MyInfoVitamin

Azam Tahun Baru 2015

Azam Tahun Baru 2015

Azam Tahun Baru 2015 | Selamat Tahun Baru 2015 !! Alhamdulillah, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dapat melangkah masuk ke tahun baru. Jadi, apa azam anda tahun ini ? Ramai yang cakap nak tunaikan azam tahun 2014 lepas ,ngeee ¬†ūüôā

Saya pun ada azam tahun ini. Tapi kebiasaannya saya tak tunggu tahun baru untuk mula berazam. Apa yang saya bagus dan baik, seboleh bolehnya saya nak mulakan segera. Bak kata Jurulatih Kekayaan dan Kejayaan No.1 Malaysia Dr. Azizan Osman,  Fast Action Fast Result! (lagi cepat kita bertindak, lagi cepat dapat keputusannya)

Tapi tahun ini istimewa sikit, saya ada beberapa azam yang saya nak lakukan. Pentingnya azam ini, ia boleh menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk capai apa yang kita nak capai. Seelok eloknya, tulis apa azam anda dalam satu kertas dan tampal pada dinding. Hari hari tengok, renung dan baca. Rasakannya dalam jiwa dan minda. InsyAllah, anda tak akan lupa, malah ia boleh menjadi pemangkin untuk dapatkan apa yang diimpikan itu. Walaupun tak capai  sepenuhnya, tapi pasti ada yang hampir.  Tak percaya ? cubalah buat !

Azam Tahun Baru 2015 Saya :

  • Jaga kesihatan diri sendiri, keluarga dan ibu bapa dengan makanan yang sihat dan suplemen yang betul serta banyak bersenam
  • Bantu lebih ramai orang lain untuk dapat kesihatan yang lebih baik. Beri kesedaran betapa pentingnya untuk jaga kesihatan ketika sihat bukan sesudah sakit. Kongsi maklumat kesihatan di blog ini yang boleh memberi manfaat untuk semua
  • Bantu dan beri sokongan yang lebih baik dari tahun sebelumnya ¬†dari segi coaching, latihan dan lain lain untuk anak, cucu, cicit downlines supaya mereka sama sama berjaya ¬†menikmati taraf ekonomi yang lebih baik¬†
  • Luangkan lebih masa untuk aktiviti homeschool bersama anak anak. Kebanyakan aktiviti mereka¬†telah saya kongsikan di blog¬†sekolah dirumah kami. Tapi sejak kebelakangan ini saya kurang masa untuk update. Ha, itupun salah satu azam saya juga. Update blog . Jemput baca Sayang diSayang
  • Luangkan lebih masa untuk aktiviti keagamaan bersama keluarga dan ibu bapa
  • Banyakkan tersenyum dan kurangkan stress (ya, duduk di rumah pun ada stressnya juga ūüėČ )¬†

Kalau nak diikutkan banyak lagi senarai yang nak buat sepanjang tahun ini, tapi cukuplah sekadar itu dahalu. Yang penting kita ada keazaman yang bersungguh sungguh nak melakukannya. Tak guna juga, kalau azam panjang berjela tapi satu pun tak terlaksana kan.

Jadi apa azam kawan kawan semua ?, jom kongsi dengan saya. Jangan lupa buat senarai dan tampal di dinding ya ūüėČ

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Berminat untuk menjana pendapatan bersama Shaklee ? Hubungi saya (Whatapps/Telegram/SMS) 010-5450225. 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

WhatApps/SMS: 010-5450225
Shaklee ID: 864927
Email: myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan Kuala Lumpur (Jln Raja Chulan)

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

3 thoughts on “Azam Tahun Baru 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge