MyInfoVitamin

Cara Mudah Nak Buat Giant Bubble

Cara Mudah Nak Buat Giant Bubble | Hujung minggu lepas, saya bercadang nak bawa anak anak ke padang untuk beriadah. Dengar dengarnya di sana ada giant bubble. First time tengok giant bubble ni masa jalan jalan di Taman Tasik Titiwangsa beberapa bulan lepas. Memang wow sangat masa tu sebab belon yang terhasil memang besar gila. Jakun sekejap :-D.

Tapi disebabkan sibuk sangat buat kerja kerja rumah, tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Alamak, dah petang sangat, takut tak sempat nak ke sana nanti. Kalau sempat pun entah entah dah habis orang balik, buang masa pula. Fikir punya fikir, tiba tiba keluar pula idea nak buat buih belon gergasi sendiri. Rasanya tak susah sangat kot. Jimat masa nak ke taman, poket pun selamat, ehem ..

Makanya bermula lah operasi meng google sana sini. Nak cari bahan dan macam mana cara yang paling mudah untuk buat giant bubble. Kebanyakan resepi yang saya jumpa, kena letak gliserin. Benda ini boleh beli di kedai kek. Tapi disebabkan saya kesuntukan masa, saya tak letak. Malas pula nak keluar ke depan semata mata nak cari gliserin.

Nak buat giant bubble ini macam ala ala nak buat eksperimen kimia dulu dulu. Campur itu, campur ini, tengok jadi ke tak. Percubaan pertama fail. Kedua pun sama, tapi berkat usaha yang tidak mengenal jemu, akhirnya menjadi juga. Terasa macam saintis dalam televisyen yang rambut tercacak akibat renjatan elektrik tu.

Kalau ikut resepi asalnya, kebanyakan yang buat, mereka menggunakan pencuci pinggan mangkuk Joy yang glamour tu. Yang itu letak sedikit saja sukatannya sebab memang dah power. Tapi saya guna yang T***o punya. Sebab memang tak pernah beli pun si Joy tu. Sebab itu lah percubaan pertama tak menjadi sebab ikut sukatan asal pencuci tersebut. Tak cukup powerlah tu.  Dan jangan pula korang hentam guna Basic H atau Dish Wash shaklee di rumah tu ya. Sayang sangat sangat kalau habiskan, sebab boleh tahan lama. Tak berbaloi.

Ok, ini dia bahan bahan resepinya.

Bahan Bahan Nak Buat Giant Bubble
1. 1.5 liter air paip
2. 4 sudu tepung jagung
3. 500ml pencuci pinggan mangkuk
4. 2 sudu baking soda ( ini tak tahu apa motifnya, tapi ikut saja sebab dah ada)
5. Sedikit gliserin ( saya tak letak)

Bahan Bahan Untuk  Buat Giant Bubble

Cara cara Nak Buat Giant Bubble
Campur semua dalam satu bekas besar dan kacau sehingga sebati.

Nanti akan jadi macam dalam gambar dibawah ini. Senang je kan cara membuat giant bubble ni. Pejam mata pun boleh :-D.

Campuran Untuk Buat Giant Bubble

Ok, untuk alat nak membentuk giant bubble ini pula, boleh gunakan
1. Chopstik
2. Tali.

Tali Untuk Buat Giant Bubble

Chopstik tu boleh ganti dengan apa apa batang, nak senang saya guna hanger. Tali pula saya cari baju baju lama yang tak pakai lepas tu gunting agak agak lebar 1 inci macam tu. Tapi saya tak jumpa baju yang besar, akibatnya kain lampin anak yang jadi mangsa. Nasiblah..Tak kisahlah, yang penting menjadi. Kena buat dua tali ya, satu pendek, satu panjang untuk di ikat di hanger. Yang pendek di atas, panjang di bawah.

Cara Nak Ikat Tali Giant Bubble

Dah siap semua, apa lagi jomlah kita main. Bukan budak budak je yang excited tau, mak budak pun sama. Puas hati dapat buat sendiri, boleh main banyak kali. Korang cuma siapkan je la pencuci pinggan banyak banyak :-)

Macam Mana Nak Buat Giant Bubble

Cara Mudah Nak Buat Giant Bubble

Homemade Giant Bubble

Belon Buih Gergasi

Selamat Beraktiviti !

Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan Kuala Lumpur. 
COD Area: Bkt. Beruntung, Jalan Raja Chulan

Call/SMS/WA : 010-5450225 
Penghantaran: Keseluruhan Malaysia dengan khidmat kurier Poslaju, GDex dalam 2-4 hari bekerja.

***************************************************************************

Mahukan harga vitamin lebih jimat ? Daftar saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!

***************************************************************************

5 thoughts on “Cara Mudah Nak Buat Giant Bubble

Leave a Reply to arnie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge