pori untuk menghilangkan minyak dan kotoran. Ia juga membuang sel sel mati dan mencerahkan secara semulajadi. White head dan black head pun semakin berkurang. Paling saya suka, pencuci muka ini dapat bertahan berbulan bulan lamanya walaupun suami isteri yang guna. Macam pencuci muka saya sekarang yang masih terasa “berat” walaupun sudah digunakan hampir 6 bulan !

Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener Toner yang WAJIB dipakai selepas mencuci muka. Ia mengandungi Rosemary untuk menegangkan kulit muka, Kudzu untuk mencerahkan dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang. Tiada pewangi.  Yang pastinya dengan sapuan toner ini dapat menutup pori pori yang terbuka dan menjadikan kulit lebih segar bermaya. Seronok bila dapat pegang kulit muka sendiri yang lebih lembut dari dulu!

Enfuselle Balancing MoisturiserPelembap yang superb! Saya sangat gemarkan pelembap ini kerana ianya tidak berminyak dan bertindak seimbang mengikut jenis kulit. Untuk kulit yang kering ia akan melembapkan, manakala bagi yang berminyak ia akan mengawal kehadiran minyak di muka. Anda akan perasan yang kulit anda kurang berminyak dan kekal segar walaupun berada di luar berjam jam lamanya. Pelembap ini juga boleh menjadi asas sebelum solekan

Dengan penggunaan Set Natural Glowing ini, saya boleh keluar rumah tanpa solekan yang tebal. Cukup sekadar dengan secalit lipstick. Tambahan pula, saya sendiri memang kurang gemar bersolek. Tapi dengan set ini, sudah cukup membuatkan saya rasa lebih yakin untuk berjumpa dengan orang ramai. Kulit pun kurang bermasalah, tona kulit lebih sekata dan kurang berminyak

Dan yang paling penting kesemuanya diperbuat daripada bahan semulajadi,  tiada bahan kimia berbahaya dan selamat untuk digunakan. Ia dibangunkan oleh pakar pakar dan saintis penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat yang hanya menggunakan bahan aktif dan mentah sahaja. Bacaan lanjut untuk produk Nutri White 

Untuk kesan yang lebih baik, sebelum tidur oleskan sedikit Overnight Renewal Cream. Ia memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit semasa kita tidur. Vitamin C yang aktif didalamnya akan mengurangkan tompok hitam dan mencerahkan wajah. Kulit pun akan terasa lebih lembut, gebu dan berseri pada waktu pagi.

Nutriwhite Overnight Renewal Whitening Cream Shaklee

Ini saya kongsikan gambar sahabat yang juga merangkap upline saya

Sebelum ini kulit mukanya nampak jelas berminyak, tapi selepas beberapa kali menggunakan Set Natural Glowing, kulitnya jauh lebih baik. Tiada lagi kesan minyak pada muka.

Macam Mana Nak Hilangkan Kulit Berminyak. Cara Penjagaan Wajah Berminyak. Skincare

Begitu juga saya, rasa lebih  yakin untuk bergambar bersama anak walaupun close up.

Set Shaklee untuk Kulit Berminyak dan Kusam

Bagi mereka yang ada juga masalah jerawat, saya sarankan ambil juga Zinc dan vitamin penting yang ada dalam Set Kecantikan Kulit Shaklee seperti Vita-C, ESP. Ketiga tiga vitamin ini membantu dari dalam untuk mengecutkan jerawat,  memudarkan parut dan memperbaiki struktur kulit.

Ok, itulah saja entry saya berkaitan Cara Nak Hilangkan Kulit Berminyak dan Berjerawat.

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan Set Natural Glowing atau Set Kecantikan Kulit Shaklee, bolehlah berhubung terus dengan saya ya.

 Jumpa lagi !

****************************************************************************

Mahukan harga lebih jimat ? Daftar saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!

****************************************************************************

WhatApps/SMS: 010-5450225
Shaklee ID: 864927
Email: myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan Kuala Lumpur (Jln Raja Chulan)

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

4 thoughts on “Cara Nak Hilangkan Kulit Berminyak dan Berjerawat

  1. amalin iwana

    Bleh ke student pkai pelembap,krim dsb?sbb umi sy xbgi pkai semua tu krna muka rmja xsesuai lgi pkai produk,tpi sy xthan sbb muka sy bermnyak,apa yg patut sy lakukan?

    1. sujaihah Post author

      Boleh tapi bergantung pada jenis dan masalah kulit. Kalau masaah kulit berminyak, guna pencuci muka yang sesuai dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge