MyInfoVitamin

Cara Best Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Cara Best Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata |  Ok, siapa yang ada lingkaran hitam bawah mata ? Sila angkat tangan ! Ngee.. saya pun ada sebenarnya, tapi disebabkan saya berkaca mata jadi tidaklah begitu jelas kelihatan. Anda macam mana ? Ada sesetengahnya memanggil lingkaran hitam ini sebagai lebam di bawah mata. Ada juga yang panggil mata panda 🙂 . Macam-macam terma saya jumpa ! 

Walau apa pun panggilannya maksudnya tetap sama. Lingkaran gelap hitam yang mengelilingi mata yang jelas kelihatan dan boleh mencacatkan penampilan.

Apa Sebab Terjadi Lingkaran Hitam di Bawah Mata ?

  • Kurang tidur – mereka yang sering berjaga  hingga lewat malam, banyak menghadap skrin seperti komputer akan sering berhadapan dengan masalah ini. Kurang tidur membuatkan kulit sekitar mata menjadi pucat sekaligus menjadikan lingkaran hitam semakin jelas kelihatan. Jangan lupa cuci muka dengan pencuci muka dan tanggalkan segala solekan di mata dengan make up remover. Jika tidak, mata akan kelihatan letih keesokkan paginya.
  • Alahan – ada sesetengah alahan yang boleh menyebabkan lebam di bawah mata
  • Hidung tersumbat – apabila selsema salur darah sekitar hidung dan mata akan kelihatan lebih gelap
  • Kurang vitamin – kekurangan vitamin K dan B12 untuk anemia juga boleh menyumbang kepada lebam  bawah mata dan mata yang sembab

Bagaimana Menghilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Sayaa ada beberapa petua  yang digunakan untuk membantu memulihkan lingkaran hitam ini. Antaranya ialah dengan menggunakan timun dan juga uncang teh. Sebelum tidur, letak hirisan timun di kedua dua belah mata. Begitu juga dengan uncang teh tadi. Biarkan 10-15 minit. Lakukan setiap hari.

Saya sebenarnya pernah buat dengan uncang teh sebelum ini, kononnya nak bangun pagi esok dengan mata yang ceria dan gojes (kununnyalah kan). Tapi apabila terjaga keesokan paginya, terus mata jadi gatal pula ! Aduhaii…. “kegatalan” saya seharian. Mungkin juga saya tidak sesuai dengan cara ini.

Enfuselle Eye Treatment Krim Mata

Sekarang tak nak dah guna uncang teh lagi. Nak guna cara yang lebih mudah dan ringkas ( dan tak gatal ! ) . Maklumlah jadi ibu ini sangat super duper busy. Caranya hanya dengan picit sedikit Enfuselle Eye Treatment dan oleskan ke keliling mata, Siap ! Sudah boleh tidur dengan hati yang gembira. Krim mata ini memang khusus untuk masalah sekitar mata terutamanya lingkaran hitam tersebut. 

Kenapa saya cakap cara ini best ? Sebabnya ia bukan sahaja berkesan untuk “mata panda” kita, tapi lebih banyak manfaat yang diberi. Antaranya dapat mengurangkan garis kedutan akibat penuaan dan menganjalkan kulit sekitar mata. Ada rumusan vitamin C dan unsur botanik untuk melembapkan dan mengekalkan kecantikan bahagian mata kita.  Dan yang paling best, krim ini juga boleh dipakai di leher mahupun di bibir. Saya tak pernah lagi jumpa krim untuk mata boleh guna untuk bibir sekali. Jimat kan ! Best tak ? 

OK, Ini gambar yang dikongsi oleh salah seorang rakan saya. Penggunaan hanya dalam 3 hari sahaja. Alhamdulillah nampak semakin berkurang. Selain daripada Enfuselle Eye Treatment, boleh juga gunakan krim malam. Bukan sahaja buat muka terasa lembut keesokkan paginya, tapi juga membantu mencerahkan kulit dan kurangkan lebam bawah mata tu.

Hilangkan Lebam Bawah Mata Lingkaran Hitam Mata dengan Enfuselle Eye Treatment Shaklee

Saya amalkan juga pencuci muka, toner dan pelembap untuk pastikan wajah betul betul bersih dan segar sebelum tidur. Jika ada krim malam pun bagus pakai sekali. Biar sel sel kulit kita dapat diperbaiki dan diperbaharui semasa kita tidur. Biarkan semua khasiat krim malam dapat meresap jauh kedalam kulit.

Jangan sesekali tidur tak cuci muka ya. Nanti jerawat dan jeragat mudah naik. Kulit cepat jadi kusam tau. Nampak lebih tua dari usia sebenar. Pastikan juga anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti supaya mata cukup rehat.  Susah nak tidur ? saya makan  Ostematrix  untuk tidur yang lena sepanjang malam serta bangun bersemangat esoknya. 

Ok, itu saja cerita tentang lingkaran hitam bawah mata hari ini. Saya pun nak bersiap siap pergi kenduri ni 🙂

Sebelum itu, jemput baca entry berkaitan Panduan Set Kecantikan luar dalam. Nanti jumpa lagi ya !

Jika ada sebarang pertanyaan boleh WhatApps/SMS ke 010-5450225atau email myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan Kuala Lumpur (Jln Raja Chulan)

***************************************************************************

Mahukan harga lebih jimat ? Daftar saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!

***************************************************************************

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

4 thoughts on “Cara Best Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge