MyInfoVitamin

Anda Migrain ? Wajib Baca Ini !

punca, simpton, cara merawat, ubat migrain

Semasa mengandung anak yang ke-4 baru-baru ini, saya mengalami sakit kepala yang kuat. Berhari-hari lamanya. Ada orang kata migrain. Saya memang jarang terkena sakit kepala yang menyucuk begini, seingat saya, ini baru kali kedua. Tapi sakitnya… memang sakitlah. Lebih-lebih lagi bila waktu sujud ketika bersolat, memang terasa sangat. Disebabkan waktu itu, saya sedang hamil, jadi saya agak keberatan untuk makan ubat penahan sakit. Bimbang kesannya keatas bayi nanti.

Definisi migraine dalam bidang perubatan adalah sakit kepala yang teramat sangat dalam satu kawasan kepala tertentu dan biasanya disertai dengan rasa mual, muntah-muntah, dan sensitiviti melampau kepada cahaya dan bunyi. Sesetengah migrain disertai dengan simpton-simpton seperti sembelit, ketegangan leher, hiperaktif, marah dan ketagihan terhadap sesuatu makanan 

Migrain terjadi apabila berlakunya ketidakseimbangan bahan kimia otak yang dipanggil seratonin yang membantu mengawal kesakitan dalam sistem saraf kita. Semasa migrain tahap serotonin menurun yang sekaligus menyebabkan sistem trigeminal kita melepaskan bahan dipanggil neuropeptides. Keadaan inilah yang menyebabkan kita sakit kepala.

Antara pencetus migrain termasuklah :

1) Perubahan hormon di kalangan wanita – perubahan paras estrogen boleh  mencetuskan sakit kepala kepada ramai wanita. Tidak hairanlah, wanita yang haid lebih cenderung diserang migrain sebelum dan selepas tempoh itu. Ia juga boleh berlaku kepada wanita hamil (macam saya:-)) dan menopaus

2) Ubat-ubatan hormon – seperti pil perancang dan terapi hormon gantian

3) Makanan – keju yang disimpan lama dan makanan diproses yang tinggi kandungan garamnya

4) Penambah dalam makanan – pemanis seperti aspartame, pengawet serta monosodium glutamat (MSG)

5) Minuman – alkohol, terutamanya wain, dan minuman berkafein seperti kopi dan teh

6) Tekanan -tekanan di tempat kerja atau di rumah

7) Rangsangan deria – lampu terang, silau matahari dan bau yang luar biasa – termasuk minyak wangi boleh mencetuskan migrain pada sesetengah orang.

8) Perubahan corak  tidur – waktu tidur yang tidak menentu atau tidur yang terlalu lama

Mengetahui keadaan ini, saya cuba OsteMatrix dan B-Complex 2 biji sebelum tidur. OsteMatrix, untuk mengekalkan tekanan darah normal dan mengawalatur peredaran darah. Manakala B-Complex pula berfungsi untuk meredakan ketegangan dan menenangkan sekaligus menjadikan otak dan sistem tubuh lebih rileks. Hasilnya, keesokan pagi, saya bangun dengan rasa sakit kepala yang banyak berkurang. Sedar tak sedar, masuk tengahari, migrain yang mengganggu hampir seminggu lamanya, dah hilang ! Alhamdulillah..

Bagi anda yang nak cuba vitamin ni untuk masalah sakit kepala anda, boleh hubungi saya.

**Vitamin ini boleh dimakan oleh ibu mengandung mahupun menyusu. 

Info dan Produk *
Shaklee ID864927  WhatApps/SMS: 010-5450225  Email: myinfovitamin@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge