MyInfoVitamin

7 Kaedah Merancang Keluarga Untuk Ibu Menyusu

Kaedah Merancang Keluarga Untuk Ibu Menyusu. Sudah Bersalin ? Alhamdulillah ! Tak kiralah lelaki atau perempuan bayi tu, yang penting ibu dan bayi sihat. Sekarang ni masa nak jaga baby baru pula kan.

Dalam tempoh berpantang tu, pasti ramai ibu yang sudah mula terfikir fikir macam mana nak merancang keluarga selepas ini. Dalam ertikata lain, merancang kehamilan. Lebih lebih bagi yang terpaksa melalui proses pembedahan atau cesarean (c-sect) semasa melahirkan anak baru baru ini. Pastinya perasaan ngeri tu masih terasa rasa.

Doktor sendiri pun turut menyarankan agar menjarakkan kehamilan 2 tahun sebelum berhasrat untuk mengandung lagi. Rasionalnya, supaya luka pembedahan di perut betul betul pulih dan dalam masa yang sama, kita dapat menyusukan anak selama tempoh 2 tahun tersebut. Secara peribadi pula, saya rasa kita dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada keperluan anak ini dalam sela masa itu. 

Dengan teknologi yang canggih sekarang, mencegah kehamilan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, alat, ubat ubatan atau prosedur pembedahan. Semua kaedah mencegah kehamilan adalah berkonsepkan menghalang persenyawaan dan penempelan embrio ke dinding rahim. Jadi apakah cara yang betul untuk merancang keluarga yang selamat untuk ibu yang menyusukan ?

7 Kaedah Merancang Keluarga Untuk Ibu Menyusu

1. Penyusuan Secara Ekslusif

Menyusukan bayi secara ekslusif boleh mencegah kehamilan kerana ia melambatkan ovulasi dan haid. Hormon susu, prolaktin  yang tinggi akan menghalang berlakunya pembebasan sel telur matang (ovulasi). Tetapi ianya hanya berkesan JIKA ibu menyusukan bayinya secara ekslusif sahaja ( tanpa sebarang makanan atau susu lain) untuk 6 bulan pertama selepas bersalin dan masih belum datang haid. Kaedah ini dinamakan sebagai LAM ( Lactational Amenorrhea Method). Ia adalah cara semulajadi untuk merancang keluarga.

*Kaedah ini tidak lagi berkesan selepas 6 bulan dan apabila bayi sudah mengambil makanan pejal.

2. Pil Perancang Kehamilan

Ambil pil yang mengandungi progesteron SAHAJA seperti Noriday. Pil pil lain yang ada tambahan estrogen seperti marvelon, mercilon, yasmin, nordette TIDAK BOLEH DIAMBIL SEMASA MENYUSU kerana ia boleh menghentikan pengaliran susu. Cara pengambilannya pula adalah berterusan tanpa henti. Ya tanpa henti ! (Jika anda seorang yang tidak berdisiplin, sila jangan guna cara ini, bila bila masa saja boleh ter “accident” 😀 ). Anda boleh dapatkan di mana mana farmasi. Peratus kegagalan: 2%

Pil Perancang Kehamilan Untuk Ibu Menyusu

Pil Perancang Kehamilan

3. Alat Pencegah Kehamilan dalam Rahim (IUCD)

Ia adalah alat kecil (3 cm panjang) yang dimasukkan ke dalam rahim untuk merangsang tindakbalas keradangan di dinding endometrium (rahim)  supaya penempelan embrio tidak berlaku. Waktu yang paling sesuai untuk pemasangan IUCD (Intrauterine Contraceptive Device) ialah selepas haid atau sebulan selepas bersalin. Cara ini boleh bertahan dari 3 hingga ke 5 tahun.  Peratus kegagalan: kurang 1%

4. Implanon / Suntikan Pencegah Kehamilan

Implanon ialah pemasangan alat seperti mancis berwarna putih mengandungi etonogerstel yang dimasukkan di bawah kulit lengan selepas di bius. Tujuan sama juga, untuk menghalang ovulasi. Dinding endometrium menipis dan menyukarkan embrio untuk menempel. Mukus di kawasan serviks juga menebal menyulitkan sperma untuk berenang ke kawasan uterus. Ia boleh bertahan sehingga 3 tahun. Aliran haid akan menjadi sedikit, dan kitaran haid juga mungkin tidak tetap. Peratus kegagalan: kurang 1%

Kaedah Perancang Kehamilan Ibu Menyusu Implanon

Implanon

Suntikan pencegah kehamilan pula mengandungi progesteron yang menghalang wanita daripada ovulasi. Dos suntikan diberikan di punggung. Haid juga akan sedikit terganggu. Peratus kegagalan: 1%

5. Kondom Lelaki

Dihasilkan daripada getah, plastik (polyurethrane) atau membran semulajadi. Ia mencegah sperma daripada memasuki vagina dan rahim. Peratus kegagalan: 4%-10%

6. Kaedah Berkala ( Cara Semulajadi)

Cara ini adalah mengikut kiraan kalendar. Sesuai diaplikasikan oleh wanita yang mempunyai haid tetap 28 hingga 30 hari sahaja. Ia berdasarkan teori bahawa telur boleh disenyawakan dalam  masa 24 jam selepas ovulasi dan sperma boleh mensenyawakan telur dalam 3 hari selepas memasuki vagina. Ovulasi berlaku antara hari ke 12 dan 16 bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari. Maka waktu subur ialah dalam tempoh ini. Tapi perlu di ingat bahawa sperma boleh bertahan 3 hari dalam vagina tadi, ini bermakna anda perlu menghindari persetubuhan sejak hari ke 9 (12-3 ) hingga hari ke 17 (16 + 1 ) untuk mengelakkan kehamilan terjadi. Alternatif lain, boleh juga gunakan kondom pada waktu subur jika ingin bersama.

Kaedah Semulajadi Menggunakan Kitaran Haid Untuk Merancang Kehamilan

Kaedah Semulajadi Merancang Keluarga Menggunakan Kalendar

7. Pengunduran (Azal)

Teknik ini menuntut kerjasama yang tinggi dari si suami 😀 . Ia memerlukan lelaki mengundurkan penis sebelum berlakunya ejakulasi. Kegagalan boleh berlaku sekiranya lewat mengundurkan penis kerana cecair pra ejakulasi juga mengandungi sedikit sperma yang boleh memungkinkan isteri untuk hamil. Jadi para suami kena sangat berhati hati ya. Peratus kegagalan: 20%

Ada lagi beberapa kaedah lain seperti diafragma, cervical cap, mengikat tiub peranakan wanita (BTL) serta vasektomi yang saya tidak huraikan disini. Ibu dan ayah boleh cuba cari infonya di internet. Cara cara yang saya terangkan diatas ada yang berbayar dan ada yang tidak.  Kalau nak yang percuma bolehlah cuba keadah semulajadi sama ada pengunduran, kiraan mengikut kalendar dan penyusuan secara ekslusif. Tapi risikonya agak tinggi dan memerlukan usaha yang lebih sedikit.

Untuk pil perancang kehamilan, IUCD, suntikan mahupun implanon eloklah dapatkan pandangan dan nasihat dari doktor yang bertauliah. Dari segi kos pula, implanon yang paling mahal setakat ini yang saya tahu. Boleh mencecah hingga ke RM500 atau lebih jika prosedur dijalankan di klinik swasta. Klinik kerajaan tak buat ye. Satu lagi pilihan ialah dengan buat temujanji di LPPKN. Agensi kerajaan ini juga menyediakan khidmat untuk proses memasukkan implanon dengan kadar yang sedikit murah sekitar RM300 ( ini rate 2 tahun lepas :-D, sekarang saya tak pasti).

Apa pun yang penting, pastikan anda suami isteri berbincang terlebih dahulu  yang mana yang sesuai dengan bajet dan poket sebelum buat keputusan untuk buat family planning selepas ini. Semoga artikel berkaitan ini Kaedah Merancang Keluarga Untuk Ibu Menyusu dapat membantu anda !

Jika ada sebarang pertanyaan boleh WhatApps/SMS ke 010-5450225
atau email myinfovitamin@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee Bukit Beruntung, Rasa, Rawang dan Kuala Lumpur. 
COD Area: Bkt. Beruntung, Jalan Raja Chulan
Penghantaran: Keseluruhan Malaysia dengan khidmat kurier Poslaju, GDex dalam 2-4 hari bekerja.

***************************************************************************

Mahukan harga vitamin lebih jimat ? Daftar saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan!

***************************************************************************

**Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

2 thoughts on “7 Kaedah Merancang Keluarga Untuk Ibu Menyusu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge