MyInfoVitamin

9 Sebab Bayi Tak Nak Menyusu | Mogok Susu

9 Sebab Bayi Tak Nak Menyusu | Sepanjang melalui tempoh menyusukan anak anak selama hampir 6 tahun ini, banyak dugaan dan cabaran yang telah saya lalui. Saya yakin ibu ibu lain yang menyusukan anak juga berhadapan dengan pelbagai karenah dan cobaan kan. Cobaannnnn ! Sabar ya ibu ibu. 

Tetapi dalam banyak banyak masalah, ada suatu ketika di mana anak saya, Rania tiba tiba tidak mahu menyusu badan. Puas jugalah saya pujuk tapi tidak begitu berhasil. Dia hanya minum apabila sudah terlalu lapar, itu pun sekadar untuk mengalas perut. Tidak banyak seperti selalu. Sedih juga saat itu. Kenapa pula ni ? Terpaksalah saya perah keluar untuk memastikan bekalan susu tidak merudum.  Alhamdulillah, tidak lama selepas itu, dia menyusu kembali seperti sedia kala.

Mengapa Bayi Tak Mahu Menyusu, Mogok Susu atau Nursing Strike

Ramai yang ingat apabila anak tidak mahu menyusu atau menolak untuk menyusu adalah kerana sudah sampai masana untuk bercerai susu. Tetapi tidak, kanak kanak bawak 1 tahun jarang untuk bercerai susu dengan sendirinya. Tetapi apakah sebab bayi menolak penyusuan ?

Ok, keadaan ini dipanggil sebagai mogok susu atau nursing strike. Ini adalah isyarat bahawa bayi kita sedang mempunyai masalah tertentu. Mogok susu biasanya tidak lama, ia mungkin mengambil masa 2-4 hari walaupun ada sesetengahnya boleh berlarutan lebih lama.

9 Sebab Bayi Tak Nak Menyusu | Menolak Penyusuan

1) Jangkitan pada mulut seperti thrush dan pada telinga. Hidung yang tersumbat akibat selsema menyebabkan anak sukar bernafas
2) Penggunaan botol susu dan puting susu yang kerap menyebabkan masalah keliru puting
3) Perpisahan dalam jangkamasa yang lama dengan ibu
4) Gangguan keterlaluan semasa menyusu dan banyak terhenti
5) Perubahan ketara dalam rutin harian seperti berjalan jalan (travelling), berpindah dan bunyi bising
6) Bau badan ibu yang berbeza akibat penggunaan wangi wangian, losyen, sabun mandi dan lain lain.
7) Ibu yang hamil menyebabkan rasa susu berubah
8) Tumbuh gigi, bayi menjadi tidak selesa
9) Jeritan dan penolakan keras si ibu apabila bayi mula mengigit payudara. Juga tidak mengindahkannya semasa dia ingin menyusu

Apa Yang Perlu Dibuat Untuk Menangani Bayi Mogok Susu

  • Tawarkan payudara ketika bayi atau anak anda sedang mengantuk. Mereka akan lebih mudah menyusu secara “tidak sedar”
  • Cuba pelbagai posisi menyusu seperti berbaring, duduk atau berdiri. Boleh juga menyusu sambil berjalan atau dibuai buai
  • Cari tempat yang sunyi dan jauh dari bunyi bising seperti dalam bilik dan susukan bayi. Ini adalah untuk mengelakkan  gangguan dan membuatkan si bayi terasa nyaman
  • Banyakkan sentuhan kulit ke kulit (skin to skin contact) supaya bayi lebih merasa dekat dengan kita. Cuba menyusu tanpa memakai baju dengan si bayi hanya memakai lampin

Tidak dinafikan kita sebagai ibu akan berasa tertekan apabila berhadapan dengan situasi sebegini, saya faham. Tapi nasihat saya teruskan penyusuan, bersabar dan cuba seberapa boleh untuk mengembalikan keadaan seperti sedia kala. Berikan lebih perhatian kepadanya dan jangan lupa sentuhan fizikal.

Pastikan  bayi menggunakan lima hingga enam lampin pakai buang sehari. Ini menunjukkan ia mendapat bekalan susu yang mencukupi. Jika kurang anda boleh berhubung dengan doktor atau kaunselor laktasi berhampiran untuk saranan lanjut. Klik untuk baca artikel saya berkaitan penyusuan.

Semoga ibu ibu dapat meneruskan penyusuan ibu dengan jayanya. Breastfeeding Rocks !

Jika ada sebarang pertanyaan boleh WhatApps/SMS ke 010-5450225 atau email myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan Kuala Lumpur (Jln Raja Chulan)

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge