MyInfoVitamin

9 Tips Dan Cara Untuk Menjimatkan Masa Kerja Rumah Ibu Yang Sibuk

9 Tips Dan Cara Untuk Menjimatkan Masa Kerja Rumah Ibu Yang Sibuk WAHM | Memang bukan mudah menjadi isteri, ibu dan dalam masa yang sama menjadi wanita bekerjaya. Masa 24 jam tu dirasakan tak cukup cukup nak siapkan segala galanya. Kalau boleh, nak je beli top up masa macam kita beli top up kredit telefon. Kalau adalah kan, tapi mana mungkin.

Jadi sebagai ibu, mama, umi, isteri dan pekerja yang super duper sibuk dengan kerja rumah mahupun bisness, kita kena jadi bijak sikit. So, ini tips dan trick yang saya buat bukan saja untuk melancarkan malah memudahkan dan menjimatkan masa saya dalam menjalani rutin seharian. Dengan itu, saya akan ada lebih masa untuk hal hal yang lain pula.

9 TIPS DAN CARA MENJIMATKAN MASA KERJA RUMAH UNTUK IBU YANG SIBUK 
  • Guna Penyangkut Baju (Hanger) – Sangkut semua baju walaupun baju dan seluar yang dipakai dirumah. Lepas sidai terus angkat dan gantungkan pada satu tempat. Yang kecil macam stokin, anak tudung dan yang dalam dalam je lipat. Jimat masa. Tak adalah terjadinya kes “gunung Everest” di rumah sendiri ataupun kena sumbat bergumpal gumpal masuk almari bila mak mertua tiba tiba datang buat spot check. Cuma cara ni memerlukan anda untuk ada stok hanger yang banyak dan ruang untuk menggantungkan kesemua pakaian. So lepas ni sila borong hanger di kedai yang berhampiran ya ūüôā

 

  • Blend Bahan Asas (bawang putih, merah, cili kering, halia) –¬†Bahan bahan di atas adalah bahan asas untuk masakan. Jadi bagi menjimatkan waktu memasak, blend bahan bahan tersebut dan letak siap siap dalam bekas untuk disimpan dalam peti sejuk. Bila bila nak masak, boleh terus keluarkan dan guna. Tak mustahil 3 hidangan boleh siap dalam 15-20 mins saja tau !

 

  • Dobi – sesekali gunakan perkhidmatan dobi. Kurang sikit masa nak mencuci dan kerja melipat. Dalam erti kata lain, kurang stress hehe.

 

  • Buat Extra –¬†Yang ini saya selalu apply kalau buat kuih. Biasanya saya akan buat extra dari yang ¬† ¬† ¬† ¬† sepatutnya. Selebihnya, boleh disejukbekukan. Bila terasa nak makan, keluarkan terus goreng/kukus ikut kesesuaian. Dan disebabkan donut adalah kuih kegemaran anak anak, jadi stok donut frozen sentiasa ada. ia juga boleh jadi penyelamat bila tetamu tiba tiba datang terjah. Adalah sesuatu untuk dihidangkan. Boleh check out di link ini untuk resepi mudah dan pantas buat donat dalam 45 minit sahaja tanpa perlu diperap. Confirm gebu sampai petang tau! . Tak percaya , boleh try memang mabeles (sesekali angkat bakul sendiri bolehkan ahakss ).¬†Lagi satu yang selalu ada ialah karipap rangup

 

  • Bahagikan Tugas –¬†Janganlah buat semua kerja rumah seorang diri walaupun memang namanya surirumah. Penat gila¬†kot! Nak nak kalau yang ada anak ramai 4-5 orang. Mau tak fengsan mak. So, cuba buat jadual tugas bersama anak anak. Susun atur mengikut tahap kemampuan dan kecekapan mereka. Secara tidak langsung, pembahagian tugas sebegini akan menyemai rasa tanggungjawab dan bekerjasama sesama ahli keluarga. Ia juga dapat meningkatkan rasa yakin pada diri mereka dan anak anak pun akan seronok dengan peranan masing masing. Contohnya seperti dibawah, (sila abaikan lukisan dan tulisan calligraphy dari anak anak syurga saya ;-))
Jadual Tugas Kerja Rumah Dengan Anak anak

Jadual Tugas Kerja Rumah Dengan Anak anak

  • Buat List Menu Seminggu Sekali –¬†Tips ini mungkin sudah biasa dengar, tapi tak ramai yang buatkan. Betul tak ? Jangan tipu hehe.Saya pun selalu ngelat juga. Tapi sebenarnya dengan ada senarai menu ini, memudahkan kita untuk merancang terlebih dahulu apakah bahan bahan yang perlu dibeli. Tidaklah kita merayau satu pasaraya berjam jam sambil tercari cari apa benda yang nak di masak sepanjang minggu. Masa di dapur pun akan jadi lebih pendek dengan menu yang sistematik

 

  • Bangun Awal Sebelum Subuh –¬†Apabila kita bangun awal, banyak kerja yang boleh disiapkan. Bagi ibu ibu yang berkerja dari rumah seperti saya, pastinya sudah faham sangat sangat. Waktu siang memang full time dengan urusan rumah tangga termasuk anak anak. Sekejap jadi tukang masak, lepas tu pengasuh, kemudian pemandu, cleaner, tukang cuci baju dan macam macam lagilah. Nak masuk bilik kecik pun kena cepat cepat. Kalau tidak, ¬†boleh dengarlah jeritan peminat yang tak sabar sabar nak tunggu kita keluar. Mana ada masa sangat nak mengadap telefon. Jadi bangun awal untuk siapkan kerja kita sendiri. Waktu hening awal pagi juga waktu yang sangat afdhal untuk kita bermunajat sedalam dalamnya pada si Dia. Mohonlah agar kita diberi rezeki kelapangan masa
  • ¬†Tidur Sekejap Sebelum Zuhur, Qailullah –¬†Kebaikan untuk kita tidur sebentar sebelum Zuhur ini adalah seperti kita mengecas kembali tenaga setelah lebih 7 jam bekerja. Badan akan terasa lebih segar dan otak akan kembali cergas selepas kita bangun. Qailullah tak perlu lama, cukup sekadar 10-30 minit sahaja. Janganlah sampai 2-3 jam pula. Dah terlajak tidur tu namanya.

 

  • Tulis to-do-list Sebelum Tidur –¬†Tuliskan siap siap apakah kerja yang perlu dibereskan keesokkan hari ini. Boleh juga susun mengikut prioriti. Step ini penting supaya kita tidak terlepas sebarang agenda yang mustahak. Perjalanan urusan akan jadi lebih pantas

 

Amacam ? Dah nampak jalan dah ? Kalau rasa sesuai,  boleh ambil dan apply tips tips dan cara menjimatkan masa kerja rumah untuk ibu ibu yang sibuk ini. Di harap sedikit sebanyak membantu anda untuk menguruskan masa dengan lebih bijak. Nanti kongsilah di sini apa hasilnya ya.

Oh ya, tidak dapat tidak, menjadi ibu pastinya perlukan lebih tenaga, jadi¬†tidur saya ambil Ostematrix supaya senang nak bangun esoknya. Dan pagi pagi sebiji Vita-lea pasti ada. Disamping amalkan juga beberapa supplemen lain untuk menjaga¬†kesihatan dan kecantikan kulit.¬†Siapa kata surirumah tak boleh melawa dalam rumah ūüėČ

Share dengan kawan kawan artikel ni jika bermanfaat. Selamat mencuba !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge