MyInfoVitamin

Apakah PCOS Dan Kaitannya Dengan Kesuburan

Apakah PCOS Dan Rawatannya

Perbezaan ovari normal dan ovari polycystic – ihsan Google

PCOS (Polycystic Ovary Syndrom) adalah masalah ketidakseimbangan hormon dikalangan wanita. Secara lebih tepat lagi, ia adalah keadaan dimana kilang telur atau ovari seseorang membengkak akibat telur didalamnya terperangkap dan tidak dapat menetas pada waktu subur. Lama-kelamaan situasi ini akan mengakibatkan seseorang wanita mengalami masalah kesuburan dan seterusnya menjejaskan keupayaan wanita tersebut untuk hamil dan melahirkan anak.

Sebab dan punca masalah ini masih belum diketahui secara jelas. Namun menurut pakar, ia terjadi disebabkan oleh beberapa faktor utama seperti genetik. Selain itu, insulin juga dikaitkan dengan terjadinya masalah PCOS ini. Ini berlaku apabila tubuh seseorang tidak dapat menggunakan insulin kepada secara efisyen yang menyebabkan peningkatan bahan tersebut dalam tubuh. Insulin yang tinggi ini merangsang penghasilan hormon androgen (hormon sex lelaki ) yang menggangu kesuburan wanita. Pesakit PCOS juga seringkali mempunyai penyakit kencing manis kerana gula dalam makanan mereka tidak dapat ditukar kepada tenaga dalam tubuh.

Antara simpton-simpton seseorang itu mempunyai PCOS adalah:-

  • Gangguan haid – mereka mungkin mengalami haid yang tidak teratur. Adakalanya mungkin 3-6 bulan dan juga hingga setahun.
  • Kegemukan – akibat ketidakseimbangan hormon
  • Haid yang sikit atau berpanjangan
  • Tumbuh rambut melampau –  tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut.
  • Cyst dalam ovari
  • Tekanan atau kemurungan
  • Sleep apnea (nafas berhenti secara tiba-tiba semasa tidur untuk beberapa ketika)

Namun untuk mengesahkan seseorang itu menghidap PCOS eloklah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

Apakah langkah yang boleh diambil oleh pesakit PCOS ?

1. Kawal pemakanan supaya dapat mengurangkan berat badan – kurangkan pengambilan makanan manis dan berlemak

2. Penggunaan ubat-ubatan untuk mengawal kencing manis

3. Penggunaan ubat-ubatan untuk meningkatkan kesuburan seperti clomiphene

4. Suntikan hormon Gonadotrophin juga untuk kesuburan

5. Rawatan laparoscopy dan ovarian drilling

7. Pengambilan supplemen yang betul

Sumber: Dr. Hamid Arshat  PCOS Foundation  WomenHealth  WomenWebMD

Antara supplemen yang boleh diamalkan oleh pesakit PCOS adalah GLA Complex Shaklee. Ia membantu membetulkan kitaran haid, mengawalatur proses dalaman wanita dan menyediakan medium yang subur untuk proses persenyawaan. Ada beberapa testimoni daripada pesakit PCOS sendiri yang telah berjaya hamil setelah mengamalkan GLA Complex secara bererusan.

GLA Complex PCOS

Rumusannya , walaupun PCOS ini menjejaskan kesuburan, namun dengan penggunaan ubat-ubatan moden, pemakanan yang sihat serta pengambilan supplemen yang betul dan konsisten seseorang itu masih berpeluang untuk memperolehi anak. Apa yang penting adalah sentiasa berusaha tanpa jemu, kawal emosi, elakkan stress dan banyakkan berdoa. Dapatkan nasihat daripada pengamal perubatan yang bertauliah untuk masalah anda dan sentiasa berfikiran positif.

Ingin mencuba GLA Complex Shaklee atau Set Kesuburan Shaklee  ? Hubungi kami untuk info lanjut.

Shaklee ID : 864927
SMS/WhatApps: 010-5450225
Email: sujaihah.hassan@gmail.com
FB FanPagehttp://www.facebook.com/MyInfoVitamin

*These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge