MyInfoVitamin

Bahaya Memberi Air Minuman Selain Susu Ibu Kepada Bayi

Bahaya Memberi Air Minuman Selain Susu Ibu Kepada Bayi. Penah tak dengar mak mak kita menyarankan agar diberikan air masak kepada anak kita yang baru lahir ? Tujuannya ialah supaya baby tak dahaga, tidak sembelit dan rasa lebih selesa. Amalan ini telah dipraktikkan sejak turun temurun di merata pelusuk dunia. Di negara kita juga, ramai ibu memberikan bayi mereka air masak sejak lahir.

Tapi sebenarnya, memberikan air minuman selain susu ibu kepada bayi yang kecil boleh mengundang risiko dan masalah kesihatan kepada  mereka. Banyak kajian saintifik telah pun membuktikan keburukannya. Walaupun perkara ini nampak kecil dan remeh, tapi jika dibiarkan berlarutan, ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi.

4 Bahaya Memberi Air Minuman Selain Susu Ibu Kepada Bayi

1. Merencatkan Akal

Memberi air di awal kelahiran didapati meningkatkan kandungan bilirubin di dalam darah. Menurut Pakar Laktasi Kanada, Anne Kirkham, pemberian air masak akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis (demam kuning) sehingga boleh menyebabkan ‘kernicterus‘ iaitu terencat akal. Bayi juga akan menjadi lesu dan tidak bermaya.

2. Membahayakan Nyawa

Air boleh menjadi pembawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit dan penyakit berjangkit. Pencemaran air boleh berlaku dalam pelbagai peringkat seperti air yang tidak dimasak secukupnya, bekas tidak bersih atau dari sumber air itu sendiri. Air juga akan menghakis saluran pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu sebelum ini dan akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan dari persekitarannya

3. Merencatkan Tumbesaran

Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi dipenuhi dengan air, ia akan merasa kenyang dan tidak berminat untuk menyusu lagi. Akibatnya bayi tidak mendapat khasiat dan kebaikan susu ibu secara maksima. Ini secara tidak langsung boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Kajian juga mendapati, pemberian glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran mereka.

Saiz Perut Bayi Baru Lahir. Penyusuan Susu Ibu dan Bahaya Pemberian Air

Saiz Perut Bayi Baru Lahir

4. Mengakibatkan Sawan Tarik

Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil “oral water intoxication“. Elakkan memberi air kepada bayi terutamanya yang berusia dibawah 5 minggu.

Susu ibu sebenarnya sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan yang diperlukan untuk proses tersebut. Jadi, jika anda fikirkan bayi anda haus, panas atau sembelit, berikan susu ibu sekerap mungkin.

Buat kawan kawan dan ibu ibu di luar tu jika sebelum ini sudah terberi air lain pada bayi, cepat cepat hentikan ya. Bahaya. Teruskan saja penyusuan susu ibu. Dalam masa yang sama, jangan pula salahkan mak mak kita yang pernah mencadangkan pemberian air masak dan sebagainya. Mereka memberi panduan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka sebelum ini. Jadi apabila kita sudah ada ilmu yang betul,  apa salahnya berkongsi maklumat dengan mereka pula kan ? Sama sama dapat ilmu baru :-). Klik untuk petua dan doa membanyakkan susu ibu serta tips dan cara membanyakkan susu badan.

Ok, selamat menyusukan si kecil anda. Happy Breastfeeding ! :-)

Jika ada sebarang pertanyaan boleh WhatApps/SMS ke 010-5450225
atau email myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan Kuala Lumpur. 
COD Area: Bkt. Beruntung, Jalan Raja Chulan
Penghantaran: Keseluruhan Malaysia dengan khidmat kurier Poslaju, GDex dalam 2-4 hari bekerja.

***************************************************************************

Mahukan harga lebih jimat ? Daftar saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!

***************************************************************************

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge