MyInfoVitamin

Kelebihan Bisnes Shaklee? Part Time atau Full Time. Kebaikan Jadi Ahli

shaklee independent distributor

Dalam entry yang lepas saya dah kongsikan banyak info tentang macam mana nak jadi ahli Shaklee. Bagi yang terlepas tu, boleh baca bagaimana nak daftar join jadi ahli shaklee dan kelebihannya. Kali ini, nak bentangkan lebih lanjut lagi cara kita nak menjana pendapatan dari rumah dan kelebihan menjadi ahli Shaklee bersama kami. Supaya kita lebih nampak apakah manfaat yang kita dapat.

Apakah Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

(1) Harga Ahli

Ya, kita akan dapat harga ahli yang jauh lebih murah berbanding harga runcit. Buat apa kita nak bayar lebih 20-30% kalau kita boleh berjimatkan. Dah lah semua barang pun mahal sekarang, jadi dengan dengan harga ahli kita dah boleh save banyak. Beza tau antara harga ahli dan bukan. Dan kalau ada kawan-kawan yang nak beli dengan kita, galakkan dia jadi ahli sama, dia pun dapat berjimat juga. Kalau cukup point, kita (dan kawan tadi juga)  boleh dapat cash back iaitu bonus tunai dari Shaklee bulan berikutnya.

(2) Yuran Rendah

Nak jadi ahli Shaklee hanya bayar RM65 saja. Sangat murah. Lebih murah daripada bajet kita untuk makan seminggu agaknya. Sedangkan membership fee hanya bayar sekali seumur hidup pula. Kalau yang hanya makan sendiri pun, macam saya cakap tadi, dah jimat 20-30% untuk sebotol vitamin. Kalau beli 2-3 botol pun dah balik modal. Bagi yang nak jana pendapatan  lagi lah, pulangan sebulan boleh terus cecah 3-4 angka. Tak ke sangat-sangat berbaloi ! Dah lah yuran rendah, risiko pun tak ada.

(3) Promosi Produk Buy 6 Free 1

Setiap bulan akan ada promosi produk. Contoh pada bulan May ini ialah Meal Shakes, Buy 6 Free 1, jadi setiap pembelian satu set, kita akan dapat percuma setin. Kalau tak nak beli semua pun, kita boleh kongsi dengan kawan-kawan. Dah lah dapat percuma satu tin, siap dapat harga ahli lagi !

Apa Kelebihan Bisnes Shaklee Bersama Kami ?

Bagaimana Saya Jana Pendapatan Dari Rumah ? 

 

Work At Home Mom Kids WAHM Shaklee  Jana pendapatan dari rumah. Bisnes Online

(1) Bisnes Secara Online

Ye betul. Dengan Shaklee kita ada peluang cari wang cara mudah. Oh bukan maksud saya duduk goyang kaki dapat duit. Maksudnya disini adalah buat bisnes secara online yang boleh dibuat hanya dari rumah. Tak perlu kita nak keluar rumah jumpa prospek sana sini. Tak perlu nak buka kedai yang menelan belanja ribuan ringgit. Tambahan pula kebanyakan yang bisnes ini adalah surirumah punya anak-anak kecil seperti saya. Jadi memang agak sukar  dari segi modal dan masa . Tapi dengan Shaklee semua urusan perniagaan boleh dijalan secara online. Kedai kami kebanyakkannya adalah blog seperti myinfovitamin.com ini. Medium pengiklanan yang digunakan adalah seperti Facebook dan media-media sosial yang lain. Dengan cara ini, kedai maya kami beroperasi 24 jam 7 hari seminggu tanpa henti. Nak order barang, nak daftar ahli baru, nak cek berapa banyak bonus yang kita dapat pun semua online. Malam-malam pun boleh buat. Dalam masa yang sama juga, kita dapat menguruskan hal anak-anak dan keluarga tercinta . Melihat mereka membesar didepan mata adalah satu nikmat. Alhamdulillah dengan Shaklee, saya mampu buat kedua-duanya sekali. Keluarga pun happy ! Siap kata duduk rumah tak boleh dapat duit? Inilah yang dipanggil WAHM (Work-At-Home-Mom).

(2) Masa Yang Fleksibel

Dengan berbisnes online ini, kita tidak terikat dengan masa. Bila-bila masa boleh jenguk kedai. Tak perlu duduk mengadap komputer atau handphone saja. Waktu siang biasaya saya sibuk dengan hal anak-anak dan keluarga. Ada yang nak  ke sekolah, ke tadika dan juga aktiviti homeschool bersama mereka. Jadi, saya peruntukkan waktu malam untuk bisnes. Tidak terikat dengan 8-6 petang waktu bekerja di pejabat. Dan yang paling best tak perlu nak minta cuti kecemasan atau cuti sakit.  24 jam sehari adalah masa kita yang punya!

(3) Coaching Online

Bukan saja cari duit dengan online, coaching pun online tau. Meeting, seminar perkongsian semua dibuat dengan hanya berjumpa di depan komputer. Bayangkan downlines saya diserata pelusuk negeri seperti Penang, Kelantan, Kl, Selangor, Johor dapat berjumpa dan bercoaching hanya dengan satu klik. Sambil -sambil dodoikan anak tidur atau sambil lipat kain pun kami dapat sama-sama menimba ilmu. Ini bisnes yang merentasi lokasi dan masa. Tak kisahlah dimana kita berada, janji ada internet.

(4) Family Friendly ( Mesra Keluarga)

Bisnes Online, WAHM, Jana Pendaptan dengan Shaklee

Cuba tengok gambar di atas tu, ini adalah pemandangan biasa setiap kali ada seminar Shaklee. Bisnes Shaklee ini adalah bisnes keluarga. Jadi kemana-mana pun kami bawa keluarga bersama. Jangan terkejut jika pergi ke seminar kami yang bukan saja penuh dengan ibu-ibu dan bapa-bapa, malah anak-anak kecil juga. Inilah keseronokan dalam bisnes Shaklee bersama-sama group kami. Keluarga dan bisnes jalan seiring. Tak perlu susah-susah nak fikir mana letak anak atau nak cari babysitter setiap kali nak ke seminar. Angkut semua sekali. Tiada halangan. Seronokkan kan ?

(5) Tak Perlu Modal Besar. Tidak Perlu Simpan Stok

Saya sendiri tak pernah simpan stok sebelum ini. Untuk pengetahuan, semasa awal penglibatan saya dengan Shaklee, saya memang tak banyak modal. Jadi saya hanya bertindak seperti orang tengah. Tugas saya cuma promosi dan perkongsian dengan kawan-kawan, jika ada yang berminat, mereka akan masukkan duit dan duit tadi saya akan bayar pula kepada Shaklee. Order tadi akan  dihantar  terus pada pelanggan. Ala-ala konsep dropship.  Kita tak perlu nak risau-risau tentang pembungkusan, masa, penghantaran dan modal. Haa mudahkan ?

(6) Dijemput Masuk ke Secret Group

Kita akan dijemput masuk ke group khas tertutup di FB mahupun WhatApps yang penuh dengan info tentang ilmu vitamin (product knowledge), cara pemakanan yang betul serta tips dan trick untuk jana pendapatan 4-6 angka sebulan. Disana, jika ada sebarang kemusykilan tentang produk dan penyakit, ramai yang akan membantu. Begitu juga dengan group WhatApps.  Kita akan saling tolong menolong dan beri sokongan antara satu sama lain. Tiada istilah kedekut ilmu, jika ada masalah utarakan saja, ramai sahabat akan memberikan pertolongan Dengan cara ini, kita tidak rasa keseorangan. Sokongan dan bantuan akan diberikan dari semasa ke masa.

(8) Kelas Perkongsian Ilmu, Motivasi, Ilmu Perniagaan, Teknikal dan Kemahiran Lain – Peluang Untuk Upgrade Diri

Selain daripada group coaching secara online, banyak peluang yang diberikan oleh upline untuk menghadiri seminar yang berkaitan dengan perniagaan, motivasi serta kenali potensi diri yang sebelum ini mungkin kita tidak tahu atau tak ambil pusing. Ilmu -ilmu ini penting bukan saja untuk perniagaan tapi juga untuk menjalani kehidupan yang lebih baik bersama orang-orang disekeliling kita. Minda juga menjadi lebih terbuka kerana adanya input dari perkongsian kawan-kawan yang lebih arif. 

(9) Ahli Terdiri Daripada Golongan Professional dan Pakar

Dalam group kami separuh daripadanya adalah WAHM. Iaitu golongan ibu-ibu dan surirumah yang mencari duit dari rumah. Tapi mereka bukan calang-calang surirumah .

Kebanyakkannya adalah dari golongan professional. Ada yang bekas jurutera dari syarikat multinational, guru, peguam, pakar IT, doktor, pakar penyusuan susu ibu malah blogger tegar pun ada. Mereka pilih jalan ini sebab rasa lebih “bebas”. Bebas dari tekanan bekerja di pejabat, bebas dari kekangan masa, bebas untuk jaga anak-anak sendiri dan bebas untuk capai yang mereka inginkan. Tanpa halangan ! Dan kini ramai lagi yang sedang mengatur langkah untuk mengikut jejak mereka. 

Inilah antara sebab mengapa group kami berkembang dengan cepat kerana adanya pakar dalam bidang masing-masing. Mereka ini selalu membantu dan beri tunjuk ajar tanpa jemu. 

Alhamdulillah, setelah 6 bulan join Shaklee, income saya maintain 4 angka sebulan dan semakin bertambah. Kalau saya ini surirumah dengan 4 orang anak yang kecil-kecil boleh buat, InsyaAllah mommies dan yang lain-lain pun boleh buat. Terus terang sayakatan, bisnes Shaklee adalah semudah ABC jika kita tahu teknik dan caranya. Yang penting pasang impian dan semangat untuk memajukan diri. Yang lain-lain kita boleh belajar bersama dalam group ini. Lagi pun bisnes ini boleh dibuat secara sambilan iaitu part time atau sepenuh masa, full time dari rumah. Semuanya kita boleh tentukan sendiri, sebab bisnes ni bisnes kita yang punya bukan ahmad albab yang punya

Jika ada sebarang pertanyaan lain berkaitan bisnes, boleh terus diajukan kepada saya melalui FB (sujaihah abu hassan) atau emel seperti dibawah. InsyaAllah saya akan balas secepat mungkin 

WhatApps/SMS: 010-545 0225 
Shaklee ID: 864927 
Email: myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan KL (Jln Sultan Ismail).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge